Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Sabtu, 16 Jun 2012

Selamat....adikku.


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat Bertunang Adikku....

 



Jumpa Lagi...




Jumaat, 15 Jun 2012

Anak ibu Dah Pandai...



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Malam ni iqy sangat2 rajin nak belajar cam ner nak lipat baju. Sebelum ni memang sall ada ajar iqy cara-cara macam mana nak lipat kain. Lepas tu lupa dan malas. Alhamdulillah la malam ni datang pula kerajinan anak bujang sall ni nak tolong sall lipat kain katanya. Kalau hari-hari iqy rajin macam ni kan bagus. Senang sikit keje ibu.






Boleh la...
Terima kasih iqy kerana membantu iqy lipat kain.



Jumpa Lagi....







Aduhh...Macamana Boleh Lupa ni...



Assalamualaikum.
Bismillahirrahimanirrahim.

Laaaa.... semalam cite Seindah Sakura episod akhir rupanya . Cam ne la sall tak teringat ni. Ruginya. Lps ni kena taip YouTube le jawabnya.


Suka sangat tengok muka Fahrin.


Jumpa Lagi...





Sekadar Ingin Berkongsi.....


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Meh kita kongsi bersama-sama tentang kelebihan Sujud. Baca jgn tak baca.

15 Kelebihan Sujud


1.Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3.Melegakan sakit hernia.

4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6.mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8.Meringankan bahagian pelvis.

9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12.Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.



Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam


Jumpa Lagi...







Hai Kawan...



Assalamualaiku.
Bismillahirrahmanirrahim

S E L A M A T    P A G  I    semua.
Segarkan mata dipagi hari.






Khamis, 14 Jun 2012

Burger Lagi...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hari isnin makan burger. Kali ini makan burger buat sendiri.
Nak pantun sikit,

Berlari-lari membeli burger,
Burger di masak oleh en suami,
Amboi sedapnya tidak terkata,
Makan sampai tidak toleh kanan kiri.
Ini la dia, air tangan en suami.


Sesekali pekena masakan air tangan suami, pehhh...memang sodap.
Jemput makan semua..




Ngap keliling roti dulu, baru ngap selebihnya.
Abangggggg.....
Sall nak lagi.


Jumpa Lagi....







Rabu, 13 Jun 2012

Yang mana Satu Pilihan Anda???


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Satu lagi shopping complex baru dibuka bertempat di Kelana Jaya berhadapan Giant supper market. Memang besar dan reka bentuk yang sangat menajubkan.

Gambar ni sall ambil masa dalam perjalanan nak ke Pejabat Tabung Haji Kelana Jaya.
Sall nak tanya semua, diantara
Supper Market Giant dan Supper Marker Tesco, yang mana jadi idaman dihati korang??

Bagi sall, sall memilih Supper Market MyDin.


 New Paradigm Mall at Kelana Jaya.


Jumpa Lagi....




Burung Puyuh Goreng...

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam Jalan-jalan pasar malam Paya Jaras, kononnya nak cari nasi lemak kukus.
Nasi lemak kukus yang di idamkan untuk berbuka pose semalam yang dicari lain pulak yang di beli. Sall ternampak yang pelik dan yang tak pernak sall makan. Memang jarang-jarang sekali benda ni di jual. Lama gak sall tenung benda ni.

Sall tanya adik tu, apa ni dik, burung puyuh kak. Akak nak rasa satu? tanya adik yang menjual. Sall rasa la sikit. Sall rasa tang yang ada isi sikit.
Sedap gak rasa daging burung puyuh ni. Sall beli lah seekor dulu untuk menjinak-jinakkan anak tekak yang tak pernah merasa daging puyuh ni.

Seumur hidup sall ni la 1st time sall merasa daging burung puyuh. Sangat sedap ye. Hari khamis ni kena beli lagi. Seekor siap goreng dijual dengan harga RM4.00. Kalau beli 3ekor dapatlah harga RM11.00 save RM1.00.
Jemput makan..


 Sangat sedap.


Jumpa Lagi..












Selasa, 12 Jun 2012

Durian Kembali Lagi...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hari Ahad lepas singgah umah mak sall di Taman Medan. Alhamdulillah mak sall sihat, cuma tangan kanan dan kiri kadang-kadang terasa kebas je. Mudah-mudahan kesihatan mak cepat sembuh.

Sebelum pulang ke rumah, sall menyinggah gerai abang sekejap. Memang banyak durian yang dijualnya. Ni durian dari muor ye. Macam-macam gradnya.

Sall memilih grad A dan grad B. Kelebihan grad A, rasa isinya tebal, manis dan pahit sikit. Harganya pun manis pahit jugak hehehe....untuk grad B pula rasa isinya tebal dan rasa macam durian kampung.

Dan kalau ada sesiapa yang nakkan rasa tempoyak asli, boleh jugak buat tempahan ye. Kalau mau ni no tepon bonda sall 03-77850214 kak niah/cik niah. Jangan salah guna no tepon ni ye. Sall minta kejujuran anda semua.


   Sall minat durian yang berwarna kuning. Rasanya manis pahit.



Jumpa Lagi...





Isnin, 11 Jun 2012

Hari ni makan burger aje....


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Tak dapat makan Big Burger, small Burger pun jadi la.
Burger ni sall beli depan umah sall je. Jemput makan semua.
Nyam...nyam,...nyam...sedapnyo.

 Harga Burger special ni hanya RM2.70sen aje.  




Jumpa lagi...



Ngantuknya....


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Sangat-sangat la mengantuknya pagi ini. Hari-hari biasa ngantuk la jugak. Tapi pagi ni ngantuk teramat sangat. Sesaat menguap, seminitpun menguap, sejam lagi la menguap-nguap dibuatnya. Dah menguap mengantuk la pulak. Ni gara-gara bola malam tadi la ni. Padan ngan muka aku. Go Sepanyol...Go Sepanyol...



Walaupun mengantuk dan menguap-nguap, sall tetap senyum sebab malam tadi Sepanyol seri 1-1 Itali.
Satu perlawanan yang sangat menarik dan sangat baik ye.
Nasib baik seri, kalau tak....
mau sall kena buli ngan en suami. 
En suami sall ni penyokong Itali.
So... sama-sama seri la.




Jumpa Lagi...





Ahad, 10 Jun 2012

Sayangnyaaaaaa.....


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni cite pasal iqy ngan botol baru dia je.

Tu la dia. iqy tengah kemarok ngan benda barukan.... Kecik hati ibu tau...

iqy berkata:
iqy sayangkan dia???

iqy suka dia???

ibu berkata:
macam mana dengan ibu pulak??

iqy dah tak sayang ibu ke??

Dari pagi samapai la malam, asyik laaaaa ngan boto air baru iqy tu. Minum apa-apa je, mesti nak isi dalam botol  tu.  Almaklumlah barang barukan. Sok lusa tah cam ner la citenyakan. Kita tengokkan je. Nasib la masa tido iqy tak bawa botol tu tido bersama. Tu la dia kanak-kanakkan.
Macam zaman sall kanak-kanak jugak la tu. Pantang je dapat gaun baru, mesti sall gayakan. yang paling bestnya nak masuk tidopun sall nak pakai gaun tu. Kalau mak tak kasi, mula lah sall mengamuk. Tu la pasal iqy ikut perangai sall. Mana lagi kalau kuah tak tumpah ke nasi kan.


iqy dan botol barunya..



Jumpa Lagi....







Air penyegar mata...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Air penyegar mata??
Eye Mo ke?

Ni bukan eye mo atau air permata Hijrah ye. Ni nak cita pasal bola euro 2012 telah kembali.
Waktu perlawanan pulak di tengah malam waktu Malaysia. Kena la beli kudap-kudap dan air penyegar mata.

air penyegar mata kopi 3 in 1.

Yang sall maksudkan air penyegar mata tu adalah air kopi 3 in 1.
Korang sokong negara mana?
Dari dolu sall sokong negara Sepanyol.
Sebab apa sall sokong Sepanyol??
Sebabnya Selangor dan Sepanyol benderanya seakan2 sama.



ni bendera Selangor.

ni bendera Sepanyol

Sama kan.
Go Sepanyol...go Sepanyol...
go...go...go...



Jumpa lagi..






Baru Beli, Sayang pulak tu....


Assalamualaikum.
Bismillahirrahimnirrahim.

Baru Beli Sayang Pulak Tu.....
Ni sall nak cite sikit. Pagi tadi pegi pasar pagi Paya Jaras belikan botol air iqy haa...
Memang tak sabar-sabar terus nak isi air dalam botol air tu. Sampai je kat umah, iqy terus cari gambar dan colour cantik2 dan lepas tu terus isi air teh ais lemon dalam botol.

Ni la dia perangai iqy, kalau dapat satu barang yang paling iqy suka, memang tak menyempat-nyempat nak guna. Sampai sall yang kelam kelibut di buatnya. Tak reti-reti nak bersabar langsung. Sok kalau nak kawen cam ner la ye. Hari ni jatuh cinta hari jugak la iqy suruh masuk meminang. Fining kapla ibu...

Dengan semangatnya iqy menyiapkan jugak.




Gambar tahun lepas. itu sample foto. Ateee...tak sabar, lekat je gambar tu.
Dah lekat boleh iqy bersuara pulak,
iqy: alamakkk...ibu, malu la. nanti kawan tengok iqy pakai liptik macam mana?
si ibu tersenyum je la.....


Jumpa lagi....








Baru Jumpa..


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi tadi jenjalan pasar pagi Paya Jaras. Jalan-jalan terjumpa pula orang jual Tupperware. Cuci-cuci mata la kejap. Memang murah-murah dia jual. Mula la nafsu mata, nak itu la nak ini la.
Kena tahan nafsu sebab bulan ni je sall dah sambar 8 biji Tupperware. Itu tak termasuk yang sall sambar pagi tadi. Pagi tadi sall cuma sambar botol air untuk iqy bawa ke sekolah je. Botol air ni memang dah lama sall cari, alhamdulillah ada. Hargapun sangat murah cuma RM10.00 je. Harga biasa belas ringgit jugak la.
Barang-barang Tupperware yang sall sambar bulan ini.

Yang ini hadiah dari Iela Fazilah
Nak ikut sama colour terpaksa la cari sama colour.

Dan yang unggu tu sall beli 1set.



Botol iqy sekian lama mencari, hari ni baru jumpa.



Jumpa Lagi....


Jakel sale....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Bermula 25 mei ~ 10 june 2012.
Jakel membuat potongan harga sehingga 70%.




Jumpa Lagi...





Sabtu, 9 Jun 2012

Selamat Pengantin Baru...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Tahniah pada Nurul dan suami. Semoga berbahagia hingga keakhir hayat.

ijabkabul Nurul Huda Abdul Wahab sah menjadi isteri kepada Eric Depp.
Pada 06/06/2012.




Jumpa Lagi...




Kenduri Kawen sepupu sall...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu lepas gi kenduri sepupu di Mersing Johor. Perjalanan ke Mersing mengambil masa selama 5jam. Panas buntut dibuatnya.
Alhamdulillah sampai jugak kami sekeluarga di rumah pangantin perempuan. Tema Pink and White. Sangat cantik dan sejuk mata memandang.
Untuk uda Akk ucapkan Selamat Pengantin Baru.






Jumpa Lagi...





Isnin, 4 Jun 2012

Buatku Di sana...

Assalamulaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.



Lirik Lagu: Buatmu Di sana..


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Ohhh
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati
Ohh huu


Ahad, 3 Jun 2012

Harapan....



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Lirik Lagi: Harapan...

Bicara mimpi itu
Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali
Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku ooo
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna
Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu ooo
Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahagia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya
Hatiku
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

Jumaat, 1 Jun 2012

Diam-Diam Duk Dalam Kete ye...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni lepas keje nak cuci kete. Sok nak balik Mersing. ada keduri kawen sepupu. 
Hampir sebulan xcuci-cuci. Mana daknya, acap kali nak cuci, cuaca pulak xmengizinkan. Baru lah hari cepat2 mengambil kesempatan ini. Dah pulak tu sall malas nak kuar kete. Hon2 je tokei kedai tu dan sall bagi isyarat nak cuci aje. Memang dah faham tokei kedai tu. Yang buat kelakarnya, setiap kali sall buat cam tu ada customer lain terus tersenyum dan muka ala2 pelik2 gitu. Apa2 pun layan je la. 

Haaaaaaaaaaaaa................

Baru lah nampak keretaku sayangku. 


Budak yang tak leh duk diam.






Jumpa Lagi....







Ngongak lagi...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Pepagi bote, iqy gadoh sakit gigi.
Nampaknya pagi suboh ni ibu jadi doktor gigi iqy. Alamakk...dah genting sangat gigi iqy ni. Retak menanti belah nampaknya. Cepat-cepat sall capai tuala kecil + baca bismillah dan tarik gigi ke atas.

Alhamdulillah selesai satu kes. iqy sorang  budak yang sangat kaut semangat. Pernah sekali tu, masa iqy berumur 11bulan. iqy pernah mencabut giginya sendiri. Agaknya masa tu iqy rasa ada gangguan dalam mulutnya dan terus iqy cabut giginya sendiri. Sungguh Hebat dan barani anak ibu.

Jom Layan ...


Ngongak lagi. Ni lah akibat orang yang sangat2 rajin gosok gigi.



Jumpa Lagi...




Pau..PAu...Pau...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni buat pau lagi. HAri ni buat pau inti kaya dan kelapa. Untuk inti kaya, sall cuma beli kaya yang dah siap je dan inti kelapa pula sall buat sendiri.

Sedap2, sok boleh bawa kat opis.






Yang lep warna merah tu adalah berintikan kelapa 
dan berwarna pink tu pula berinti kaya.




Jumpa Lagi....