Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Rabu, 16 November 2011

Ke Arah mencari redhaNYA

Assalamualaikum.

Diam tak diam dan pejam celik pejam celik 2011 akan menghembuskan nafas terakhirnya tidak lama lagi. Dan banyak peristiwa pahit dan manis kita alaminya. Aku sedar, banyak perkara yang masih belum aku pelajari dan aku masih mencari apa yang perlu dimiliki dan apa tujuan sebenar kita hidup diatas muka bumi ciptaan Allah ini. Oleh itu marilak kita beramai-ramai mencari keredhannya. Dan renung-renungkan lah.

Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memujinya, mengharapkan pertolongannya, meminta ampun kepadanya, serta memohon pertunjuknya. Kami juga berlindung kepadanya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi pertunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorangpunyang dapat memberi pertunjuk kepadanya. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan persuruhnya.


Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga keakhir zaman. Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya mengatakan: Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu, tidak seorangpun yang dapat melepaskan diri daripadanya. Kematian merupakan penentuan segalanya. segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.

Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga dan boleh pula menjadi lubang neraka. Jika ia baik. maka setelahnya itu adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan, dan jika ia jahat, maka setelahnya itu, adalah kesengsaraan jauh lebih daysat.

Demi Allah. sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu, tentulah kau tidak akan tertawa, malah banyak menangis. Wahai sekalaian hamba Allah. Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan.

Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepada sekalia anak cucu Adam. pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat. Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang , sama ada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang yang kaya mahupun orang miskin.

Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.


Selamat menyambut Tahun Baru 2012 yang akan tiba tidak lama lagi.




Tiada ulasan: