Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Khamis, 28 Oktober 2010

Pintal2 dibuatnye....

Salam U All.

HAri ni aku teringin mau karok lagu ni. Buat persediaan awal utk bertaruh suara. Rasa2nya lagu ni paling sesuai kot. Sebab apa aku pilih lagu ni ekk..???? sebab aku sedang di lamun cinta. Cinta ngan sape pulak ko sall....Cinta ngan pakwe aku lo. Makin lama aku pandang dia makin ensem pulak. Rindu sgt menebal bila dia tiada disamping aku. Acehhh.....bila dia didepan mata xmau lah pulak hati ini terasa rindu. Bila dah berjauhan timbul lah perasaan gila aku ni....Suamiku pergi berjuang utk majikannye hihihihihi.....
Jom Karok bersama2....

Justin Bieber ft Ludacris – Baby Lyrics

[Justin Bieber]
Oh woooah, oh woooooah, oh wooooah, oh.
You know you love me, I know you care,
you shout whenever and I’ll be there.
You are my love, you are my heart
and we will never ever ever be apart.
Are we an item? girl quit playing,
we’re just friends, what are you saying.
Said there’s another, look right in my eyes,
my first love broke my heart for the first time.
And I was like…

[Chorus]
Baby, baby, baby oooooh,
like baby, baby, baby noooooooo,
like baby, baby, baby, ooooh.
Thought you’d always be mine, mine (repeat)

[Justin Beiber]
Oh, for you I would have done whatever,
and I just can’t believe we aint together
and I wanna play it cool the thought of losing you
I buy you anything, I buy you any ring,
and now please say baby fix me and you shake me til’ you wake me from this bad dream.
I’m going down down down down
and I just can’t believe my first love won’t be around.
And I’m like…

[Chorus]

[Ludacris]
Luda, When I was 13 I had my first love,
there was nobody that compared to my baby
and nobody came between us, no-one could ever come above
She had me going crazy, oh I was star-struck,
she woke me up daily, don’t need no Starbucks.
lyrics courtesy of killerhiphop.com
She made my heart pound, I skip a beat when I see her in the street and
at school on the playground but I really wanna see her on the weekend.
She knows she got me dazing coz she was so amazing
and now my heart is breaking but I just keep on saying….

[Chorus]

Now I’m gone,
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah,
yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah,
yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah,
now I’m all gone.
Gone, gone, gone, gone, I’m gone.



Berpintal2 lidah aku dibuatnye....
Chayok2 utk diri aku...

Selasa, 26 Oktober 2010

Apa kes....


Salam U all.

Tup3.... senyap je anak bujang aku ni. Mana pulak peginye..??? Laaaaa.......apa kes..:)
Ni cerita malam tadi. Baru pagi ni aku dpt update.
Ni lah akibatnya keletihan menjalani latiha sukma. ehhh..ye ke sukma..???bantai je lah labu...
Senyap2 rupa2nye dik rizki tido rupanya. Ibu ingatkan kemana. Anak ibu anak ibu. Korang tengok lah sendiri gelagat dik rizki ni.

Gelagat pertama dik rizki....

Acehh...dah pandai sarung stokin sendiri.


Gelagat kedua dik rizki....

Dah pandai pakai kasut sendiri.


Gelagat ketiga dik rizki...

Bersedia berentap. Amacam ada gaya Datuk Lee Chong Wei x..?
Dik rizki berentap ngan ibunye. Kami berentap dlm rumah je. Hebatkan...:)


Gelagat dik rizki yang terakhir...

Kepenatan sudah...Lending time.

Ni lah alkisah dik rizki senyap2 rupa2nye tido bersama kasut BEN10 yang baru beli semalam. ish ish ish ish.....Sampai terlupa mau tanggalkan kasut kesayangnye...

Ahad, 24 Oktober 2010

Jalan2 di Giant...



Salam U All.

Kesiannye aku tengok Rizki, main sorang2 je. Lama sungguh Rizki xjalan2 diluar, Hari ni aku merajinkan diri bawa Rizki jalan2 gi taman menan di Giant Shah Alam. Sebelum tu dah alang2 sampai di Giant, apa lagi cucu mata dan terbeli lah barang2 yang x sepatutnye dibeli. Kalau perhabiskan duit, bagi je kat aku. Nama pun orang pompuan kan.

Giant Shah Alam.
Senarai barang2 x sepatutnye dibeli...
Menan Rizki.

Kasut Rizki BEN10.


Air semangat wajar. Tekak Rizki nak kan ini pulak.


Ini aku punya. Aku beli menda ni sebab ada bag pree.



Lepas tu makan2 McD.

Pantu sengal dariku:

*Gendang gendut tali kecapi,
Perut Rizki Kenyang,
Ibu Senang HAti.*




Wahhh...Berselera betul...

Salam U All.

Ni cerita semalam. Alhamdulillah anak aku Rizki telah pun pulih sepulih-pulihnye. Lima hari anak aku cirit-birit. Selera makan terus hilang dan berat badannye terus down.
Malam tadi selera rizki bukan main. Star dari pagi hingga kemalam hari makan nasi bertambah lauk telur goreng dan sup ayam. Lepas makan nasi nak makan kek pulak. Sempat lah aku buat semua tu. Suka sangat2 aku tengok selera rizki datang membuak-buak. Lepas ni compom berat badan rizki naik semula.

Hampir seminggu dapur aku x berasap weyyyy.....semalam gi buka cabinet dapur mau ambil bawang. Terkezut aku. Tumbuh pokok rupenye...
Ambik ko pokok bawang membesaw ngan suburnye.


Ni pulak bahan2 utk membuat kek.


Lupa pulak nak snap gambo gula dan serbuk coklat.


Taraaaa......dah pun jadi kek Rizki..

Syukur alhamdulillah Rizki makan ngan semangatnye.



Jumaat, 22 Oktober 2010

Allah Maha Kuasa.


Salam U All,

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hamba-Nya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hamba-Nya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….


semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….




Rabu, 20 Oktober 2010

JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG

Create your own banner at nukilangadiskampung.blogspot.com!
Dan
Tolong Tekan Banner di atas ye.


HADIAH YANG BAKAL MENANTI ANDA:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJbY0sz0yfq58roxq8lrUPcJ2di6apIPHgdRRqVOeSCzoRHJo78N-JFFOY12ja-aHakzux086fcA_ka3z0lnGeiWXQizoisI06rElxf1TqkNR1UHmlNZ0N-6M97ChIkk_1dRQKPc1dewH7/s1600/malaysia-note-100-ringgit-front.jpg

Saya telah jadi follower ke-140
Me tahu GA ini dari : http://adyshariz.blogspot.com/

Jangan tunggu lama2, nnti melepas..
TEKAN AJE DI SINI..
Dan
Kalau dah masuk
Jgn lupa bagi taw sall
YE...











Selasa, 19 Oktober 2010

Meh baca ni...

Salam U All.

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Jom Terjah Link Baru ....

salam U All.

Hari ni aku cuma mau bagi tau, sahabat kenalan blogger's gathe 2010 aku telahpun bertukar link baru. Sesiapa yang belum tau lagi meh klik di sini ye. Dulu http://sweetdarling79.com/ Sekarang http://sw33tdarling.com/



Ahad, 17 Oktober 2010

Aku jadi mangsa...

Salam U All,

Hari ni pepagi buta my menager telipon. Dia suruh aku datang keja. Sebab kena cover n support production yang sedang down sekarang ni. Aduh sungguh malas. Aku suruh dia tepon staff lain dulu, tapi malangnye hp staff lain di offkan. So aku lah jadi mangsanya. Dalam kul 9.30pagi aku sampai workshop. sesorang pulak tu. Apa lagi aku pasang radio kuat2 lah. Alhamdulillah kerjaku selesai jam 12.45tghari. Pakwe ku tepon, suruh aku balik cpt. Rizki berak2 n cirit birit. Aduhhh...masalah ni. macam2 aku pikir. Aku salah bagi Rizki mkn ke,...?? Rizki xde lah mkn yang bukan2. Aku bagi Rizki mkn bebola ikan n aiscrem je, kenapa pulak cirit birit...??? balik dengan kelajuan kereta 110km. Xingat lain dah, lampu merahpun aku bedal langar je. Sampai je di umah, terus aku interview Rizki. Belum sempat aku interview ,Rizki cpt mengadu sakit perut dan berak2. Xlama kemudian Rizki mau berak, aku terus bawa Rizki ke toilet. Aku tgk najisnya warna coklat. Compom3 dah agak dah ni mesti mkn aiscrem coklat terlampaw byk sgt. Tu lah pasalnya berak2. Penatnye xsampai lima minit Rizki berak2 lagi sampai naik lembik badan Rizki dibuatnya. Dlm 4.30 ptg tadi, Rizki demam pulak. Aku terus bagi ubat demam. Nampak ok sekatika. Dalam sejam Rizki nampak aktif macam biasa. Lega hati aku. Tapi malangnya kelegaan aku dapat bertahan 4jam sahaja. Rizki mula demam semula + menggigil. Cuak aku dibuatnya. Dalam pukul 10mlm aku bagi lagi ubat demam. Lps ni kalau Rizki x ok lagi aku terus bawa Rizki ke sepital Sungai Buluh. Barang2 Rizki semuanya aku dah siapkan.


Doakan seMoga Rizki cpt sembuh....



Terakhir...

Salam U All.
Doakan Muhammad Rizki cepat sembuh ya...





JUmpa lagi....
Bye Bye..




Selamat Sudah Part 3.


Salam U All.

15/10/2010~ Pukul 8.30pagi doktor pakar datang check telinga dan tekak Rizki. Nampak semua ok2 saja. Puan boleh balik lah. Yapppiiii.....kami dah boleh kuar sepital. Rasa sangat2 lah bosannye duk lama2 dalam sepital ni.

Pukul 2.30petang, pakweku datang dan bayar bill sebanyak RM44.50 aje. Ni packge 3hari 2mlm bercuti di Sepital Sungai Bulu Selangor. hihihihihi......

Layan gambo....

Rizki yang sihat dan aktif semula.




Bersama meksi2 yang menjaga Rizki. time kasih meksi. Rizki sayang meksi semua muah3.

Itu saja...

Sekian....




Sabtu, 16 Oktober 2010

Selamat sudah part 2


Salam U All.

14/10/2010~ Pukul 8.30pagi, aku terbagi Rizki minum, kebetulan pulak meksi masuk, kantoi aku dan operation Rizki di holdkan dalam 2/3 jam lagi. Aduhhh.....sungguh malu aku.

Pukul 10.30pagi, mcm taw2 je Rizki nak kena bedah, apa lagi menangis xnak pergi..Puas aku pujuk2 tapi xmakan pujuk pulak. Aku terpaksa lah dokong dan bawa Rizki terus ke bilik bedah. Lepas Rizki dibius baru lah aku keluar dari bilik bedah. Aku tunggu di luar bilik bedah.

Pukul 2.30petang, Baru lah habis operation dijalankan. Hampir 3 jam aku menunggu sampai naik kematu bontot aku dibuatnya. Demi anak tersayang ibu sanggup buat apa saja. Sedar2 je Rizki menjerit memanggil namaku,. Ibu..ibu..ibu..ibu...sakit ibu...sakit ulut ibu...beberapa minit kemudian Rizki terus senyap. Rupa2nya ubat bius belum habis lagi. Tidur time.

Pukul 10.00mlm, baru Rizki terjaga dari tidur. Alhamdulillah anak ibu dah bangun. Tapi keadaan Rizki masih mamai2 lagi. Minum xmau, makan xmau, mandi xmau, semuanye xmau. Naik risau aku. Tak lama kemudian Doktor talipon aku, menanyakan keadaan Rizki dan terkezut beruk aku dibuatnya, doktor suruh aku cari aiskrim bagi pada Rizki. Mana aku nak cari aiskrim tengah2 malam doktor oiiiii....Terpaksa lah aku cari jugak dalam kawasan sepital . Alhamdulillah kedai buka lagi. Aku beli dan terus bagi Rizki makan.

Layan gambo...

dalam bilik bedah..



Selesai pembedahan.


Dah start main2...




Bersambung....







Selamat Sudah part 1..

Salam U All,

13/10/2010~ Pukul 3.00ptg Rizki masuk ward 8c ward kanak2. Rizki akan menjalani pembedahan
kecil di kedua2 telinganye. Telinga Rizki mengalami pendengaran yang kurang baik kerana terdapat cecair berkumpul dibelakang gegendang telinganye. Esok Rizki akan berpuasa start 2pagi. Mengelakkan kekeringan air dalam badan Rizki, doktor terpaksa masukkan air kedalam badan Rizki.

Pukul 6.30ptg Rizki kena ambil darah. Makkk aiiii...melalak sekuat2nya. sampai satu ward dengar.

Pukul 8.00mlm, disebabkan ward kanak2 penuh, Rizki ditukarkan ke ward 5B. Alhamdulillah Rizki dapat bilik yang sangat2 besar dan cantik. Duduk lah kami berdua dalam bilik tu. Alhamdulillah senang aku nak solat. Sebelum ni kalau nak solat aku kena naik tingkat 4. Sangat lah jauh.

Layan gambo...

Bilik yang amat selesa, cantik dan besaw..


Anak dan ayah kepenatan....


Mula2 happy...sebelum ambil darah...


Lepas tu nangis huuuuu......sakit ibu.


Aktiviti Rizki di malam hari...Sempat lagi buat kerja sekolah...Rajin lah pulak anak ibu ni...


Bersambung...



Rabu, 13 Oktober 2010

Makan banyak ye....

Salam U All,

Hari ni pepagi buta aku masak makanan berat. Kenapa? pasal hari ni rizki akan di masukkan wad di Hospital Sungai Buluh. Anak aku ada masalah pendengaran kurang cun k. Pada U all semua, doa2kan anak aku selamat ya. HAri ini rizki makan banyak ye. Lepas op, rizki kena berpantang taw. HAri ni ibu masak ikan siakap masak 3 perisa. Masin, masam, manis. Tu je yang ibu pandai masak. Xmau tulis panjang2 lah, sebab hati ku resah..
Layan gambo ye....

Baju2 rizki telah siap di packing.



Anak ibu yang sangat rajin menolong. Tolong kacau boleh lah.

Sebelum goreng.


Siakap goreng.

Siap sudah ikan siakap 3 perisa.

Cik Ros, sedap ke masakan sall hari ni??

Yang ni aku punya. Tang kepala mmg aku suka sangat2.



Cukup setakat ini aje. Lain kali cite lagi ye. Dan aku harapkan doa dari sahabat2 semua. Amin.