Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Ahad, 31 Julai 2011

Ikan patin masak Tempoyak...

Letak terung telunjuk.


ikan patin segar.


Assalamualaikum.

Kalau di izinkan Insya-allah sok semua umat islam berpuasa. Dan sall n keluarga mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat berpuasa pada semua sahabat2 bloggers dan mudah2an dapat lah kita manfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini. HAri ni sall teringin sangat nak makan ikan patin masak tempoyak. Sall mmg hantu ikan patin. X kisah la ikan ni masak apa pun , pasti sall ngap je. Lps masak mmg sall x sabo2 nak ratah.

Laaaaa......X sangka anak bujang sall iqy rupa2nya suka gulai tempoyak ni. Kalau nak tahu iqy mmg xsuka makan buah doyan. Tapi kalau masak tempoyak pasti iqy makan. Jemput makan dan selamat berpuasa semua.

3 Sepuluh...3 Sepuluh...

iqy org yg pertama merasmikan sarung bantal ini.


Assalamualaikum.

Pepagi buta sall gi pasar pagi. Mau cari lauk basah dan kering utk persediaan bersahur. Juadah sahur biasanyaa sall akan masak masakan rebus2 dan ikan masin belanak harus ada. Baru la berselera kan hehehehe....
3 sepuluh...3 sepuluh... ni ha, sarung bantal. Tengok sekali mcm xnak, tengok 2kali rasa nak2, tengok 3kali terus sambar 6 helai apa kes!!!!!..... hahahaha...
Dengan x sabarnya sampai umah sall terus sarung dan hasilnya sangat la cantik. Compom tahun ni kena cari langsir, baju raya kale ni gak. Sall yang sedang kemaruk...:)










Lompat Jgn x Lompat....


Assalamualaikum.

Siapa tahu menda apa diatas ni???..
haaaaa....kalau xsilap sall nama menda ni ialah tali skipping. Betul ke ek!!!!....hentam je la labu. Janji dapat la sall menurunkan dan membuang lemak2 durjana yang duduk dlm badan ni. Org kata dgn menggunakan tali skipping ni berat badan akan turun ngan cptnya. So dgn semangat wajar, sall terus dan terus mengecilkan badan ni mengguna tali ini. Lompat jgn xlompattttttttttt....

Sabtu, 30 Julai 2011

Baru Semalam Ngap, Hari Ni Ngap Lagi....


Assalamualaikum.

Huuuuuuu......sedap dan meliurkan, mmg geram dapat pulak makan seulas cengini. Ni nak cita cikit. Baru semalam sall dan beberapa sahabat rapat ngap buah ni. Makan ramai2 semestinya bestkan dan xpuas. Jadi petang tadi sall bodek abg long sall, nak doyan free darinya. Abg sall bisnes doyan, so apa lg adiknya ambil kesempatan la ye. Kalau nak makan doyan meh le singgah gerai abg long sall. Kedainya di Taman Medan P.J depan appt yg x siap2 tu. Nama abg long sall Atan. Ok jemput makan...

Ahad, 24 Julai 2011

Dah lama xkena menda ni...


Assalamualaikum.

Sall baru je balik dari jalan duta. Jemput adik kat sana. Sambil2 tu mengenal jalan2 yang xpernah sall lalui. Buat malu org kampung je kan. Dah la lahir kat sini. Jalan2 KL langsung x tau. Dah beberapa kali di ajar masuk sana, sall masih x hafal2 jln2 kat KL tu. Hari ni pun ada org sebelah yang tunjukkan jalan. Kalau xde juru pandu ni, compom tah mana2 sall gi. Terukkan.

Lepas gi jalan duta, sall ajak adik masuk kg Baru. Pekena Tom Yam Kak Mah. Pehhh...mmg sedap Tom Yam dia. Pekena pula ngan bubur nasi diulamkan dengan sotong goring, ikan bilis goreng, telur masin, cindawan goreng, perut kerabu dan Tom Yam campur. Memandangkan sall dalam process diet, sall cuma meratah lauk dan hirup Tom Yam aje.

Sabo je la. Kena tahan nafsu. Sudah seminggu sall xsentuh nasi tau. Next week baru timbang barat. Mudah2an berat badan turun.

Sebenonya sall nak cita menda lain, asal lak melalut lebih2 pulak ni. Ni haaa.....adik belikan sall jeruk buah2an. Kalau gi Penang x beli menda ni mmg xsah. Kena beli gak. Sall hantu jeruk. Mcm tau2 je aku hantu jeruk. Sayang gak adik pada akaknya.

Kes makan jeruk ni kena makan sorok2, sebab apa sall buat mcm tu?? sebab pakwe sall kalau nampak benda ni compom dia makan xingt org lain. Lepas dia makan compom dapat semput. Tu yang sall x suka. Tapi alhamdulillah sepanjang sall bersama ngan dia, tentang semput dia dapat kawal sendiri. Baguskan.

Makan semua..




Aisiteru..

Aishiteru – Zivilia Band

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru







Rabu, 20 Julai 2011

Food with friends...



Assalamualaikum.

Ni cita makan2 lagi. Very lively. Ngan lively meet friends, cook together, play together, drink together and melantak together. Terasa bagaikan keluarga besar. kami sama-sama tolong menolong. Yang paling tak tahan perangai giles iaitu masak sambil makan buah durian. Memang lawak ko. Sall, Finas, Wan n Liana memang hantu durian. Kami memang pantang jumpa durian warna kuning. Kupas-kupas nampak terus ngap. Kupas-kupas nampak terus ngap. Sedappppp.

Menu masakan malam tu ialah:

ikan patin masak tempoyak.
sayur campur.
cencalok.
budu.
sambal belacan.
ulam-ulaman.( jantung pisang, peria, petai)
Puding jagung.
ayam golek berempah.
Buah durian.
Buah Rambutan.
orange juice.

Amek ko manyaknye menu. Mmg melantak betul namanya. Sekali sekali kan.
jom layan gambo....

perkenalkan ni tuan umah. Sgt kind-hearted ye.

selesai masak. Kami orang sempat melepaskan gian membaling dan menyambut bola keranjang. Ni main bola keranjang ke main bola jaring!!!!....hentam je la labu.

makan time...jemput makan semua.


Ni sesi kemas mengemas pulak. Anak sapo la ni...
Terima kasih semua..






Selasa, 19 Julai 2011

menu malam ni....



Assalamualaikum.

Makan malam sudah siap. Memandangkan badan sall dah naik menggunung, start hari ni sall kena makan makanan bersup-sup dan yang berkhasiat ye. Berat sekarang 58kg harus turunkan 10kg. Mudah2an misi sall berjaya. Jemput makan semua.

ni lobak manis buat kudap2 je.


tomyam bebola ketam


sambal tempoyak.


peria dan jantung pisang. Ni favorite sall.


itu aje ......




Baru Balik dari Sepital

Assalamualaikum.

Hari ni gi bawa Rizki check up telinga. Pendengaran Rizk masih belum pulih sepenuhnya. Tadi doc teropong telinga Rizki dan sall pun tidak ketinggalan melihat ada apa dalam telinga Rizki. Tu dia telinga sebelah kanan ada cecair dalam telinga Rizki. Tiub pun kena block sekali. Aduhhh..terseksa ibu melihatnya. Lagi terseksa Rizki menanggungnya.

Lps doc tgk telinga Rizki, doc buat keputusan hari jugak Rizki kena buat operation kecil utk mengeluarkan tiub tu. Sepatutnya tiub tu keluar sendirinya. Tapi kena dalam telinga Rizki, tiub tu xmau kuar. Sgt degil tuib tu. Sokno sgt tinggal dalam telinga Rizki kot.

Sebelum operasi di jalan, doc kasi ubat lali pada Rizki. Dalam 1/2 jam lentonk la Rizki (itu kata doc) yang malangnya mata Rizki xmau jugak tido. Dah lm sgt ni. Yg naik lentok ada lah sall sendiri. Seeloknya Operasi membuang tiub di jlnkan waktu Rizki tgh tidor sebab senang dan tiada gegaran.

Memandangkan masa uhad kesuntukan , doc terus buat juge. Rizki sangat kuat meronte dan kepalapun tak diam2, telinga Rizki terluka dan mengeluarkan sedikit darah dalam telinganya. Sian sungguh sall tengok. Mudah2an anak ibu cepat pulih.

Next appointments Dua bulan lagi .

Naik Antu Aku Makan Ko....



Assalamualaikum.

Sall nak sambung cite semalam ye. Masa makan laksa di umah iela, iela memperlawa sall makan lobak manis. Sall sangat pelik dan pernah makan lobak manis ni dan first time makan lobak ni. Biasa sall makan lobak masin. So bila pekena lobak manis ni, terus jatuh cinta lo. Habis lobak sall kejekan. Mmg layan kena lobak ni sedappppp. Jgn marah iela, akak perhabiskan lobakmu. Bukan je lobak manis ni dek iela perlawa malahan otak udang pun dia bw kuar sekali. Bubuh pulak pada kuah laksa. Makkkkk...aiiiiii....layannnn....nah ko diam2 sampai 3 pinggan laksa sall tambah.

Harus beli lobak ni. Pulang dari umah iela dan lepas anto aisha kat office, sall terus singgah pasar borong kat Kota D'sara. Cari punya cari akhirmya jumpapun. Sall terus sambar yg hat besaw punya. Ingatkan mahe la sangat. Rupa2nya RM4.00 hengget aje.


Ni dia lobak batang manis. Sangat sedap dan sangat sedap.









Ku sangka Mengarut, Rupa2nya Best..


Assalamualaikum.

Baru beberapa jam habis tengok cite ni. Mula2 sall tengok cite ni jiwa sall tiba2 marah dan siap banggang2 kan cite ni . Mana daknya first time tgk cite ni sgt ganas dan mcm xsesuai je utk ditonton. Contok kanak2 bawah umur. Ada sekali tu Rizki anak sall terikut2 ngan gaya si Botak yang jahat dan ganas tu. Siap satu hari tu sall dibelasah dan ditumbuk2 oleh Rizki. Bila sall tanya mana Rizki berlajar benda2 ni. Dia jawab tu botak yg buat. Haaaaa apa kes, anak sekecil ni pun dah pandai buat perbatan sebegini rupa.....

Tapi apa yang sebenonya Juvana, masuk Episod 11 ~ Episod akhir mmg best gilessss cite ni.
Daripada x suka tengok aleh2 syok pulak. Sall suka tgk watak si Daim dan cikgu Zakiah. Mmg2 mereka berdua ni pandai saiko permikiran org. Daim, Botak, Apek, Ain, Mat Kedah you are the best lakonan sangat berkesan. Tahniah pd semua yg terlibat.

Isnin, 18 Julai 2011

Dapat Hadiah dari ielah Fazilah...

Assalamualaikum.

Semalam gi umah ielah tu...tap..tu..tap dapat hadiah pulak. X ingt langsung ttg adih ni. Anyware thank you very much dek. Important our friendship lasting till the end. God willing. i love u so much muah..muah..muah sejuta kali.


Cantiknya, sayang nak guna.

Terima kasih banyak2....






Jalan2 Hujung Minggu...

Assalamualaikum.
Semalam Anak Tekak Sall Teringin Sgt Nak Makan Laksa. So sall teringat lah pada salah seorang kawan blogger. Dia mmg pro dalam bidang memasak laksa ni. Apa lagi terus sall tepon minah ni. Sall paksa dia masak laksa. Ingat Laksa ingat dia. Nak tahu siapa orangnya???. Dia ialah iela fazilah kawan blogger. Alhamdulillah Tercapai jugak hajat anak tekak ni makan laksa masakan iela fazilah. Mcm org mengandung la pulak.

Dengan muka x malu la kita orang ni, Sampai2 je umah iela fazilah kita orang terus menjenguk2 sambil menbesawkan biji mata melihat renovations umah baru iela fazilah. Pehhh....mmg cantik, sall dan aisha terpegun melihatnya. Jakun seketika (yg jakunnya sall la) hehehehe.....


Jom layan gambo:
ni la dia tuan umah iela fazilah.

laksa sedap.

Thanks dek iela kerana sudi memasak laksa utk akak dan kak Aisha. Sedap sgt2 laksamu dek. Asal akak masak x rasa sedap mcm adik masak.

Sabtu, 16 Julai 2011

Kena Tegur...


Assalamualaikum.

Ni bukan cerita hantu ye. Ni teguran suami kepada isterinya. Ceni citanya...Hari selasa kelmarin sall gi main futsall ngan kwn2 office, mmg best gile tau. Sekali sekala main futsal memang menyeronokkan. Macam2 gaya dan skill di pertontonkan. Sall ngan gaya lemah lembut la. (lembut ke) hahahaha..

Kami main di sport planet sungai buluh. Hari selasa malam rabu adalah ladies night. Bayaranpun murah cuma RM75.00 hengget aje. Kalau hari biasa bayaran sgt mahal RM90.00.

Kebetulan pule malam tu ramai penonton yang melihat dan menyaksikan gelagat kami bermain. Salah seorang penonton yang sudi datang ialah pakwe sall. Pakwe sall geling kepala dan tersenyum. Lepas main dalam kereta pakwe sall tegur. Sall boleh tolong abang tak? Boleh tak sall kuruskan badan??? Abang tengok badan sall dah berisi sangat. Nnti abang cari lain baru tau.

Cari lain!!!...Amboi bukan main, ugut nampak. Bikin gua panas je. Alaaaa....ni salah satu alasan si suami nak pasang satu lagi kan. Dah masak sgt alasan cengini. Kalau isteri dah gemuk atau kurang cantik pada pandangan dia, mula la cari pasal. Ada aku kisah...

Wahhh.....belagaknya cakap ada aku kisah konon. Nnti kalau betul2 suami ko cari lain cam ne??.. hehehehe....Kalau betulpun apa salahnya. Janji ikut syarat2nya.

Note: Madu itu memang manis tapi bermadu lagi manis. Hati2 bila si suami dah berkata begitu..

Happy Birthday iMan...

Assalamualaikum,

Ni cita minggu lepas. Baru hari ni berkesempat mengupdate cita birthday iman. Sall n Rizki turut memeriahkan lagi jamuan birthday adik Syamil Iman. Sampai umah syana terus ngap apa yang ada. Paling sall gemari iaitu roti jala dicicah nagan kuah kari. Pehhhh...mabelessss. Puan syana ke yang masak semua ini.??.. dan ko nampak kurus la...

Lepas makan beborak ngan iman. Masyaallah peramahnya mulut iman. Comey pulak tu. Ok la aunty ingin mengucapkan selamat hari lahir semoga iman menjadi anak yang beriman, anak soleh, anak yang dengar kata kedua ibubapa dan jgn nakal2 ye.. Aunty sanag iman.

Selasa, 12 Julai 2011

Beberapa hari lagi ye...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum.
Ada beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Ada sesiapa yang belum ganti pose lagi?? Kalau belum lagi cepat2 la buat ye. Ok Pada 01hb Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H. Pukul 5.00 pagi jgn lupa bangun Bersahur.

Tahukah kita Apakah maksud puasa?
Sall pandai tu idak le, sikit2 boleh la. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Niat pose:
Bismillaahirrohmaanirrohiim Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri Ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.

Peringatan buat semua, di dalam Islam kita mendengar setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Oleh itu, kita tidak tahu bila ajal kita akan jemput. Sebab itu, kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan bekalan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, semua syaitan telah diikat oleh Allah s.w.t dan kita harus muhasabahkan diri pada bulan yang penuh keberkatan ini. Sekiranya hati kita telah di kuncikan Allah daripada menerima Islam, maka neraka adalah tempatnya apabila kiamat nanti.
Wallahualam.

Selamat Berpuasa semua.




Isnin, 11 Julai 2011

Buy 1 Get 1 Free...

Assalamualaikum.
Jom makan. Ada sesiapa penggemar mr McD x?? kalau suka klik kat di bawah ni utk mendapat kuponnya.
Cetak kupon rasmi anda di sini: http://www.mymcd.com.my/coupon/July/doublecheeseburger.pdf

Bulan
Lovin 'Mid Khas BUY 1 GET 1 FREE Double cheeseburger ala carte bermula esok!!

Available 11-13 Julai 2011 (11 pagi hingga 12 tengah malam). Satu penebusan bagi setiap pelanggan bagi setiap transaksi. Tawaran adalah sah di Malaysia (yang tidak sah melalui MDS, Genting dan kedai-kedai lapangan terbang).


Jgn lambat cuma 3 hari aje.










Jumaat, 1 Julai 2011

Dituduh gigit kemaluan isteri

Assalamualaikum.

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya????....

Apa kes......

Sall terbaca Kosmo semalam, kisah Suami dituduh gigit kemaluan isteri. Apa kes. Sanggup si isteri memalukan suaminya. Buat malu kaum isteri je. Sanggup bawa kes ni ke makamah. Secara akalnya sall x salahkan suami, sebabnya isteri kena la layan keinginan suami sebaik mungkin. Takkan x faham kot.