Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Jumaat, 7 Ogos 2009

Mamamanja bagi Award teruja rasanye.  vote tuk aku sempena Breasfeeding Photo Contest 2009 ari tuh. Mudah2an mamamanja menang dalam contest ni

Selasa, 4 Ogos 2009

Sedih...Terkene Jangkitan....

Dah dua kali nak cerita pasal saskit mata ni, tetapi bila nak save error la pulak. Bangun pagi je mata dah bengkak. Semalam hubby ajak gi klinik,sampai  d klinik, ness x kasi jumpe doctor. Sebabnyeeee aku x bawa buku rawatan pekerja.Huuuuu...padan ngan muka aku...

Sebelum tu nak cerita pasal pi klinik. Sampai je d klinik Semua orang pandang aku, apa.... lawa ke aku ni,hihihihi..... ape la minah ni pepegi bute pakai cermin mata, gilo ke....centu la kot diaorang kata, ramalan aje...hihihi...

First: Semalam gi dpt MC 2 hari, kos rawatan percuma. Huyoooo. Doktor kasi ubat mata n antibiotik. Doktor terkejut+ngeri lihat mata aku, bengkak gile, doc pun mcm nak x nak je check aku,

     Dialog :---------

~~Aku : kenape doc,takut berjagkit ke?   

~~Doc : mmmmmmmm ye.

~~Aku : (dlm hatiku berkata) minawey punye doc. kalau takut x yah jd doctor.

~~Doc :  barlari basuh tangan. 

~~Aku : gelak besar la aku wakakaka


Nama Klinik yang aku gi semalam :

"Mediviron Seksyen U3"

13,Jln Dinar E U3/E,

Taman Subang Perdana. 

~~Wahhh....aku promot la pulak klinik ni,hihihihi


ni la ubat-ubatan yang doc beri..


ni MC dapat 2 hari daaaa...


Ni pulak gambo orang sakit mato...walaupun sakit tapi aku tetep ceria hihihihi...zazssssssssss

 

 

 

 

 

Isnin, 3 Ogos 2009

TEKA TEKI PALING SENGAL!!!!




1) Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?

* = Kain songket cap Gajah Duduk



2) Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?

* = Jatuh la nyonya tu...



3) Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?

* = Penyapu


4) Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?

* = Jawapan lain salah la...


5) Ibunya diurut, anaknya dipijak.

* = Tangga


6) Pokok apa bila manusia nampak dia lari?

* = Pokok nak tumbang la...



7) Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?

* = Lagu 'Happy Birthday'

 


8) Air apakah yang paling berani sekali?

* = Air terjun


9) Sungai apa yang paling kurus di dunia?

* = 'Slim River'


10) Sungai apakah yang tiada air?

* = Sungai di dalam peta


11) Buah apa bila dia masak dia timbul?

* = Buah Melaka


12) Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?

* = Jadi banyak la...


13) Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?

* = Kedua-duanya boleh digoreng


14) Ikan apakah yang mempunyai ketiak?

* = Ikan duyung

Ahad, 2 Ogos 2009

Mudah-mudahan Ada Rezeki Untuk Ku..

glitter-graphics.com


Hai, tangan aku gadai nak gak tempek gambar ni. Menarik x? Bila saat ni akan tiba? Aku tidak akan berputus asa, aku akan terus berdoa kepada Allah agar permintaan ku ini akan menjadi kenyataan.

Jalan pernah takut ku tinggalkan Saat bintang tak mampu lagi berdendang 
Saat malam menjadi terlalu dingin Hingga pagi tak seindah biasanya Takkan mungkin kita bertahan Hidup dalam bersendirian Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jadi Meski beza dermaga untuk kita berlabuh
Pernah kita jatuh
Mencuba berdiriMenahan saki dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu Dan kita mencuba melawan



Sedih...Terkene Jangkitan....

Aduhhhhhh....sedih....kelmarin muhammad rizki, dan kini aku pulakkkk....uhuuuuuu...aku kene kuarentin d umah n bercuti lame le nampaknye....Semalam gi jalan2 nagn family, sampai je d pasar raya mata aku dah mula gatal2  macam ada habuk  dalam 

mata. Aku genyeh2 la mata aku ni.lepas tu hubby tegur, kenapa?..tah la...mata sall ni gatal la pulak. Hubby tengok mata aku, laaaa mata ibu dah merah ni....dah jangan genyeh lagi. Besok kita gi klinik. Pagi tadi bangun pagi aje, mata aku tak boleh nak buka, pedih sangat, sah kena sakit mata ni.Terus aku tengok d cermin,iyeeee laaaa....sakit mata. Abanggggg tolonggggg.....Hubby terkejut beruk d buatnyeeee...kenapa3. Mata sall.....sambil menangisssss manje....mmmm...ibu dah kene jangkitan rizki la ni... Siapa ada pertua tuk cpt hilangkan sakit mata???...Tolonggggg....


Sabtu, 1 Ogos 2009

Kisah Nasi Lemak..



Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya. . "Sudah sampai Ipoh belom?"
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan.. !"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang..
"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.. . "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Sabtu, 25 Julai 2009

Dugaan Allah....

Hari ni pening bangat. Hubby kojo,rizki pulak x sihat. Sakit mata, selsema, semput. Dugaan betul la hari ni.  Dengan umah berselerak, ngan menannye sana sini...eeeeeee....sakit mata den memandangnye. Alhamdulillah, walaupun x sihat, si rizki ni tetap aktif, sesaat x boleh duk diam. Melompat sana melompat sini, panjat sana panjat sini, berlari-lari la lepas tu bercakap x henti2. Entah apa yang di cakap pun aku x faham. Almaklum la pelat.Anak sorang macam 10 orang, riuh belaka. Nak x nak kene gak aku layan kerena si rizki ni.


ni pulak...abis mangkok n sudu ibunye d buat main.


Mulanye aku takut nak tempek gambo anak aku ni, takut2 berjangkit pulak kat korang....haaaa haaaa haaa...kan dah berair mata korang hehehehe....Buat lawak pulak aku ni. Jangan marah haaaa...
*
*
*
*
T A M A T

Khamis, 23 Julai 2009

Bulan Syaaban Dah Tiba...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum. ..  
Sahabat-sahabatku  sekalian di kesempatan ini saya mahu mengucapkan Selamat menyambut Bulan Syaaban pada hari ni..mudah- mudah kita diberkati dibulan ini dan disampaikan Di bulan Ramdhan...
 
Ambil kesempatan untuk Semak semula niat puasa, bacaan dalam solat. bersihkan dan basuh rumah..cat rumah..sediakan pakaian baru untuk solat sunat Tarawih, kurma mahal.untuk berbuka puasa.peruntukkan duit untuk sedekah Pada Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi sebulan dari sekarang... Mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini ada pahalanya disisi Allah...Amin..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 22 Julai 2009

Rahsia 13


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2.. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10..Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12..Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S..W.T..

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
*
*
*
*
Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Selasa, 21 Julai 2009

Panduan Tambahan...


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
*
*
*
Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Isnin, 20 Julai 2009

Berkongsi sedikit ilmu

Assalamualaikum, aku ambil petikan ni dalam email.kiriman dari zailina. Mungkin kengkawan dah membacanye.sesaja je aku nak tempek dalam blog aku.Tuk peringatan diri sendiri. 
*

*

*

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua² keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Niat mandi wajib ada 3 iaitu: 

*

*

*

1:- niat.
2:- menghilangkan najis di badan.
3:- meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib; 

"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."

Atau

" Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana² bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."

Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

" Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu² yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu² dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu² di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut.. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut , tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza .. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab² seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana² dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok²nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


 

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

http://zailina88.blogspot.com/

Sabtu, 18 Julai 2009

Activity d Hari Sabtu ni...

Yuhuuuu....Selamat Petang Putra Putri,hari ni aku penat sangat2,sebab ape??? kemas umah le.Dipagi hari ku dan anak ku mengahabiskan masa mengemas umah.Tengaharinye, aku masak ala kadar je.lepas makan pulak kami zzzzzzzzzzzz....tido...Bangun dari tido,aku terus mandikan si kecil ni dulu.Baru la aku boleh mandi.Dah siap2,aku terus buat kuih cekodok goreng sarang semut tuk minuman petang ni.Sementara menunggu hubbyku balik dari keje tuk minum bersama2,si  Rizki ni plak x sabo2 nak makan.layan je le mamat kecil ni ye.... 

Menu : Cekodok Goreng Sarang Semut..

Eeeeeeee......Bengangnye.....tunggu punya tunggu,hubbyku x balik2 gak.Aku tepon,rupa2nye dia gi melepak d kedai Selera Mas ngan kengkawannye....Bengang betul di buatnye...x pe iki kita jgn kwn ayah.Nanti ayah balik kita buat pandai je....Wakakaka...

*****

Pantun La plak :....

Anak Cina Makan Pengat,

Sindri Mau Ingat la...

Oh Tidak....




Satu Labah-labah cube panjat tinggi..Bila hujan turun Labah cepat lari...terbit matahari hujan tiada lagi....dan labah-labah boleh panjat sekali lagi....
Ayooo...Ada labab2 besar ni.Haaaa...tu tandanye aku kene leee mengemas rumah.Sebelum labah2 ni membuat sarangnye,aku kene la cpt2 mengemas rumah ku. dah 2 minggu x buat activiti mengemas ni...JOm kita mengemas rumah.
...nak buang,,,,,nak buang ape??? Buang sampah laaa hehehe.....Sungguh memenatkan.. Allhamdulillah ada pembantu kecil..dapat gak dia menolong aku.Nak buat sorang2,mati rasonye.
****
*
*
*
*

Sabtu, 11 Julai 2009

Makan Malam 11/07/09..

Assalamualaikum, dapat gak aku makan petai rebus.Hubby tolong belikan. Dah x tahan apa lagi terus aku basuh2 dan rebus la petai ni.  Dah masak aku plak x sempat2 nak tunggu petai sejuk, aku terus ambil nasi dan makannnn...sedapnyeeee...."Imah....menu hang la ni. sodapppp".

Petai rebusssssss

*
*
*
*
*
*

Assalamualaikum, selamat malam, penat3.sebab ape penat? ptg tadi aku jadi juru foto sambilan ckijap je.member bertunang.dapat orang negori 9,hantarannya RM8,888.88sen.. hebat2tempoh 2 tahun.lamenye ikat....
8
8
8
8
8
8
Selamat Bertunangku Ucapkan..

Panjang Umurnya.

Hari ni 11 July 2009 lahirnya seorang perwira bijak pandai,penyayang,bercita-cita tinggi,seorang yang kreatif dan garangggg. Menyambut hari lahirnya yang ke- 3? aku pun x tahu umurnye berapa???Dia adalah abang iparku namanye Roslan, sudah berkawen dan mempunyai 2 orang puteri cahaya mata tercinta dan seorang isteri penyayang. Di sini aku n kuarge ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir, semoge panjang umor,d murahkan rezeki dan semoge berbahagia hingga ke akhir hayat. Jom kita nyanyi sama2,  1...2....3.... Panjang umurnya.. panjang umurnya.. panjang umurnya.. serta mulia..  serta muuu..liii...aaa...  serta muuu..liii...aaa... Jgn marah haaa... gambar abg(roslan) sall letak dlm blog ni.

~~~T A M M A T~~~

Berserapan Meggi Goreng...

mamat ni memang suka sangat2 makan mee. tengok le gelagatnye.

             Assalamualaikum n Selamat Pagi, hari ni aku x keje. Selapas aku buka blog

http://sarimahrizal.blogspot.com/  aku  rasa kerajinan cikit. Tuk menu harian, imahlah sumber inspirasiku. tima asih imah jauh d mata dekat di hati. Jap gi lari gi kedai nak cari petai,nak cari petai,nak cari petai...

Selasa, 7 Julai 2009

Tinjau2 D Kampung Mertua ku...Episod Akhir

Salam, Ni saje yang dapat aku citekan, x sedikit tapi banyak, x sakit tapi sedap dibaca, x suka tapi layan je le...

Baju di pakai pada si kera... 
Buat semua ..
semoga gumbira...
perjalanan jauh x ku rasa...
Singgah,  solat  magrib...
Baju di pakai pada si kera... 
Buat semua ..
semoga gumbira...
~~T A M M A T ~~

Tinjau2 D Kampung Mertua ku...Episod 3

Di sebelah petang pula,kami sekuarga memetik dan mengabiskan buah2an yang ada hahaha... siape cepat dia yang punya...itu bukan kau yang punya.....ahmad albab yang punya..ahmad albab yang punya...hahaha...

Ini dia pokok rambutan madu...nampak x suamiku sedang menjolok buah.....

Ambil kau Sebakul rambutan madu...

Eeee...mamat ni...pengganti aku,main bola jaring bila besar nanti....sesuai ke...layannnn...

Bergambo ngan ibu mertuaku...yg spotting giler....

Ni pulak adik iparku Ros Saliza namanye....ehhh nama kita sama le...

Tinjau2 D Kampung Mertua ku...Episod 2

Wahhh... Waktu ni la yang aku nanti2 kan.sebab apa.....sebab sejuk le...hehehe....Pagi yang gelap kini sudah terang..Aku dan adik iparku kena pegi pekan....

Inilah keadaan pekan pagi d sungai kemahal...

Ayah cam ner nak start motor ni...mamat kecik ada hati nak bw motor konon...

Pantun Gurindang...

Pagi2 pegi pekan,

Beli ikan,si ikan tenggiri,

mari tuan mari puan,

lihat menu tengahari ni...

Ni adik iparku,dia memang pandai masak...

Terung goreng udang kering...

Ayam goreng berlada...

Ketam masak lemak cili api....