Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Selasa, 30 Ogos 2011

Tempahan Aidilfitri 2011

Assalamualaikum.
Mari-mari, lihat-lihat, tegok-tengok ye.. Kalau berminat boleh tempah.

Jaminan

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ampun Maafku pinta..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Assalamualaikum.

Salam dihulur maaf ku
pohon buat semua rakan2..

Disini, ku ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya dan juga
ingin meminta maaf sekiranya ada:
TERkasar bahasa,

TERsilap bicara,
TERmarah yang tak kena,
TERtanya tak tentu hala,
TERsasul yang tak sengaja,
TERpukul kat mana-mana,
TERpekik di telinga,
TERhantuk di kepala,
TERpinjam harta benda,
TERmoody tak semena-semena,
TERumpat bila-bila,
TERusik yg sengaja,
dan segala macam ‘TER’ lagi
Maaf Zahir & Batin! ^_^


MERDEKA RAYA...HATI-HATI DIJALAN RAYA.




Rabu, 17 Ogos 2011

Cinta Muka Buku



Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Sabtu, 13 Ogos 2011

Jom Beli Barang Raya...


Assalamualaikum.
Jom Ramai2 gi shopping. Ni kat putrajaya Presint 2. Utk keteranagn lanjut klik kat sini.



Khamis, 4 Ogos 2011

Quaker....


Assalamualaikum.
Sahur sall hari ke-4 . Bukan ke-4 aje tapi tiap2 pagi bersahur. Alhamdulillah sejak sall minum Quaker Oat ni badan sall xrasa letih dan perutpun x lapar. Sentiasa kenyang je hehehehe....Cuba dulu baru tahu ye kengkawan. Bye..bye..

Rabu, 3 Ogos 2011

Simple je...

Assalamualaikum.

Memandangkan hari ni sall berdua ngan iqy menu pun simple2 je. Hari ni sall masak tom Yam tulang ayam. iqy makan sampai bertambah 2 kali nasi. Jemput mkn.

ye..ye.. Menang...

http://4.bp.blogspot.com/-9Sq7AV7D59k/Tjio-2vXhwI/AAAAAAAAErY/26u2yA9M8yY/s1600/030820113321.jpg
Menang GA dari adyshariz

Assalamualaikum.

Alhamdulillah rezeki ramadhan Allah beri tahun ni. Sok nok sgt sampai hidung kembang kuncup ni. Lama dah x menang GA. Tadi gi jln2 kat blog my pren aisha tertengok senarai nama pemenang GA yg dianjur olehnya. Tengok punya tengok nama sall telah tersenarai dalam 5 peserta yang bertuah. Nombor bertuah sall 079. sok sall kena tikam nombor ekor 079 pulak heheheh......Mcm x percaya aje. Thank aisha. dan tahniah pd yg menang.




Sedapppp...

Telur pindang...



Assalamualaikumm

Hari ni teringin nak ngap menda ni. Memang favorite sall. Dapat 3 biji je. Berebut2 ngan iqy. Anak sall iqy suka makan yang luar dan sall pula suka mkn dalamnya. Pakwe sall pula x berapa gemar menda ni. Dia kata nnti bau kentut power....hahahaha..ada2 aje la abg ni. Kentut awak busuk sall juga yang cium. Dah sayang, kentut busukpun jd wangi. Kalau jupa telur pindang ni, pos2 la pd sall ye...sall ngap je.




Selasa, 2 Ogos 2011

Sekali 3 sambar...

Kurma tangkai ni yang paling sedap.


kurma basah. sedap


Nipun basah gak tapi kering sikit dan rasanya sangat manis. Sampai tangkap gusi. Aduhhhh sakitnya gigi...


Assalamualaikum.

Alhamdulillah senang hati. Urusan hari ni berjalan ngan baik. Selepas settle semuanya, sall sempat singgah MyDin subang. Saja jalan2 dan tgk2 apa yang perlu. Masuk je sana, tempatpertama sall suka pergi iaitu temat kering dan basah. Sall suka tgk ikan2 segar, terutama sekali sall suka tengok kurma. Makk.. aiiiii...manyaknya kurma. Geramnya. Sambil tgk sambil terliur hehehehe....pose2 kalau xpose dah lama sall ngap 2 3 biji taw. Sall sambar 3 kotak kurma. Stock sebulan. Itupun kalau sampat sebulan.





Syoknya Coti...



Assalamualaikum.


Semalam penat bekerja hari ni sall coti pula. Bagus x??...sekali sekalakan. ada aku kisah hahahaha...
Hari ni byk urusan nak sall settlekan. Mudah2an urusan berjalan ngan lancarnya.





Isnin, 1 Ogos 2011

Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadhan..

Roti john utk iqy.


Satey utk pakwe sall.


Kurma utk sall....

minuman air teh O aje...


Assalamulaikum.

Syukur alhamdulillah rezeki Allah beri pd hari ni dan alhamdulillah ketahanan diri hari ni paling mencabar. Almaklum la, hari pertama berpuasa. Hari ni byk dugaan yg sall tempuhi. Hari isnin adalah hari malas sall bekerja. HAri ni pulak boss x dtg keja so hari ni sall dipertanggungjawabkan utk melaksanakan tugasan supervisor. Penat + laparpun ada. Alhamdulillah kerja2 berjln ngan baiknya dan hati pun rasa sgt riang walaupun penat teserlah diwajah ni. Lps keje singgah tapak ramadha utk membeli sedikit juadah utk berbuka nnti. ...korang berbuka apa hari ni?? Jemput makan.