Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Rabu, 26 Oktober 2011

Terkena Den...



Assalamualaikum.

Pagi tadi gi hanto suami sall koje. Lepas tu gi cuci kete, lps tu suami tepon suruh belikan nasi lemak 4 bungkus. Apa yang berlaku nak taw.
Masyaallah...Biasa sall beli Nasi lemak biasa (sambal dan kacang) harganya sebelum ni RM1 sebungkus tapi hari ni dia caj RM1.30sen. Bukan lah sall nak berkira sangat, Sall tahu barang2 sekarang ni semuanya naik. Tapi kena la kasi lebih nasi tu, ni tidak, harga bertambah tapi nasi masih ikut harga RM1. Tu yang buat sall kurang puas hati. Tahu la hari ni PH, jgn lah kaut untung berlebih2an. Dose tu.

Sekian...









Pablic Holiday...




Assalamualaikum.

Hari ni dan khamis cuti. Cuti apa?? cuti raya Deepavali. K0rang gi mana cuti2 ni? Boleh sall ikut?? hehehehe.. Selamat Bercuti dan bergumbira semua. Lebih soronok lagi kalau gaji dah masukkan. Lps tu baru la pantas otak ni berfikir nak gi mana kan. Layannnn

Selasa, 25 Oktober 2011

Futsal NPNG Prima D'sara.


Assalamualaikum.

Ni salah satu aktivity sall iaitu futsal. Lama sangat xturun. Last main sebelum puasa. Lps tu dah raya aidilfitri lps tu dengan jemputan mkn2 (open house). Amekaw, lama xturun mengah dibuatnya sampai lidah panjang mencecah lantai haaaa.....Sebelum ni main kat spot planet sg buluh. Murahpun murah tapi malangnya tempat tu dah tutup. Kebetulan xjauh dari office sall ada gelanggang futsal baru buka. Apa lagi sall cpt2 gi usha la. Rupa2nya spots center NPNG Desa Aman dah berpindah kat D'sara Damai tepi jalan dah nampak. Dakat sangat la dari office sall. Payment sebelum ni di spot planet sebanyak RM75sejam. Kali ni main di NPNG pulak payment sebanyak RM100 sejam. Mahalkan. Kalau nak main kena main hari isnin sebab hari isnin paymentnya murah sikit iaitu RM80 sejam. Allhamdulillah ada sabsidi company. Jemput main semua...


Bersama kengkawan sekepala.

Sekian...




Jom Gi Gyms..


Assalamualaikum.

Memandangkan badan ni menjadi-jadi naik membuak-buak dan membulat

mcm tempayan, sall tekad utk mencuba cara ni pulak ye. Sall target seminggu 3 kali je. Bayaran sebanyak RM10 sehari. Berapa jam suka hati ye. Gym ni terletak di Sungai Buluh berhadapan pasaraya TheStor. Insyaallah hujung bulan 10 ni sall akan mendaftarkan diri utk menjadi ahli kelab gym ni. Bayaran utk kemasukan sebanyak RM100 dan bulanan sebanyak RM50. Murahkan. Dalam sebulan berapa kali nak dtg tetap caj RM50.


GAmba suka suki sall bergyms.


Bersama kengkawan.


Dalam masa 6bulan badan sall jd cengini. hahahahaha...



Sekian...





Dapat Anak Buah LAgi.


Assalamualaikum.

Jumaat lps, habis keje terus gi umah mak. Sebab apa, sebab sall dapat anak buah lagi. Namanya irsyad bin ismail. Ni anak kedua adik bungsu sall. Tiap2 tahun sall dapat anak buah. Bila la giliran sall pulak ekk??...ada rezeki xkemana kan. Tahniah buat adikku Ismail bin Abdul Rahman semoga dikau menjadi ayah yang terbaik.


sayang makngah irsyad.


irsyad bin ismail.

Sekian...





Pecah lagi...


Assalamualaikum.

Last week cermin belakang pecah lagi. Ni masuk kali ke-2 pecah. Mana daknya start kete terus on aircont. Lama kelamaan jadi cengini la. Alhamdulillah la insurans cover. Kalau x, kopak makcik.





Isnin, 24 Oktober 2011

Tanah Liat Ayah dan iqy..


Assalamualaikum.

Kali ni hasil tangan ayah dan iqy. Boleh tahan cantik.
Layan gambar.

Hasil kerja iqy..jam Ben10..

Ni aiscrem atau menara KL??

Ni ayah buat. Tomei4..

Sekian..


Ahad, 23 Oktober 2011

Annual Concert 2011.


Assalamualaikum.

Annual Concert 2011 for tadika Alpha. Concert ni diadakan di LGM (Lembaga Getah Malaysia) Dewan Perdana Sungai Buluh.. iqy terlibat dalam concert ni. Terharu campur gembira hati sall bila melihat iqy membuat persembahan ni. Yang herannya xpernah sekalipun iqy berlatih di rumah dan tunjuk pada sall teriannya. Dan masa concert tu sall tak sangka, iqy pandai menari. Pandai anak ibu.


iqy bersama rakan2.


iqy di mekup

Sekian...




Hari ni nak Masak kek...



Assalamualaikum.

Dari malam tadi iqy buat permintaan. Suruh ibu masak kek coklat. Ibu buat dekk je. iqy siap tunjuk buku kek lagi. Demi anak tersayang ibu buat jugak. Makan sampai habis ye sayang.


Buku kek...


Kek ibu untuk iqy..


Sedapnya...jenput makan.

Sekian...






Tanah Liat.


Assalamualaikum.

Malam ni activiti iqy ialah main tanah liat. Bukan anak je yang main menda ni, si ibu dan si ayah pun hayal menenyek menda ni. Teringat pulak zaman kanak2 dulu2.
Layan gambo.

Ini hasil tangan ibu iqy. Cantik kan Butterfly ni.



Sabtu, 22 Oktober 2011

Mari Melukis...part 4

Assalamualaikum.

Kali ni ayah iqy pula lukis gambar kereta dan iqy color.


Sekian....



Mari Melukis...part 3


Assalamualaikum.

Kali ni ibu ajar iqy mcm mn nak chop jari iqy pada kertas putih ni. Mula2 bancuh color kesukaan iqy. Lps tu sapu pada jari2 iqy dan lps tu tepek atas kertas putih. Macam gambar dibawah ni.

Taraaa....cantik x??



Mari Melukis...part 2


Assalamualalikum.

Ibu lukis kacang dan iqy color.


Siap. Cantik x kacang iqy??












Mari Melukis...


Assalamualaikum.

Malam ni activiti iqy ialah mari melukis dan mengala. Ni 1st time sall ajar iqy mengala mengguna water colour. Sebelum nak mengala, xhabis2 iqy menanyakan apa ni bu..apa ni bu. iqy very
excited. Sebelum tu kenalah sediakan alat2 ni..

White paper..


Former color

Water color





Activiti Kami hujung minggu...



Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu. Hari ni sall dan iqy buat activiti menyusun kad. iqy sgt suka menyususn kad dan lepas tu kami berdua berebut utk menghabiskan susunan angka dan nombor.

Terbaikkkkkkkkk.


Sekian...



Jumaat, 21 Oktober 2011

Tips mendidik anak mengikut panduan Islam


Assalamualaikum.

Jom baca Tips memndidik anak mengikut panduan islam.

Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah....Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah.

Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.

Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun eronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh la cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

Selamat maju jaya.



Rabu, 19 Oktober 2011

Minta bantuan...



Assalamualaikum.

Sall mencari Homestay di JAnda BAik (rumah yang mempunyai 3-4 bilik tidur) dengan harga sewaan yang berpatutan. Berdekatan sungai yang tidak merbahaya untuk kanak2, kalau ada swimming pool pun ok gak. Yang pasti boleh masak memasak. Ada sesiapa yang boleh membantu>??...

Terima kasih..

Sabtu, 15 Oktober 2011

Cantiknya Fazura.


Assalamulaikum.
Sukanya tengok lakonan Fazura dalam cerita Tahajjud Cinta.



Sekian....



Jumaat, 14 Oktober 2011

APA DOSA ADIK


Assalamualaikum.
Sedih dan pilu bila sall terbaca kes ni. Apa punya bapa. Dimana letaknya akal dan fikiran ko.
Meh klik kat sini dan lps baca sama2 la kita doakan Al-Fatihan utknya.

Sekian....


Teringin Nak Naik Lagi

Assalamulaikum.

Gambo ni masa sall n family gi jalan2 Bandung indonesia. Ni 1st time kami sekuarga naik kereta kuda. Mmg best dan sonok sangat. Kedengaran hentakkan kaki kuda yang sangat sedap didengar bunyinya lebih kurng macam ni ketak ketuk...ketak ketuk...ketak ketuk..yeeeeehaaaa....


Sekian..


Magnum....

Assalamualaikum.

Baru je pekena askim ni. Mmg mahal tapi berbaloi. Sedapppp....
Tgk iklan dalam tv tu x? ni sall nakk cuba2 la, mana la taw masa ngap askim ni tiba2 dilayan macam permaisuri mcm dlm tv tu. emmmmm...xde apa2 pun. mana3 mana layanan dalam tv tu, xde pun. Mmg sah la penipu. Penipu punya iklan(sall berangan mau jadi queens on television tu).
Berangan je la ko sall.

Sekian....