Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Selasa, 7 Julai 2009

Tinjau2 D Kampung Mertua ku...Episod 1

Assalamualaikum, hari ni barulah aku berperluang mengadap pc.2 3 hari ni sibuk sangat2. Ni pun x leh lama2 dpn pc,sebab suamiku nak guna pc. Ada kerja sikit katanya nak di siapkan. Al maklum la orang kuat union.

Dibawah ni adalah gambar semasa perjalanan pulang ke kampung mertuaku dan serba sedikit permandangan , tumbuh2an dan buah2an yang terdapat di felda sungai kemahal...Nyanyi cikit..Balik Kampung oooo...Balik Kampung.....Hati riang....Cukup2...nanti x jadi cite pulak...

Toll karak....jem gila2...nasib baik aku x gila..hehehe...

Budak Kepenatan.....tido dalam kete...

Pintu gerbang Felda Sungai Kemahal....

Raja segala buah...Durian..

Wajib posing...ni buah rambai.ada sepokok je.buahnya boleh tahan... byk...

Buah rambai...

Rambutan Madu.sedap sangat2....

Sarapan bersama kuarga...


Jumaat, 3 Julai 2009

Menambah Lebih Ramai Kenalan...


~BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA~

Jgn marah kengkawan,dah datang malas aku ni...aku cuma copy je story ni dlm blog aku.Hari ni aku n family nak gerak balik kampung hubby ku (Pahang lo..) balik dari pahang akan kukan cite ape yang berlaku d sana...Tungguuu...opsss..macam le aku ni ramai kawan????!!!....$%%^&@...layan je le ek....harios kapedos,sayonara,kombawa,putenak.....bahasa apaaaaa la ni..... 

Ku mahu berkongsi dan berhubung dengan sesiapa saja dan menambah lebih ramai kenalan 1 dunia...hehehe... ..Ada je benda baru,semuenya nak d cuba,cuba buat,pantang d cabar,sangat lasak.dlm 8 org adik beradik akulah yang paling kecoh.seorang yang garang dan tegas,seorang pendiam ehhh...tapi peramah dan baik hati..

~~Baju di pakai pada si kera Buat semua ....~~semoga gumbira...

Isnin, 29 Jun 2009

Janganlah kita lalai...

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah pu tih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus berjalan.....
kekerongkongku. . sakittttttttt. ........sakit. rasanya.Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku...... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi,benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mam pu aku menahan benda tadi...Badanku
gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ...air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.
Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi...berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan,
sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. Mengapa anak2 & isteriku
memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih
isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu ..... Aku cuba pu la untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... . tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... . Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar..
aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak.
....Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... . masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan
membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat.Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih biasa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh,mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.
Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah
mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat
ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini,
maka Anda telah menyia2 kan kesempatan untuk saling menasihati dalam
kebenaran dan beramal shalih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah Anda akan menuai kebaikan.Mari berlumba dalam kebaikan.
"Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu,Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka"?..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Khamis, 25 Jun 2009

Relax!!!!



Jika hidup terasa berat hari ini dan 
hari gaji terasa masih sangat lama 

atau tugas yg tak selesai- selesai, atau ada target yg belum achieve, 

malah ditambah lagi beban...... 

hanya satu hal yang dapat kita lakukan ....


Sebiji Epal...


Khasiat dalam sebiji epal..

EPAL mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan kolestrol dan risiko penyakit jantung. SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

                              ~Utusan~

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Isnin, 22 Jun 2009

MC La...

              Assalamualaikum, Selamat Pagi, Good morning, Ohayou Gozaimasu.....

Hari ni aku x sihat ,badan aku sakit2,kepala berat sangat.jadi aku gi klinik mintak mc...sebelum aku belayar jauh ke nagara Jepun,aku nak cite cikit,tadi aku pekena dulu White Coffee.Pehh....mabless.. kopi ni...lepas tu aku makan plak ubat rest minda yang doctor bg tadi.

Inilah dia White Coffee.Ipoh mali.

Ni plak ubat rest.

Ok la kapla gua pun dah x seimbang ni. NI saje la yang dpt gua story.layanzzzz.....

Zzzzzzzzzzzzz...............................

Fathers Day Content

CONTEST ni dianjur oleh mamamanja.jom le kengkawan,jom meriahkan lagi contest ini.

FATHER'S DAY CONTEST - STICKY MODE

Salam...

Bukan nak menyertai contest yang sedia ada.... tapi, aku sendiri yang nak buat contest ni plak. Kiranya ini contest yang pertama kali aku buat. Walaupun niat tu dah lama ada nak cuba buat contest, cuma baru kali ni berkesempatan.

Contest ni juga x bermakna aku nak meniru contest kengkawan yang sedia ada... tapi contest aku ni lain sket. Yang aku tengok skang, contest antara anak blogger ngan ayah.... tapi contest aku ni adalah antara blogger sendiri dengan ayahnya. Bermakna contest ini terbuka kepada semua blogger yang x kira status dirinya dah kawin ke belum... atau dah ada anak ke belum. Jadi pada kengkawan yang x dapat join contest yang dianjurkan oleh kengkawan lain, boleh cuba pulak join contest yang aku buat nih.

Macam yang korang sedia maklum la... contest ni sempena ngan hari bapa. Jadi, mari kengkawan cuba join FATHER'S DAY CONTEST ini.Contest ini akan bermula pada hari ini, 7 Jun 2009 dan akan berakhir pada 26 Jun 2009, jam 5 petang. Kenapa 26 Jun??? Sebab tu tarikh besday aku hehehehe.. dan keputusannya akan diumumkan pada 29 Jun 2009. Ada la masa 2 hari tuk aku buat keputusan pemenang. 

Macam contest2 lain gak... syarat2 tuk menyertai contest ini ialah: 

1. Menjadi FOLLOWER Mamamanja 

2. Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang 

3. Upload gambar FATHER'S DAY CONTEST di atas sebagai banner di blog korang 

4. Hanya yang mempunyai BLOG sahaja yang boleh join contest ini. Blog apa... x kisah, janji blog. 

Dan cara untuk menyertai contest ini adalah: 

1. Upload gambar korang bersama ngan ayah. X kira gambar zaman bila.... Tapi kalau dah x jumpa sangat gambar korang ngan ayah, gambar ayah sorang pun boleh ler... tapi markah lebih sket pada yang upload gambar bersama ngan ayah. (Aku edit balik entry ni... GAMBAR AYAH SEORANG PUN BOLEH - bagi peluang pada yang telah kehilangan ayah cam aku sendiri tuk meluahkan rasa penghargaan mereka) 

2. Nyatakan NAMA AYAH & UMUR (jika ayah dah tiada, nyatakan) 

3. Buat sket ucapan kepada ayah korang yang melambangkan penghargaan korang terhadapnya. 

4. Jangan lupa citer ler sket kat blog korang pasal contest ini dan jangan lupa masukkan link MAMAMANJA. Bila dah beres semua tinggalkan link entry korang kat ruangan komen entry ini. 

5. Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dan hanya sorang saja pemenang. 

Ok, mudah saja kan??? Jadik mari ler kengkawan semua join FATHER'S DAY CONTEST ini. 

p/s: tq pada awek zz yang turut menyumbangkan idea tentang contest ini. nanti den bajo makan eh??? x lupa juga... adiah bukan ler BERAS cam yang aku penah war2kan sebelum nih. tapi, kalo korang berminat ngan adiah tu, aku xde hal.. boleh aje heheheh.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar abah sall muda2 dolu.



Nama Ayah : Abdul Rahman Bin Ibrahim

Umur           : 61 Tahun.

Pada tarikh 06/01/2007 jam 5.20ptg.... Abah pergi buat selama-lamanya...

Abah,

Aku rindu akan senyumanmu, gelak tewamu,kelakarmu dan bau badanmu...
Abah pergi buat selama-lamanya tinggalkan kami semua. Abah tinggalkan kasih, cinta dan kenangan manis.
Setangkai al-Fatihah buat Abah.
Moga tenang di alam barzakh.
Ku damba pertemuan di syurga indah….
-Allahyarham Abdul Rahman Bin Ibrahim-

 Hargai ibu dan bapa selagi ada, jadilah anak yang bertanggungjawab semasa ada dan selepas ketiadaan mereka. Anak soleh pewaris paling bermakna.... ….Sampaikan salam buat semua.Salam terakhir salam teristimewa.Kepada kau yang tersayang.Pada teman yang ku kenang.Pemergian ku ini tak dirancang.Usah bertanya mengapa aku.Mengucap salam terakhir kepada mu.Kerna waktu berputaran.Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu.Demi sebuah kenyataan Yang amat menyakitkan.Aku yang tidak berdaya Hanya berserah padaNya.Salam akhir,Salam yang teristimewa.KepadaNya ku memohon keampunan.MelaluiNya ku beri kemaafan Kepadamu.Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula.Saat indah bersama mu,Sayang tak berkesempatan,Abadikan saja salam ku di ingatan.

Ini saja yang termampu sall citekan tentang abah...

Selasa, 16 Jun 2009

Congratulations

 Assalamualaikum kengkawan,last catatan pasal FATHER'S DAY CONTEST,yang dianjur oleh http://mamatisya.blogspot.com. Nampaknya sall tersingkir.Al...maklumlah saya budak baru berlajar.Dikesempatan ni sall ingin mengucapkan CONGRATULATIONS kepada semua pemenang2 dan kepada mamatisya... bagus sangat2 la buat contest ni, cara langsung atau tidak langsung dapat la kita mengenali antara satu sama yang lain dan berkenalan lebih ramai lagi teman2 baru seperti sall ni ha...poyo je....

Bosannnn....

  selepas seronok bercuti 5hari,start keje hari ni, rasa tension,penat gila2,rasa nak berhenti keje je...lepas tu melayan kerena kakak yang dah berumur...pantang sangat2 kalau ditegur kesalahan mereka ,mula lah angin seluruh badan.nak pecah kepala di buatnya....makkkk tolong salllll....Tarik nafas panjang2 ingat pada allah dan beristighfar banyak2....eeeeeeee macam budak2 leeee...makcik2 ni....wey...ingatlah oiii...korang tu dah tua...jangan le buat perangai macam kebudak-budakkan.matang lah sikit oiiiiiiiiii........tunjuklah perangai yang baik2 pada kita orang yang masih muda2 niii...

Kelebihan Bulan Rejab..

Kebetulan pulak Bulan Rejab hampir tiba.ni  ada story tenteng kelebihan bulan rejab dan amalan2 mulia harus kita ikuti..

Sama samalah kita ingat mengingati amalan2 mulia yang penuh berkat ini………. 
                                           

      ~ Bulan Rejab ~

   Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. 
   Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:” 

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah swt.

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa. 

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt .

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah.

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." 

 

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" 

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." 

 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" 
 
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun." 



~ Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara.

~ 1) MASA HIDUP SBLM MATI
~ 2) MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
~ 3) MASA MUDA SBLM MASA TUA
~ 4) MASA KAYA SBLM SUSAH
~ 5) MASA SIHAT SBLM SAKIT

Selasa, 9 Jun 2009

FATHER'S DAY CONTEST

    " FATHER'S DAY "

Nama Bapa : RosHamdan 

Nama Anak : Muhammad Rizki

Umur         : 2 Tahun 10 Bulan

~Ni gambar hari raya tahun lepas.Hampir 8 tahun kami mendirikan ruhamtangga,allhamdulillah keluarga kami bahagia sangat2 lebih bahagia lagi dengan kehadiran cahayamata pertama ni.Penat betul menyelak gambar,gambar apa yang sesuai nak sall tandingkan ni...akhirnya jumpa gak.Ayah dan Rizki memang suka bergambar.

~Nilah pertama kali sall ucapkan hari bapa pada suami tercinta.Sebelum ni x ambil point pun tentang hal ni...jangan marah..

~Isya-allah,kalau di panjangkan umur, sall bercadang nak berikan sesuatu padanya,,nak bagi apa ek???... 

~Ku berdoa agar dikau menjadi seorang suami dan seorang ayah yang bertanggungjawab, penyayang, penyabar,pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, pengasih, dan penyabar melayan kerena isteri dan anak yang nakal ni. 


Jumaat, 5 Jun 2009

Layanzzz...



Tengok ni, Dah penat menjalani latihan menembak,latihan bergusti la pulak...pening kepala sall...eeeeeee..ni haaa....ayah Rizki pun dah x larat nak melayan karena mamat sorang ni aktif sungguh.Dah Rizki....tido cepat,esok nak gi sekolah.nanti mengantukkk pulak.

Penembak Hebat..




Ni mamat Rizki.kononnya nak jadi seorang penembak handalan.katanya......bila suruh belajar,jawabpannya "penat la bu..."ni la perangai anak2 sekarang,nak ikut kepala diaaa je....bertuah punya anak.sabar je aku melayan karenah dia.

Selasa, 2 Jun 2009

Mari Mari Mariiii.....

Assalamualaikum kengkawan..tengok tajuk macam kelakor je, layan je la........hari ni sall MC,x sihat.Bosan nyeee...dukkk jeee d rumah...nak buat ape ekkk...rasa2nya nak makan kek la..nak beli mahal.....emmmm... apa kata kita terai n cuba buat kek sendiri..nak tahu kek apa sall nak buat???????...zazsssssssss...... layanzzzzzzzz......

 ni Oven hadiah dari suami...                      ni pulak bahan2nya...                                                 

ni warna kesukaan sall..cantik tak???

masukkan kedalam oven..                                                                           taraaa...dah siappun.....  

SIAPPUN.Ni la hasilnya.panat3.Ni mananya mini kek muffin...Emmm....apa macam kengkawan, menarik x?boleh ke sall bisssnnnessss.......siapa mau order.... cepat2 sementara stock masih ada, hehehe......layanzzzzzzzz              

Sabtu, 30 Mei 2009

Jom Nyanyi....



YUNA - DAN SEBENARNYA

Oh,bulan...
Enggan melayan diriku lagi
Pabila...
Air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila...
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan...
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan...
Melihat kau bersama si dia
Oh, ku akui cemburu
Telah menular dalam diri
Pabila...
Kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah...
Jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Oh...

Khamis, 28 Mei 2009

Mamam Roti telur....

Assalamualaikum buat semua..hari ni ada story.Hari ni rasa-rasanya malas masak......pening gak kepala ni memikirkan, balik ni nak masak apa,nak makan apa.....eeee.....kalau ikutkan kepala gila sall ni....beli je d kedai....memandangkan suami tercinta x suka makan d kedai,jadi kena la hari-hari masak d rumah,x kisah masak apepun,janji makan d umah. x pe3....rajinkan jugak la.apa kata hari ni kita masak masakan orang malas...hehehe....iaitu roti celup telur daaa...

           Emm...makan ngan cili...sedapppp..cuba la sendiri.......

                                     dapnye bu......

                             nas nye...nak nieee... 

                                 buuu...dah bisss......

 bertuah punya anak...senyap2 rupanye dah hanyut.......

Sabtu, 23 Mei 2009

Pedoman..

                        Lima jenis sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah) , lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi. 

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Team Otai Suria FC...

Hari ni perlawanan bola jaring anjuran Subang Perdana, kategori 35tahun keatas.Eeeeeeee...............x dapat main, x cukup umur.kalau dapat main pun....sall x boleh main.maklumlah baru sebulan berpantang..Operation...gian rasa nye..sabar sabar sabarrr...............

                       ni plak senaman pocoh2. best gile...

                                cunkan aweks ni....

                        yes...gol gol gol...gol pertama nampaknya....

                             Duk bersantai jap ngan kengkawan..

Mamat kecik niiii plak meragam.nak tidor....terpaksa lah sall balik awal.tak dapat tongok perlawanan ni sampai habis.benganggggg... (sambungan)

Ptg tadi lebih kurang pukul 4.30pm member telipon,keputusannya team FC Otai naib Juara.kalah 1 mata je...x de rezeki.Emmm....hebat gak team FC ni kan.puji team sendiri la pulak....Kepada team FC Suria Otai....Tahnia sall ucapkan N korang semuanya Hebat beb,menyengat lagi.....bagus3x...

Isnin, 18 Mei 2009

Banjir yop...

Hari ni sall nak cite sikit apa yang berlaku di tempat kerja.Sampai di tempat kerja je,satu kejadian aneh....jenjenjennnng....pehhh..banjir beb..air banyak dalam workshop.......Habis kertas kerja sall dan kengkawan basah,mesin berkarat.Bengang-benganggg.....Semua kengkawan termenung...emmm...banyak keje nak d buat ni.Nak dikatakan semua bahagian atas,bawah,depan n belakang workshop penuh air....penat penat penat penatttttt....jom kita terjah apa punca sebenar berlakunya kebanjiran niiii....

                        Ni ha... rupanya. filter air tercabut.....

                                              Dibawah..

      Kakak2 bertungkus lumus menyedut air2 yang melimpah...

                                Ehehh...mamat ni...

              Ni la dia puan2, cara2 utk membuat milo tarik....

             Emmm...ni bahagian atas...air naik  seinchi tingginya...

               Dah selesai keje,berposing la pulak...layanzzzzzzz

Tobat2... lepas keje je, kita orang ambil langkah berjaga-jaga.Suis filter air n main paip ditutup.Takut beb...takut pisang berbuah 2x...Anak cina makan pengat,sendiri mau ingat....hehehe...

Sabtu, 16 Mei 2009

Cahaya Yang Menerangi...

Pada tahun 2006.08.15, lahirnya seorang putera.Hari ni masuk 2 tahun 9 bulan sehari,menjadi penghibur lara hidup kami.Seorang anak yang ceria, pelawak dan hyperactive gila2... tuhan je yang tahu...sabor je le....dugaan....

Inilah Muhammad Rizki permata hati sall.Dia senang dijaga dan tidak banyak karena.Sall bersyukur ke hadrat ilahi kerana atas segala kesejahteraan,rezeki dan kesihatan yang dianugerahkan kepada kami sekeluarga.

Harapan sall, agar Muhammad Rizki membesar bijak dan menjadi anak yang soleh.Teringin dihati sall,supaya Muhammad Rizki menjadi seorang tahfiz Al-Quran.Orang kata,bila sesorang yang hafal Al-Quran meninggal dunia,dia boleh tarik 4 orang lain untuk masuk ke syurga bersama-sama dengannya.Insya-Allah..Sall akan pastikan Muhammad Rizki mendapat pendidikan yang sempurna,kalau boleh biarlah dia menjadi seorang yang berpendidikan dan bercita-cita tinggi.

Isnin, 4 Mei 2009

Semuanya mak...

 

Orang kata aku lahir dari perut mak..  
(bukan org kata...memang betul)  
  
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak  
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak  
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak  
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak  
Bila bangun tidur, aku cari.... mak  
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak  
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak  
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak  
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak  
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak  
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak  
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak  
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak  
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak  
Aku selalu teringatkan .... mak  
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak  
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak  
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak  
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "  
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak  
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak  
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak  
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak  
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak  
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak  
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak  
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak  
Yang selalu berleter kat aku... mak  
Yang selalu puji aku.... mak  
Yang selalu nasihat aku.... mak  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak  
   
Aku ada pasangan hidup sendiri....  
   
Bila seronok, aku cari....pasanganku  
Bila sedih, aku cari.... mak  
   
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku  
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak  
   
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku  
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku  
   
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku  
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak  
   
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada... pasanganku  
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 
   
Selalu.. aku ingat.... pasanganku  
Selalu.. mak ingat kat aku  
   
Bila-bila... aku akan talipon.... pasanganku  
Entah bila... aku nak talipon... mak 
   
Selalu...aku belikan hadiah untuk... pasanganku  
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk.... emak  
   
                                       
                                          Renungkan:
 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?  
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".  
Berderai air mata jika kita mendengarnya........  
   
Tapi kalau mak sudah tiada..... .....  
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....  
    
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....  
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......  
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....  
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....  

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......  

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  

1) Tolong pergi kedai :        RM4.00
2) Tolong jaga adik :            RM4..00
3) Tolong buang sampah :  RM1.00
4) Tolong kemas bilik :       RM2.00
5) Tolong siram bunga :      RM3.00
6) Tolong sapu sampah :     RM3.00
                            Jumlah :    RM17.00  

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -   PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -    PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -        PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,  

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.  

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu