Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Rabu, 27 Jun 2012

Korang Pernah Makan Ikan Puyu Tak???.


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Ada siapa-siapa yang pernah makan ikan puyu tak?

Ikan puyu.

Apa khasiat ikan puyu ini ek?  Setahu sall ikan ni sama je ngan ikan air tawar yang lain. Aceh macam la pernah rasa. 

Ok ni sall nak citer pengalaman memasak ikan puyu ye. Sebelum tu sall ingin mengatakan bahawasanya ini lah pengalaman pertama sall mencuba memasak dan merasa isi ikan puyu ini ye. Selama 30thn sall xpernah  dan tak terfikir langsung nak mencuba memasak, memakan jauh sekali la dan ingin memegang ikan puyu ni pun tak pernah langsung.

Selama ini sall anggap ikan puyu ini ikan hantu. Sebab apa ikan puyu ini dipanggil ikan hantu? Sebab kata org tua2, ikan puyu ni boleh melihat benda-benda halus. katanya la. Tulah pasal sall panggil ikan puyu ni ikan hantu.

Ramai kawan-kawan yang mengatakan isi ikan puyu ni sangat sedap. Dan yang peliknya, tanpa dipaksa, tekak sall nak rasa sendiri isi ikan puyu ni. So, hari ini dengan semangat ingin mencuba dan merasa sall terus cari ikan puyu di pasar malam paya jaras. Alhamdulillah ada. Boleh tahan harganya. Sekilo RM16.00 itu tak termasuk siang. Kalau + siang RM19.00 ye. 

Sall cuba beli 6ekor dulu. Harga 6 ekor ikan puyu cuma RM9.00 + siang sekali. ok la tu kan. Nak tahu ikan puyu sall masak apa, jgn lupa jenguk disini lagi. cerita selanjutnya bersambung esok...


Jumpa Lagi....








2 ulasan:

Syima ~Mama Kyra~ berkata...

penah mkn!! Sedap bangat!!
kami bela ikan puyu..kat rumah ada 2ekor..mmg betul klu ikan puyu berkocak2 maknanya ada benda halus dlm rumah..seram you!!

sall berkata...

syima: memang sedapkan.