Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Jumaat, 7 Disember 2012

Durian Crepe...



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sana-sini cite pasal Durian Crepe. Sedap sangat ke kuih ini???...
Macam kuih ketayap pulak.
Okey la, ni ada resepi cara macam mana nak buat Durian Crepe. Insyaallah kalau ada kelapangan masa,
sall akan cuba buat. Buat masa ni badan sall sangat lemah dan semangat diri hilang sedikit.

Resepi ni sall copy dari FB.



RESIPI DURIAN CREPE...


Bahan2 crepe:

250g tepung gandum
3 biji telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudian tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5. Tuang 1 senduk kecil dan masukkan crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whipping cream

Cara2:
1. Pukul whipping cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian tutup semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.











Jumpa Lagi....









Tiada ulasan: