Chak..Chak..Chak..Boom..
mia
~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~
Jumaat, 25 Mei 2012
Assalamualaikum Semua...
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur dipagi hari yang sangat indah, udara yang nyaman dan hati sall yang sangat2 happy. Alhamdulillah, dan syukur padamu Ya Allah kerana engkau telah melembutkan hati hamba2 yang kejam terhadap anak2 kecil yang xtahu apa2 lagi tentang kehidupan didunia ini.
Alhamdulillah kerana cikgu As telahpun berterus terang tentang kejadian yang menimpa Muhammad Rizki (iqy) tempuh hari. Cikgu As ialah pembantu pengasuh nursery. Memang semua kanak2 memanggil pengasuh cikgu ye. Dari pukul 7.00am hingga 6.00pm sall letakkan dan memberi amanah pada pengasuh nusery supaya menjaga iqy dengan sebaiknya. Cerita deraan iqy ada di sini.
Cikgu As mohon berbanyak2 kemaafan di astas kemalangan yang menimpa iqy. Separuh dari cubitan dan lebam tu memang cikgu As yang buat. Dan separuh lagi cubitan tu dilakukan oleh kanak2 yg berusia 4thn iaitu adik Naufan. Tentu korang fikir sall akan mengambil tindakan tentang kes deraan ni kan?
Ye, mula2 memang sall amat geram dan sall memang nak ambil tindakkan terhadap cikgu As. Bagi setiap ibubapa memang berhak mengambil tindakkan sewajarnya kan?. Walaupun anak sall diperlakukan sebegitu rupa, terus terang sall katakan, sall maafkan dia. Janji dia jujur dan mengaku itu kesilapannya. Apa yang berlaku pada iqy , mungkin ada hikmahnya. Lepas ini sall berharap peristiwa ini tidak akan berulang lagi.
Selesai masalah.
Sall xmau ada sikap dan sifat dendam mendendam terhadap sesiapapun. Allahamdulillah, Allah telah memberi kesabar dalam diri ini. Thank you Allah for everything.. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri sendiri wallahu a'lam.
Dan pada Syima, Zh_ena, Mama adamAqil, mamatisya dan liana terima kasih kerana korang sudi memberi nasihat dan pendapat pd sall. Insya Allah, Allah saja yang dapat membalas baik budi korang.
Suka Sall, melihat iqy happy di pagi hari Jumaat ini. Sebab apa iqy happy?? sebab hari ni adalah hari last sekolah..
Jumpa Lagi...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
alhamdulillah.... (^_^)
Catat Ulasan