Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Selasa, 1 Januari 2013

Orientation iqy...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancarnya. Pada sabtu lepas jam 8.00pagi, iqy pertama kalinya menjejaki ke sekolah rendah kebangsaan kampung melayu subang. iqy sangat-sangat excited untuk ke sekolah. Semua benda, termasuklah buku texs sekolah pun nak dibalut sendiri.

 Sangat rajin dan sangat tek sabar nak gi sekolah. Zaman sekarang ni budak-budak orientation terus kena ambil paper test. Tujuan Paper test ni diadakan ialah untuk menentukan kelas anak-anak kita. Jika didapati anak-anak bijak, diletak lah anak-anak tu di kelas A dan seterusnya.

Sistem pelajaran sekarang amat-amat berbeza berbanding sistem dulu-dulu. Masa sall sekolah dulu, xde la pulak kena ambil excited bagaiii...cara cikgu menentukan kita pula dengan cara sape cepat daftar, dia la dapat kelas A dan seterusnya. Betul x? Sekarang ni, kalau anak-anak yang kurang pandai diasingkan. Sall rasa macam xadil pulak.

Otak Setiap orang tu bukannya sama kan. Apalah salahnya campurkan saja anak-anak kurang pandai dengan anak-anak yang cerdik ni kan, di sini nnti ada satu cabaran untuk mereka berlajar.

 Ni pun sall xtahu lagi, iqy dapat kelas apa. Bila ditanya tentang exam, iqy kata sangat senang. Alhamdulillah lah iqy dapat jawab semua soalan yang beri. Bukan itu saja, malah anak-anak ini wajib menjalani ujian lisan jugak..


Kesian anak ibu, kepanasan. 



 Jumpa Lagi...









1 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

kak sall...betul tu skrg semua nak exam..tp kan sekolah syafiqah airtu xamik exam lg... esok stat sekolah br dia buat..tp sekolah lain terus buat exam mcm sekolah iqy... papepun...seronok kan tgk anak2 seronok gi sekolah..berdebar tunggu esok nak hntr anak ke sekolah