Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Khamis, 30 April 2009

2 sejoli....

                                 pasangan bahagia....


 

Jadilah isteri yang disenangi suami 


Hayat sesuatu perkahwinan umat Islam pada akhir-akhir ini tidak lama, paling lama boleh bertahan ialah selama lima tahun tetapi yang paling singkat ialah 7 hari. Ketidakserasian dikatakan punca berlakunya perpisahan mereka.

Persoalannya bagaimana perkahwinan itu boleh terjalin kalau tidak serasi. Adakah sebelum berkahwin mereka tidak melihat keserasian itu? Mengapa pula selepas berkahwin baru didapati hubungan mereka tidak serasi?

Barangkali benarlah kata orang tua-tua, “cinta itu buta”. Sewaktu bercinta mereka tidak nampak cacat celanya. Waktu bermadu kasih, semua yang buruk nampak cantik dan indah belaka. Jadi, keserasian tidak dapat dikesan kerana manusia dikatakan boleh berlakon melindungi watak sebenar.

Walau bagaimanapun hujah keserasian itu tidak begitu kuat untuk diterima kerana keserasian boleh datang selepas berkahwin. Jadi, punca sebenarnya ialah pasangan itu tidak pandai membina keserasian. Suami dan isteri gagal memahami hak dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam ruangan yang terbatas ini saya ingin membawa pembaca untuk menghayati sebuah hadis iaitu Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taatlah kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran. Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al-Imam Bazzar).

Menurut hadis di atas, dua perkara yang sering diabaikan oleh isteri ialah; mentaati suami dan mengakui hak suami. Lazimnya selepas pasangan pengantin diijabkabulkan mereka enjoy dengan kebebasan yang mereka peroleh. Mereka terlupa untuk mengenali secara lebih mendalam isi hati masing-masing atas alasan sudah kenal lama.

Sebenarnya alam perkenalan, bertunang dan alam rumah tangga tidak sama perjalanan hidupnya. Kalau sekiranya selepas berkahwin, gaya hidupnya sama seperti zaman perkenalan sudah tentu akan berlaku kompleks yang tidak kesudahan. Apa tidaknya, tanggungjawab tidak diberi perhatian, hak suami isteri tidak dijaga, dan pantang larang hidup berkeluarga sering dilanggar.

Pada waktu itu kesalahan suami isteri, boleh dimaafkan dengan cara baik kerana darah masih panas dan manis. Tetapi jika setelah tiga bulan kesalahan sama terus diulangi, tentu akan timbul rasa kurang senang hati pasangannya. Ketika itu akan berlakulah pertengkaran kecil.

Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini, si isteri tidak tahu meletakkan ketaatan kepada suami kerana dia menganggap dirinya dengan suaminya sama sahaja. Suaminya tidak ada keistimewaan berbanding lelaki lain yang dia kenali.

Boleh jadi suami sejak berkahwin sehingga ke saat itu, tidak pernah menunjukkan kewibawaannya, ilmunya mungkin kurang, agamanya juga kurang, dan pendapatannya juga mungkin kurang daripada isterinya. Bagaimanakah dalam keadaan itu si isteri boleh menghormati suaminya?

Barangkali kalau suami pada hari perkahwinannya telah menunjukkan kewibawaannya sebagai pemimpin, pembimbing, pendidik, tegas, kasih sayang, dan amanah pasti isteri akan taat kepadanya. Biarpun suami tidak ada ilmu sehebat isteri, tetapi dengan kewibawaannya memimpin keluarga, cukup besar ertinya kepada si isteri. Isteri mamang mahu seorang lelaki yang boleh membela hidupnya hingga ke akhirat.

Walau bagaimanapun berdasarkan hadis di atas, isteri yang boleh taat suami dan menjaga hak suami walaupun suaminya tidak berwibawa, walaupun miskin, dan tidak cukup ilmu, wanita inilah yang akan berboleh pahala seperti berjihad di medan perang.

Menyentuh sikap isteri yang tidak mahu mengakui hak suami, ia berpunca daripada kegagalan suami mendidik isteri pada awal perkahwinan. Mungkin dia tidak tahu apakah hak suami yang perlu dijaga. Kalau tidak masakan isteri tidak boleh menghormati suami dan menjaga haknya.

Tanpa didikan itu, seorang isteri mungkin tidak membenarkan suaminya menyentuh tubuhnya selagi tidak diadakan majlis kenduri kahwin. Ada juga isteri yang tidak membenarkan tubuhnya disentuh suami kerana tidak sanggup mengandung dan masih tidak mahu anak. Malah ada juga isteri yang tidak mahu disentuh suami kerana masih terbayang bekas kekasihnya.

Biasanya dalam keadaan itu suami akan terus bersabar. Dia masih sayangkan isteri, apatah lagi telah mengeluarkan wang yang banyak untuk mengahwininya, sudah pasti dia cuba memaafkannya. Harapannya lambat laun isterinya akan insaf dan berubah. Tetapi berapa lama dia boleh bersabar?

Sebenarnya dalam Islam suami berhak terhadap tubuh isterinya. Isteri ibarat ladang yang boleh dibajak dan dituai, begitu juga sebaliknya. Tetapi apabila hak itu disekat dan tidak diiktiraf, akan musnahlah segala harapan dan perkahwinan itu hanya menunggu retak. Suami ketika itu tidak akan rasa sayang lagi akan wang pelaburannya dan akan bertindak menceraikan isterinya.

Jadi, isteri perlu pelihara dua perkara di atas untuk disenangi suami dan beroleh pahala yang besar. 

Wallahu aklam.

Selasa, 28 April 2009

Skill Competition....

Duk dihadapan ni semuanya trainer (from Japan)..

 Sebelum bermula pertandingan ini, bergambar le dulu..pizzzzzzzzzz                                              

Salam,

       Pada tahun 2003, sall dipilih untuk pertandingan ini (skill ler.. ) Apa lagi masa ni lah tunjukkan kemahiran yang ada..Seronok gila2, dapat gak gi Singapura... Sebenernya sall kene gi Jepun...emmm.... disebabkan masa tu... akonomi syarikat kurang memuaskan...so..Singapura pun jadi lah...Berdebar-debar rasenya...tuhan saja yang tahu..Allhamdulillah..semuanya berjalan dengan teratur.Masa diberi hanyalah 2jam.Sall dapat siapkan dalan masa 1jam30minit.Hebat gak aku ni....puji diri sendiri la plak...

                                        ni goldmedalnye...

                                  ni plak sijil penghargaanku...

Allhamdulillah..... sall mendapat keputusan yang cemerlang (goldmedal n sijil penghargaan). Bangga beb...MD suka sangat2. MD said : Congratulations, Good Girl, girl malaysia boleh.            sall girl yang pertama di Epson menangi pertandingan ini....ramai wartawan epson yang datang untuk menemuramah........pehhh... glamor la sekejap.....                                            

Isnin, 27 April 2009

Jom Bersenam...

Bersama kengkawan seperjuangan........

Walaupun bermula sekadar suka-suka,bakat tarian yang dimiliki membuatkan sall berkobar-kobar dan bersemangat untuk mempelajari semua tarian yang ada..

Mengapa kesihatan diri dan bersenaman tidak semestinya hanya tertumpu pada activiti fizikal seperti bersenaman di Gim atau berjoging di taman rekreasi semata-mata. Sebaliknya melalui gerakan tarian yang lemah gemalai diiringi aluran lagu, ia juga mampu mengekalkan bentuk badan yang langsing dan cergas.

Menerusi tarian, kita umpama membebaskan diri daripada segala tekanan dan memberikan kekuatan baru untuk meneruskan kehidupan dalam mengharungi segala permasalahan dan sekali gus mendisiplinkan diri. Ini pandangan sall...

Sejak dibangku sekolah rendah, sall menceburi bidang tarian ini. Mana lagi.... kalau kuah tak tumpah ke nasi... Ibu seorang penari (diwaktu remaja). Ibulah yang memberi dorongan dan tunjuk ajar tentang seni tarian ini...Allhamdulillah, sampai sekarang ni sall masih lagi aktif.........aktif di rumah jer....hehehe....Semua jenis tarian sall ceburi. Sall amat gemari tarian zapin.Layanzzzzzzzzzzzz..

Kurangkan Ketawa, Banyakkan Menangis....

                                       Ustaz Zainudin Hashim 


Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan. 

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti 'Rajalawak'/ 'Lawaking' yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah - Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."


Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) , dia mengkhianatinya.

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam. 

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti �Jomheboh� dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya. .

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT. 

Hantu Bola..

     

Hari ni sall nak cite tenteng hantu bola. Dari sekolah rendah lagi sall memang gila sangat2 netball ni...nak dikatakan tidurpun bawa bola....kwang..kwang...kwang...position WA,WD n C...ni je yang layak untuk sall. maklumlan pendik....kesian...sall suka sangat position GA, keyakinan diri sall boleh buat, cikgu plak x yakin...bengangnye...dia kata: "salliza , awak pendak, awak x sesuai jadi GA.." kecil hati gak dibuatnya...fikir positif...x pe x pe... janji terpilih untuk mewakili sekolah (SRKTDH) tapi sekejap je...sall mewakili sakolah.... Atas permintaan cikgu olahraga pulak, sall terpilih untuk mewakili sekolah dalam acara larian... best gak... sall ok jer...itu pun sementara jer...sall masuk larian 100meter, 200meter,4x100meter nak di katakan semuanya sall balun...hahahaaaa...sall jadi ree..butan... konon nye...orang kecil,pendik dan lincah,Sall bersyukur sangat2 pada Allah swt coz telah memberi kelebihan ini pada diri sall...Thank you Allah.         

Jumaat, 24 April 2009

Abang Hero...

Muka poyo je. Budak kuat nangis...

Aaaaa....chakkk..

Kedua-dua gambar ini ada sall. Kanak2 riang, ceria, kuat menangis....puji diri sendiri la plak..hehehe..Disebelah sall tu adalah abg sall. Orgnya penyanyang, ambil berat, anak tulung la katakan....Emmm....Teringat masa sekolah dulu, abg sall jadi hero..selamatkan botol susu sall yang hampir2 kena campak ngan bebudak jahat. Mereka bengang, sebab sall bw botol susu ke sekolah..hehehe...Mana x nye, darjah 1,masih ketagih puting susu...sedap beb..sampai sekarang ni pun cam tu. Puting susu anak, jadi mangsa....hehehe..Jgn marah haaaa...

Rabu, 22 April 2009

Sayang Abah..

Pada tarikh 06/01/2007  jam 5.20ptg.... Abah pergi buat selama-lamanya...

Abah,

Aku rindu akan senyumanmu, gelak tewamu,kelakarmu dan bau badanmu...

Abah pergi buat selama-lamanya tinggalkan kami semua. Abah tinggalkan kasih, cinta dan kenangan manis.

Setangkai al-Fatihah buat Abah. 

Moga tenang di alam barzakh.

Ku damba pertemuan di syurga indah…. 
 

-Allahyarham Abdul Rahman Bin  Ibrahim-

 
Hargai ibu dan bapa selagi ada, jadilah anak yang bertanggungjawab semasa ada dan selepas ketiadaan mereka. Anak soleh pewaris paling bermakna….

Sudirman

Salam Terakhir 

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


Isnin, 20 April 2009

Bonda ku...

Sekeping foto ibu ku ketika usia remajanya (baris belakang :berdiri di tengah)...amacam cun x ibu ku...

Dari setitik air, d dlm rahimnya menjadi seorg yg dpt membezakan kelembutan dan kekerasan,keberanian dan ketenangan.Tanpa Ibu tercinta , tidaklah saya lahir ke Dunia ini.Terima Kasih Ibu.Ibu yg saya kasihi tidak mengajar saya dengan menutup emosi atau perasaan yg dijadikan Allah swt.Semuanya digunakannya.

Dia marah, Dia senyum, Dia suka ,Dia duka dan bermacam2 lagi ekspresi perasaan yg ditunjukkan kepada saya.Secara sedar atau tidak.Tetapi saya bersyukur kerana mempunyai seorg Ibu yg Penyabar, Lemah Lembut, Sopan Santun dan Penyayang...

Tahukah kita... dlm setitik air mani itu,berjuta musuh kita yg sama2 bertaruh,bermati-matian utk kegarisan penamat...,sebutir telur...,utk pensenyawaan...

Ibu membawa kita 9 bulan. Kita menendang,melompat,kita mintak macam2.....takut kempunan.Apakah 9thn di belai sehingga baliq,.....sudah cukupkah pengorbanan seorg anak terhadap Ibunya......fikir2kanlan...Marilh kita sama2 memahami perasaannya,keperluannya...Jgnlah sesekali mengabaikan dan mempersisihkan Ibu kita.

Ibu... Ibu... Ibu... Enhkaulah Ratu Hati Ku............ S A Y A N G     I B U .............S A Y A N G     I B U ......

Sabtu, 18 April 2009

Lirikku minati...

Menjaga hati

masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling

biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi

kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana

andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati

sejujurnya aku masih mengharapkanmu

Assalamualaikum....                                                                                                                                          

Meh le baca cerita kehidupan Sall..

  • Baca jangan tak baca, Baca jangan tak baca. 

  • Baju di pakai pada si kera
    Buat semua ....semoga gumbira...