Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Rabu, 2 Januari 2013

Kepenatan....


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah perancangan hari ini berjalan ngan lancar sekali. Alhamdulillah hari ini iqy sangat gembira, ceria dan  dapat kawan baru. Dan mudah2an lepas ni iqy gembira berlajar apa saja mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru.

Nak cite sikit pasal aktiviti hari ini. Pukul 7.30pagi hingga 10.30pagi td, iqy masuk sekolah kebangsaan agama Al-Syakinah. Lepas tu lebih kurang 12.15tengah hari pula bersiap-siap untuk ke sekolah kebangsaan  kampung melayu subang. Masuk kelas kebangsaan pukul 1.10pm. semua murid di kehendaki berkumpul di dewan.

3.10pm ~ 3.20pm waktu rehat pula. Sall tengok iqy dah boleh beli makanan kesukaannya. Lepas tu 6.30pm  semua murid beratur dan boleh balik. Ibubapa dikehendaki tuggu di luar pagar sekolah je.

Masyaallah... jalan sangat-sangat jem giles. Safety utk kanak-kanak melintas jalan langsung tiada. Lepas tu pemandu xmau bertolak ansur langsung. Gerun betul sall tengok keadaan disana. Ni kalau ada meeting PIBG, compom sall nak bentangkan tentang security guard perlu ada di sekolah ini. Safety 1st maaa....

Hari ni memang penat sikit. Almaklum la hari pertama hantar anak ke sekolah. Lepas ni sall serahkan pada penjaga nursery pulak. Sall cuma tengok dari jauh aje. Mudah2an lepas ni dan sampai akhir tahun 2013 perjalanan persekolahan iqy berjalan ngan lancarnya. Amin...



Dari pukul 6.00pagi hingga 7.30malam ini la hasilnya. Lepas sembahyang isyak iqy terus tidur. Sian anak ibu kepenatan.



Jumpa Lagi...










Back To School....


Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni dan esok sall cuti. Nak anto anak ke sekolah. Hati berdebar-debar pulak. Mana daknaya ni tahun sall dan suami menghantar anak ke sekolah heeeeee....

Pepagi dah kena bangun uruskan persiapan iqy. Buat sarapan untuk iqy. Hari ni iqy nak makan roti bakar dengan air teh O suam. Seorang Ibu harus rajin kan heeeee...

Lepas tu kena anto iqy gi sekolah Agama. Sesi pagi iqy kena sekolah Agama dan waktu tengah hari pula baru lah iqy ke sekolah Kebangsaan. Mudah-mudahan semuanya berjalan ngan lancarnya.




Selasa, 1 Januari 2013

Orientation iqy...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancarnya. Pada sabtu lepas jam 8.00pagi, iqy pertama kalinya menjejaki ke sekolah rendah kebangsaan kampung melayu subang. iqy sangat-sangat excited untuk ke sekolah. Semua benda, termasuklah buku texs sekolah pun nak dibalut sendiri.

 Sangat rajin dan sangat tek sabar nak gi sekolah. Zaman sekarang ni budak-budak orientation terus kena ambil paper test. Tujuan Paper test ni diadakan ialah untuk menentukan kelas anak-anak kita. Jika didapati anak-anak bijak, diletak lah anak-anak tu di kelas A dan seterusnya.

Sistem pelajaran sekarang amat-amat berbeza berbanding sistem dulu-dulu. Masa sall sekolah dulu, xde la pulak kena ambil excited bagaiii...cara cikgu menentukan kita pula dengan cara sape cepat daftar, dia la dapat kelas A dan seterusnya. Betul x? Sekarang ni, kalau anak-anak yang kurang pandai diasingkan. Sall rasa macam xadil pulak.

Otak Setiap orang tu bukannya sama kan. Apalah salahnya campurkan saja anak-anak kurang pandai dengan anak-anak yang cerdik ni kan, di sini nnti ada satu cabaran untuk mereka berlajar.

 Ni pun sall xtahu lagi, iqy dapat kelas apa. Bila ditanya tentang exam, iqy kata sangat senang. Alhamdulillah lah iqy dapat jawab semua soalan yang beri. Bukan itu saja, malah anak-anak ini wajib menjalani ujian lisan jugak..


Kesian anak ibu, kepanasan. 



 Jumpa Lagi...









Welcome 2013...

Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar Hiasan saja...