Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Ahad, 17 April 2011

Al-Fatihah...


 Assalamualaikum. 

Setangkai al-Fatihah buat Maksu.
Moga tenang di alam barzakh.
Ku damba pertemuan di syurga indah…. 

 

Maksu pergi buat selama2nya. Kenangan manis dan nasihatnya tetap abadi dalam ingatan sall. Tiada lagi gurau senda gelak tawamu kedengaran. 
Terlalu cepat maksu pergi. Baru semalam sall dapat sms mengatakan maksu koma di Mekah. 
Dalam pukul 2pagi tadi abang sulung sall pula hantar sms dan menyatakan maksu sudah tiada lagi. Alhamdulillah sall kuat semangat. 
Mana daknya, sall anak buah yang paling nakal dan kaut menyakat maksu dan disamping tu maksu pernah menjaga sall masa kecil. Kira rapat juga la ngan maksu. 
Meninggal di Mekah. Sungguh mulia hambamu ini, Ya Allah kau ampunilah dosa-dosanya dan tempatkan ia di tempat orang2 yang beriman. 
Amin.




Sabtu, 16 April 2011

Doakan....

Assalamualaikum.
Baru sebentar tadi dapat sms dari sepupu sall. Maksu sall sedang koma di Mekah. Pada teman2 semua doakan maksu sall cepat sembuh ye. 

Ni maksu sall. Maksu sabar menjaga kerenah nakal sall masa kecil. Sall kanak2 yang paling kuat menangis dan kuat songeh dan manja. Mudah2an maksu cepat sembuh. Sall sayang maksu.


Ahad, 3 April 2011

Kenduri sambil jln2...

Assalamualaikum.
Hari ni sall merajinkan diri utk update story sudah lama di peram. Ni kenduri kawen adik lelaki sall. Sall dapat adik ipar luar negara lagi. Kami sekeluarga dilayan ngan baik sekali. Alhamdulliah majlis berjalan ngan lancarnya.

Family Sall.

 Adik Sall

Adik ipar Sall. BerAsal dari Bandung Cirebon.



Kapla ikan....


Assalamualaikum.
Hari ni Masak kari kapla ikan merah. Rajin + malas, alih2 kena buat jugak. Lunch kami dua beranak. Nak tunggu pakwe lambat lagi balik. Kami anak beranak ngap dulu. Jemput makan...



Jumpa lagi....