Alhamdulillah semua persiapan utk ke Taman Padi at Taman Botani Shah Alam telah siap semuanya.
iqypun telah masuk beradu. Menyimpan tenaga utk 10 telematch game. Semoga tenaga anak ibu macam pahlawan BoBoiBoy.
Hai nama saya BoBoiBoy.
Lepas tu boleh sall layan cita Bobby yang sedang berlangsung di TV9.
Kepada sesiapa yang hantu hindustan, sall ucapkan selamat menonton
Weekend aktivity, a temporary teacher to iqy. Sall sangat garang bila mengajar anak. Sampaikan iqy telipon nenek. Mengadu la kononnya. Mengadu kat nenek, ibu garang sangat.
Sall susun beberapa buah buka kesukaan iqy.
iqy memilih buku suku kata.
Alhamdulillah hari ni mood iqy sangat2 rajin dan tekun membuat homework.
Jeng..jeng..jeng...
Apa kes la sall ni.
Hahahahahahahahahahaha......
Hari ni tergila lagi nak buat kek lapis kukus asam manis lagi. Kali ni sall guna tepung kek ye. Sebelum ni guna biskut marie. Perbezaan rasa, guna biskut marie lagi sedap berbanding tepung kek. Kalau tak caya, boleh cuba resepi puan mas. Siap sall bagi jiran sebelah lagi.
Sangat senang resepinya. Nak resepi klik je kat sini. Memang menjadi sapa yang mencubanya.
Kek Lapis kukus Asam Manis ke-2 sall.
Kedebak kedebuk....umurku dah masuk 30an. dah rasa ketuaan kan. Impian sall tahun 2012 ingin menimang Cahaya Mata ke-2 pulak. Masih dalam usaha bekerja keras. Mudah2an hajat sall tercapai. Insyaallah. Doa2kan utk sall ye.
Meh layan wajah 20an sall.
Semalam bawa la sikit kek lapis ni kat office. Semua kakak2 hampir xpercaya sall yang buat kek ni. Dengan jujurnya sall menjawab, ye kakak2 ku saya yang buat, dan bukan beli ye. Sall dah tau dah tektik kakak2 ni. Tektiknya diorg mesti nak resepi. Sebelum kakak2 bersuara, sall dah sediakan dan siapkan sorng satu kertas utk kakak tersayang.
Sall dah faham sangat ngan perangai diorg. Ada, sall dah siap salinkan utk sorang sekeping. Nah... ambil la....
Terkedu2 kakak2 ku dibuatnya. Diorg kata, ko macam faham2 je kakak2 kat sini nak apakan.
Alaaa...kak, buka setahun dua saya kenal kakak2 disini, dah masak sangat ngan perangai kakak2 semua.
Alhamdulillah kek lapis kukus sall habis dimakan. Next week terus ada tempahan ko. Cam ne,..nak buat ke??..
Jawapannya adalah TIDAK. Sorry...sall buat utk suka2 je.
Semalam teringin sangat nak cuba mencuba kek lapis kukus Asam manis. Resepi ni sall ambil kat blog Puan Mas.
Alhamdulillah sangat2 sedap dan teruja dibuatnya. Mana daknya, ni 1st time sall cuba buat kek lapis kukus asam manis. Menjadi pulak tu. En. suami dan iqy bila makan terus terdiam tanpa mengata apa2 pun. Bila ditanya kenapa diam pulak? jawapnya......sedapppp...malu2 kera aku dibuatnya.
Jom Layan Kek Lapis Kukus Asam Manis Resepi Puan Mas.
Sedap sangat2. Yang ini sall cuma guna biskut mare.
Anak, diAnugerahkan kepada kita supaya kita menjaga dan melindungi dia.
Anak, ia adalah Anugerah yang terindah setiap manusia.
Anak, Pembawa rezeki kepada setiap manusia.
Anak, Didik lah ia menjadi seorang insan yang berguna.
Kenapa manusia sanggup melakukan semua ini?
Wahai manusia, sekalipun engkau malu diatas perbuatan mu, jangan lah engkau membunuh anak ini.
Apa salah anak ini?
Letak lah anak ini ditempat yang selamat atau beri saja pada insan yang memerlukan.
Wahai anak,
Kita punyai Allah, sungguhpun ibumu tak sayangakan kamu, jangan bimbang Allah sentiasa bersamamu. Aku doakan dirimu kesyurga. Bersabar lah sayang.
Selamat Malam, Good Night and Konbanwa semua.
Dah tengok video di bawah ini??
Sampai malam tadi sall termimpi-mimpi pasal kes ni. Siap nangis tersedu-sedu lagi. Pagi ni pegi kerja ngan mata bengkak2 gitu. En. suami yang perasa dulu. Malu sall weiii.....
Itu baru en. suami, belum lagi kengkawan office. Mau sall diejek-ejeknya.
Sall tak kisah lah, apa diorang nak cakap, cakap lah. Janji mata bengkak ni bukan disebabkan sall bergaduh ngan en.suami ye.....
Tolong jgn marahkan sall. Sall cuma ingin kongsi bersama-sama kawan2 semua dan jadikan lah ini satu peringatan kita semua. Hampir lebih 10puluh kali sall ulang dan ulang tengok vedio ni. Setiap saat, setiap detik, setiap minit, air mata menitis, sebak didada bagaikan terbelah dan terhempas berkecai dibuatnya. Memang ada masalah besar yang sedang menimpa perasaan dan permikiran ibu ini. Tanpa memikir panjang dan tanpa mempunyai iman didalam diri, inilah akibatnya.
Yang menjadi mangsa adalah anaknya sendiri. MasyaAllah, kuatnya semangat anak ini. Walaupun dipukul, disepak, dicubit, ditampar, dan sebagainya, anak ini tetap ingin mencapai ibunya dan anak ini ingin mengatakan sesuatu pada ibunya .
Ya..........,
Sall dapat bayangkan jika sall berada ditempat anak ini. Walaupun anak ini tidak pandai lagi berkata-kata, tapi sall pasti anak ini telah menbisikkan sesuatu pada ibunya,
Jangan ibu...jangan ibu...jangan ibu...jangan ibu....jangan ibuuuu....(sambil anak ini menangis dan menahan kesakitan) meminta agar ibunya berhenti memukulnya.
Sakit ibu....sakit ibu....sakit ibu...sakit ibuuuu....... perbuatan syaitan yang sedang merasuk didalam jiwa ibunya.
Tapi sayangnya ibunya tidak dapat mendengar rayuan dan rintihan anaknya.
Ya Allah, aku bersyukur kerana engkau telah melindungi anak ini. Ya Allah, engkau berilah kekuatan dan keimanan pada ibu bayi ini. Mudah-mudahan ibu bayi ini menyesal diatas perbuatannya terhadap anak kandungnya sendiri. Dan kita seorang manusia jgn 100% menyalahkan dan memaki hamun pada ibu bayi ini ye. Jom kita semua sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka berdua ibu/anak ini.
Kepada semua, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah menggemari Hambanya Bertaubat. Bertaubat lah dengan hati yang benar-benar ikhlas dan janganlah mengulangi perbuatan itu lagi.
Aduhhhh......sangat teruja bila ternampak hiasan bilik yang sangat cantik dan ringkas ni. Ni agak2nya berapa la modalnya ye. Teringin sangat weiiii....So... apa lagi, kena la menyimpan dari sekarang. Target tahun depan. Insyaallah.
Ni nak mengajak kepada semua adik2 yang berumur 0~36 bulan sertai contest i Love JOHNSON'S@ baby. Abang iqy sudah remaja, so xdpt join. Kalau nak tahu cara2nya, Klik je pada Banner dibawah ini ye. Hadiah2nya sangat menarik. Jangan x masuk.
HAri ni betul2 terkezut, bila dapat taw dan melihat wajah ustaz ni. Memang lain beno wajahnya. Memang hensem beb. Orangnya begaya dan kacak macam en. suami sall. hehehehehee....
Sana sini mencerikan pasal ustaz ni. Ustaz ni berceramah sangat bagus dan kelakar. Apa lagi, balik rumah terus cari dalam tenet pasal ustaz ni.
Almaklum la, sall ni bukannya suka sangat dengar ceramah, lagi2 kalau seseorang ustaz tu memberi ceramah yang ngarut2. Maksud sall ceramah lebih pasal politik .....
Ok la...kita cite pasal ustaz ni balik ye. Emmmm....boleh tahan juga penyampaiannya. Bersahaja dan selamba tanpa menengok skrip. Walaupun ada kadang kala kelam kabut sikit dan penyampaian dengan loghat Pening. Tentu korang tahu siapa kah ustaz yang sall maksudkan ini.
Ustaz itu lain xbukan ialah UsTaz Don. Ni ada serba sedikit tentang biodata Ustaz Don.
Biodata ustaz Don.
Nama penuh: Don Daniyal Bin Dol Biyajid.
Tarikh Lahir: 14 November 1984 (muda lagi beb)
Tempay lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tinggi: 171 sentimeter.
Berat: 56 kilogram.
Pekerjaan: Pensyarah Muda & Pendakwah Bebas Bertauliah Pulau Pinang & Selangor.
Status: Sudah di miliki kot.
Pendidikan: Ijazah Saujana Muda Takhas sus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra. Mesir.
Ustaz Don, benar2 telah mencetus fenomena baru dalam industri panyiaran. Mudah2an kita semua mendapat manafaat. Amin...
Kalau ada kesilap tertulis tetang ustaz Don, sall mohon Ampun dan Maaf.