Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Selasa, 22 Mei 2012

Sedih dipagi Hari.....Kenapa ni...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam iqy mengadu badan, tangan, peha sakit.

Dialog anak dan ibu:

Sall tanya kenapa sakit?
iqy jawab, kawan cubit.
Alaaaa....sikit je tu, iqy suka usik kawan, tu la pasal kawan iqy cubit iqy. Betulkan??
Tak ibu, iqy tak usik kawanpun, kawan yang datang kat iqy dan tumbuk dan cubit iqy.
Aiiii.....lain macam je bunyinya.

Sall terus selak baju iqy dan tengok apa benar kata2 iqy tadi.
Astaghfirullahalazim.....
Subhanallah....
Kenapa teruk sangat ni sayang...

Sebelum sall telipon pengasuh iqy, sall tanya dulu pada iqy, apa yang berlaku sebenarnya.
Iqy cerita la A to Z.

Baru la sall telipon pengasuh iqy. Mula2 sall nak terus marah la kononnya. Entah la tiba2 perasaan ini jadi sabar pulak. Baikkk.. je sall tanya apa yang telah berlaku pada iqy semalam dan sall cerita yang sebenarnya.
Pengasuh iqy terkejut dan tak tahu menahu hal ini. Sall ingatkan pengasuh iqy ada kat sana, rupa2nya pembantu dia yang jaga. Yang geramnya masa en.suami jemput iqy, pembantu pengasuh tu langsung x berkata apa2pun.

Pengasuh tanya sall siapa yang buat iqy, iqy jawab Naufan. Sekali lagi  pengasuh iqy terkejut bila dengar nama Naufan. Budak Naufan ni umurnya 4thn badannya pula kecil dari iqy dan budaknya pendiam je. Pengasuh macam tak percaya je.

Makkk...aiii.....sall pun terkejut jugak, bila tahu Naufan lebih muda 2th dari iqy. Macam mana pulak iqy boleh cakap Naufan yang buat. Takkan iqy nak bohong pulak. Sall tanya lagi pada iqy. Betul ke Naufan yang cubit iqy? Dalam lebih 10x sall tanya iqy betul ke Naufan yang cubit?? Iqy jawab: betul la, Naufan cubit iqy.

Bebalik pada kata2 pengasuh. saya minta maaf puan, besok saya siasat perkara ini ye dan saya mohon maaf diatas apa yang telah berlaku pada anak puan.

Ni bukan sekali dua berlaku pada iqy malah setiap minggu ada je lebam dan kesan cubitan yang teramat kuat pada badan iqy. Nakal2 anak sall, sall tak pernah cubit sekuat2 hati sampai lebam bagai. Memang sedih dan hiba hati ni bila melihat anak sall diperlakukan sebegini rupa.

Cuba korang tengok kesan cubitan ni. Ini cubitan di buat oleh kanak2 yang berumur 4thn ataupun cubitan ini di buat oleh orang dewasa???

Kesan cubitan di tangan kanan.


Kesan cubitan dan lebam di tangan sebelah kiri.


Kesan cubitan di peha sebelah kanan.


Ini pula cubitan di belakang badan sebelah kanan.


Dan ini pula kesan cubitan dibawah ketiak sebelah kiri.

Adakah umur kanak2 umur 4thn pandai buat sedemikian??



Sall bingung dibuatnya. Tunggu je la apa kata pengasuh. 











Isnin, 21 Mei 2012

Genius Aulad Fun Field Day 2012


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam punya cirta ya.
Alhamdulillah awal2 pagi, iqy excited sangat2. Early in the morning is get up. emmmm he's good boy.
Ibu and dad very happy to have children very strong spirit.
Bermulalah axpedisi iqy:
The First Expedisi :
6.45am~ invite the father came home from work at Sri Damansara.
7.05am~ directly to the Park Rice at The National Botani Garden Shah Alam.
7.40am~ Alhamdulillah we are the no. 018 peserta terawal gitu. (no prize pun).

8.45am~11.00am
Game time:

LAKSAMANA Team a Yellow colour.

Hai...saya la Muhammad Rizki. Panggil saja iqy okay.

the three buatiful teacher.











Game Over at 1.00pm.
Dapat  hadiah sagu hati.



Jumpa kawan Blogger iaitu Anje.
Macamku kenal, tapi dimana ya. Aduhhh...rupa2nya kawan blogger sall.
Sorry Anje, puas sall mengingatkan siapa awak.
Next time kalau umur panjang kita akan berjumpa dan beborak panjang2 ye.



....The End...



Jumpa Lagi...







Tahniah...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Tahniah...tahniah...tahniah....

Tahniah pada keempat-empat Protege musin ke-6.

Protege :

 Faizal Tahir dan protegenya Anas


Fauziah Dato Ahmad Daud dan protegenya Zatul


Ella dan protegenya Caroline


Ferhad dan protegenya Tisha.


Jumpa Lagi....







Sabtu, 19 Mei 2012

Aduh....Bobby lagi.



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah semua persiapan utk ke Taman Padi at Taman Botani Shah Alam telah siap semuanya.
iqypun telah masuk beradu. Menyimpan tenaga utk 10 telematch game. Semoga tenaga anak ibu macam
pahlawan BoBoiBoy.
Hai nama saya BoBoiBoy.


Lepas tu boleh sall layan cita Bobby yang sedang berlangsung di TV9.


Kepada sesiapa yang  hantu hindustan, sall ucapkan selamat menonton 
dan 
pastikan tisu ada disebelah anda.



Jumpa Lagi....








Selesai Sudah part-3.



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Weekend aktivity, a temporary teacher to iqy. Sall sangat garang bila mengajar anak. Sampaikan iqy telipon nenek. Mengadu la kononnya. Mengadu kat nenek, ibu garang sangat.
Sall susun beberapa buah buka kesukaan iqy.
iqy memilih buku suku kata.




Alhamdulillah hari ni mood iqy sangat2 rajin dan tekun membuat homework.




Jumpa lagi....







Minggu Gila Kukus....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Jeng..jeng..jeng...
Apa kes la sall ni.
Hahahahahahahahahahaha......
Hari ni tergila lagi nak buat kek lapis kukus asam manis lagi. Kali ni sall guna tepung kek ye. Sebelum ni guna biskut marie. Perbezaan rasa, guna biskut marie lagi sedap berbanding tepung kek. Kalau tak caya, boleh cuba resepi puan mas. Siap sall bagi jiran sebelah lagi.
Sangat senang resepinya. Nak resepi klik je kat sini. Memang menjadi sapa yang mencubanya.
Kek Lapis kukus Asam Manis ke-2 sall.




iqy yang sangat xsabar2 nak ngap kek ni.
Jemput makan semua.


Jumpa Lagi.





Wajah 20an.



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Kedebak kedebuk....umurku dah masuk 30an. dah rasa ketuaan kan. Impian sall tahun 2012 ingin menimang Cahaya Mata ke-2 pulak. Masih dalam usaha bekerja keras. Mudah2an hajat sall tercapai. Insyaallah. Doa2kan utk sall ye.
Meh layan wajah 20an sall.



Dari kiri Sall, Kak ogee, Kak Ana dan Emma.


Jumpa Lagi...





Selasai Sudah part -2.



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Weekend activity, sew steker. Besok pagi anak remaja sall nak gi bersukan. Sukan anjuran Tadika GenisAulad at Shah Alam.

Note from teacher:






What SB? SB is Subang Bistari.
 Siap sudah...Jahit jelujur je.
Ambik ko senget benget ibu jahit.



 Eat food Coupon. For clildren only. 
Nampaknya IbuAyah kelaparan la.


Jumpa Lagi....



Selesai Sudah....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

weekend activity . wash cloth.




Jumpa LAgi...




Tempahan ko....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam bawa la sikit kek lapis ni kat office. Semua kakak2 hampir xpercaya sall yang buat kek ni. Dengan jujurnya sall menjawab, ye kakak2 ku saya yang buat, dan bukan beli ye. Sall dah tau dah tektik kakak2 ni. Tektiknya diorg mesti nak resepi. Sebelum kakak2 bersuara, sall dah sediakan dan siapkan sorng satu kertas utk kakak tersayang.
Sall dah faham sangat ngan perangai diorg. Ada, sall dah siap salinkan utk sorang sekeping. Nah... ambil la....
Terkedu2 kakak2 ku dibuatnya. Diorg kata, ko macam faham2 je kakak2 kat sini nak apakan.
Alaaa...kak, buka setahun dua saya kenal kakak2 disini, dah masak sangat ngan perangai kakak2 semua.
Alhamdulillah kek lapis kukus sall habis dimakan. Next week terus ada tempahan ko. Cam ne,..nak buat ke??..
Jawapannya adalah TIDAK. Sorry...sall buat utk suka2 je.


Jumpa Lagi...










Jumaat, 18 Mei 2012

1st Time...Jadipun.


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam teringin sangat nak cuba mencuba kek lapis kukus Asam manis. Resepi ni sall ambil kat blog Puan Mas.
Alhamdulillah sangat2 sedap dan teruja dibuatnya. Mana daknya, ni 1st time sall cuba buat kek lapis kukus asam manis. Menjadi pulak tu. En. suami dan iqy bila makan terus terdiam tanpa mengata apa2 pun. Bila ditanya kenapa diam pulak? jawapnya......sedapppp...malu2 kera aku dibuatnya.
Jom Layan Kek Lapis Kukus Asam Manis Resepi Puan Mas.




 Sedap sangat2. Yang ini sall cuma guna biskut mare.
Jemput makan..




Jumpa Lagi..




Jumaat, 11 Mei 2012

Aduhhh....Buang Lagi...




Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Anak, diAnugerahkan kepada kita supaya kita menjaga dan melindungi dia.
Anak, ia adalah Anugerah yang terindah setiap manusia.
Anak, Pembawa rezeki kepada setiap manusia.
Anak, Didik lah ia menjadi seorang insan yang berguna. 



Kenapa manusia sanggup melakukan semua ini?
Wahai manusia, sekalipun engkau malu diatas perbuatan mu, jangan lah engkau membunuh anak ini.
Apa salah anak ini?
Letak lah anak ini ditempat yang selamat atau beri saja pada insan yang memerlukan.

Wahai anak,
Kita punyai Allah, sungguhpun ibumu tak sayangakan kamu, jangan bimbang Allah sentiasa bersamamu. Aku doakan dirimu  kesyurga. Bersabar lah sayang.


Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar....






Khamis, 10 Mei 2012

Bengkak Mataku....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat Malam, Good Night and Konbanwa semua.
Dah tengok video di bawah ini??

Sampai malam tadi sall termimpi-mimpi pasal kes ni. Siap nangis tersedu-sedu lagi. Pagi ni pegi kerja ngan mata bengkak2 gitu. En. suami yang perasa dulu. Malu sall weiii.....

Itu baru en. suami, belum lagi kengkawan office. Mau sall diejek-ejeknya.
Sall tak kisah lah, apa diorang nak cakap, cakap lah. Janji mata bengkak ni bukan disebabkan sall bergaduh ngan en.suami ye.....


Jumpa Lagi






Ibu......Berdosakah aku???....Bertaubatlah Sayang.....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.






Remuknya hati ini. Ibu......berdosakah aku?.


Tolong jgn marahkan sall. Sall cuma ingin kongsi bersama-sama kawan2 semua dan jadikan lah ini satu peringatan kita semua.  Hampir lebih 10puluh kali sall ulang dan ulang tengok vedio ni. Setiap saat, setiap detik, setiap minit, air mata menitis, sebak didada bagaikan terbelah dan terhempas berkecai dibuatnya. Memang ada masalah besar yang sedang menimpa perasaan dan permikiran  ibu ini. Tanpa memikir panjang dan tanpa mempunyai iman didalam diri, inilah akibatnya.


Yang menjadi mangsa adalah anaknya sendiri. MasyaAllah, kuatnya semangat anak ini. Walaupun dipukul, disepak, dicubit, ditampar, dan sebagainya, anak ini tetap ingin mencapai ibunya dan anak ini ingin mengatakan sesuatu pada ibunya .

Ya..........,

Sall dapat bayangkan jika sall berada ditempat anak ini. Walaupun anak ini tidak pandai lagi berkata-kata, tapi sall pasti  anak ini telah menbisikkan sesuatu pada ibunya,

Jangan ibu...jangan ibu...jangan ibu...jangan ibu....jangan ibuuuu....(sambil anak ini menangis dan menahan kesakitan) meminta agar ibunya berhenti memukulnya.

Sakit ibu....sakit ibu....sakit ibu...sakit ibuuuu....... perbuatan syaitan yang sedang merasuk didalam jiwa ibunya.
Tapi sayangnya ibunya tidak dapat mendengar rayuan dan rintihan anaknya.


Ya Allah, aku bersyukur kerana engkau telah melindungi anak ini. Ya Allah, engkau berilah kekuatan dan keimanan pada ibu bayi ini. Mudah-mudahan ibu bayi ini menyesal diatas perbuatannya terhadap anak kandungnya sendiri.  Dan kita seorang manusia jgn 100% menyalahkan dan memaki hamun pada ibu bayi ini ye. Jom kita semua sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka berdua ibu/anak ini.


Kepada semua, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah menggemari Hambanya Bertaubat. Bertaubat lah dengan hati yang benar-benar ikhlas dan janganlah mengulangi perbuatan itu lagi.



Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar....





Khamis, 3 Mei 2012

Nak Hias Bilik iqy.....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Aduhhhh......sangat teruja bila ternampak hiasan bilik yang sangat cantik dan ringkas ni. Ni agak2nya berapa la modalnya ye. Teringin sangat weiiii....So... apa lagi, kena la menyimpan dari sekarang. Target tahun depan. Insyaallah.

Idaman melaya. Merah kelabu.


Jumpa Lagi...





Rabu, 2 Mei 2012

Nak Mengajak Adik2....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ni nak mengajak kepada semua adik2 yang berumur 0~36 bulan sertai contest i Love JOHNSON'S@ baby. Abang iqy sudah remaja, so xdpt join. Kalau nak tahu cara2nya, Klik je pada Banner dibawah ini ye. Hadiah2nya sangat menarik. Jangan x masuk.




Contest akan berakhir pada 30th Jun 2012.


Jumpa Lagi....