Pada tarikh 06/01/2007 jam 5.20ptg.... Abah pergi buat selama-lamanya...
Abah,
Aku rindu akan senyumanmu, gelak tewamu,kelakarmu dan bau badanmu...
Abah pergi buat selama-lamanya tinggalkan kami semua. Abah tinggalkan kasih, cinta dan kenangan manis.
Setangkai al-Fatihah buat Abah.
Moga tenang di alam barzakh.
Ku damba pertemuan di syurga indah….
-Allahyarham Abdul Rahman Bin Ibrahim-
Hargai ibu dan bapa selagi ada, jadilah anak yang bertanggungjawab semasa ada dan selepas ketiadaan mereka. Anak soleh pewaris paling bermakna….
Sudirman
Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu
Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan
Salam ku yang terakhir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan