Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Rabu, 21 Disember 2011

Lagi-Lagi Kek...


Assalamualaikum.

Kali ni selera anak bujang sall nak makan kek pulak. Duduk umah sangat penat. Bukannya penat membuat kerja umah, penat melayan si iqy ni. Kejap2 iqy nak mkn kek la, lepas tu nak nasi goreng la, lepas tu nak air kopi la. Mcm2 la. Hari ni iqy suruh ibu masak kek coklat. Nasib baik la bahan2 kek semuanya ada. Kalau tidak compom sall malas nak cari semua bahan kek tu..

layannnn....

 Kek coklat iqy...


Naik membuak-buak.

Jumpa lagi..




Selasa, 20 Disember 2011

TQ Sayang...

Assalamualaikum.

Berbunga2 sall hari ni. Baru berangan2 nak hp baru. Hari ni tercapai gak hajat sall. Minggu lepas sall baru je buat story pasal Samsung P6200 Galaxy Tab 7.0 Plus (16GB) ni.
Si suami terbaca story sall, dengan senyap2nya si suami menyambar sebijik Samsung ni. Dan menghadiahkan pada sall. Suka sampai melompat atas katil ni haaa..

Xdapat Samsung F6200, dapat Samsung GT-E1195 pun jadi la. Ni hadiah si suami kepada isteri tersayang. Tq sayang. Sall suka Samsung ni.

Samsung GT-E1195



Sangat Comei dan ringan.




Jumpa Lagi



Isnin, 19 Disember 2011

Tak Hensem La..

Assalamualaikum

Aduhhh.....kenapa ayah potong rambut iqy cam ni. Macam mana iqy nak buat rambut pacak. waaaaaa.....(itu kata iqy kepada ayahnya)

Sall baru berngan2 cuti sekolah ni malas sall nak potong rambut iqy. Sall nak tengok rambut iqy bila panjang hensem ke x. Alih2 si suami dah potong. Benggggg..

Kalau potong sikit ok la jugak. Ni,,ambik kaw. Tinggal 1inci je. Nampak lagi la nakal anak ibu ni. Dah potong nak buat cam ne. Layang je la kehendak ayah. Ayah potong rambut 2inci dan iqy potong rambut 1inci.




Nampak nakal anak ibu.




Jumpa lagi...




Ahad, 18 Disember 2011

Roti sumbat Petai...

Assalamualaikum.

Malam ni gila2 sall sudah mari. Ada sapa2 pernah makan roti ngan petai x?  Ni bukan sambal udang petai ye. Ni namanya roti sumbat petai. Siang tadi gi umah mak, nampak pulak petai di dapur. Apa lagi sall sambar tanpa meninggalkan sedikit utk org belakang. hahahahaha....sangat kejamkan. Sall mmg hantu ulam. Selagi ada depan mata selagi tu la sall akan mengadap dan makan sampai habis. Bagi je la ulam apa2pun, pasti sall makan. Ini la caranya utk menjadi awek muda. Compom besok satu office akan merasai wangian semerbak ni.

Jom tengok roti sumbat petai... 
  
Petai yang sangat gebu.


 Ni roti, sambal n petai..


Apa lagi ngap la...


Jumpa Lagi....







Larian Kitar Semula..2011

Assalamualaikum.

 Alhamdulillah sall dan rakan2 selamat menghabiskan larian sejauh 7km di Putrajaya. Rasa penatpun belum hilang lagi. Ni memang  tengah rajin utk mengupdate story larian Kitar Semula.. Sangat2 mencabar larian hari ni.. Ramainya peserta mendaftarkan diri. Sangat best dan meletop lagi dengan kehadiran Faizal Ismail (DJ radio dan pengacara Muzik2) mmg happening. So lepas ni kalau ada larian lagi, pasti akan sall ceburi.


Bersama rakan.



Sall dan suami.


Kemenangan hanya mendapat sijil aje.



Jumpa Lagi...




Sabtu, 17 Disember 2011

Sok Nak Lari..

Assalamualaikum.

Nak tido awal...nak tido awal.. Sbb apa?? Sbb sok nak lari2 kat Putrajaya. Larian Kitar Semula. Ada sapa2 yang join lari ni x?? kalau ada, jumpa kita di sana ye. Kalau kenal sall jgn lupa tegur2 ye. See U..


Larian Kitar Semula at Putrajaya.



Jumpa Lagi...

Bila nak sambar ni..

Assalamualaikum.

Samsung P6200 Galaxy Tab 7.0 Plus (16GB).. Bila la agak2nya si suami nak hadiahkan pd ku.. Jawapannya xde ye.. Berangan je la.





Jumpa Lagi..

Bedak dari Hongkong

Assalamualaikum.

Korang pernah tengok x bedak ni?? Kalau xsilap sall bedak ni namanya Bedak SAMPONG. Bedak ni berasal dari negara Hong Kong. Bedak ni ada dua warna iaitu warna putih dan warna pink. Berat bedak ni cuma 57g. Harga bedak ni sangat2 la murah. Harganya cuma RM2.70 aje. Bukan setakat murah je, malah bedak ni tahan lebih lama.

Ibu sall pengguna setia Bedak ni. Dari zaman anak dara hinggalah sekarang mak sall xtinggal mengguna Bedak ni. Apa yang sall nampak pada wajah mak sall iaitu sebiji jerawat xpernah tumbuh dan kulit muka mak menjadi licin gitu. Ni cite benar ye.. Jadi, sekarang ni sall mencuba dan menjinakkan wajah yang kurang cantik ni, menggunakan Bedak SAMPONG ni. Sall guna warna Pink.. Sall nak wajah sall ayu berseri macam ibu sall sendiri.


Bedak SAMPONG




Bedak SAMPONG warna putih.




Test..test..test..




Kulitku licin berserikan..




Jumpa lagi

Ayam Panggang Siap...

Assalamualaikum.

Hari ni kita makan ayam panggang cicah kuah black peper buatan sall sendiri. Sedappp...

Jemput makan semua.



Sekor ayam RM10.59. murahkan


Ayam diperap bersama bawang merah, bawang putih, halia, kicap manis, sos tiran dan serbuk perisa.



Panggang jgn xpanggang..



Ayam panggang siap



Black peper...

Jemput makan dan jumpa lagi...

Permintaan iqy...

Assalamualaikum.

Baru tadi borak2 ngan iqy..Hari ni kita nak makan apa ek??.. iqy bagi cadangan pada ibu,,hari ni apa kata ibu masak ayam panggang. iqy dah lama xmakan ayam la.. Masak la ibu, masak la (dgn memek muka kesian).. Dalam hari ibu berkata, baru je semalam makan KFC, hari ni iqy kata dah lama xmakan ayam!!!! bertuah punya anak, bodek ibu nombor satu. Bila si anak dah kata nak ayam panggang, kena lah si ibu merajinkan diri membeli dan membuat ayam panggang ye. Lagipun hari ni kena duduk umah je.


Jumpa Lagi...

Kemaruk Lepas Sunat...

Assalamualaikum.

Ni cite kisah budak comei kemaruk makan. Hampir sebulan berkhatan, iqy sengat2 berselera. Nampak KFC nak, Nampak McD pun nak. Pagi2 kalau xpekena roti canai, kuih karipap, donat dan nasi lemak merengek sampai kemalam. Kena la ikut apa yang iqy nak. Ibu sangat takut kalau iqy obesiti pulak. Ada lagi perkara yang sall paling takut, cuti sekolah ni, langsung xmau pegang buku. Asyik mainnnn je. Bila ibu naik membebel baru lah terhegeh2 pegang buku, itupun sekejap je iqy pegang dan tengok buku. Fining kepala ibu, fining ngan sikap anak2 sekarang ni. Tu baru sorang anak. Kalau anak ramai pulak, cam ne la naik hantu ibu kan. damn...








Jumpa LAgi...

Jumaat, 16 Disember 2011

Like Eisya contest



Assalamualaikum.

Pada kengkawan yang minat masuk contest. Moh ramai2 VOTE Adik Nur Natasya Jazlina/ Eisya. Meh klik kat bawah ni.



Korang VOTE EISYA
( klik like pada link ini )
gambar yang sama dengan gambar kat atas tu
dan jagan lupa like page Kebaya Zarina Ayu Collections

Lps tu korang gi melawat blog eRin ye.
MAna tau korang ada ong utk menang contest pulak.

VOTE EISYA.....VOTE EISYA.....VOTE EISYA.....

Jumpa lagi.







Rabu, 14 Disember 2011

Kitakan Kawan..


Assalamualaikum.

Teruja dan kagum ngan gelagat dua sekawan ni. Comei kan.

Gambar ni sall copy dari grouponmy.


Memori down...





Jumaat, 9 Disember 2011

Sana Sini Cite Ombak Rindu...



Assalamualaikum.

Waaaa.....sana sini cite pasal filem Ombak Rindu. Dalam masa 5 hari filem Ombak Rindu telah mengumpul dana sebanyak RM5 juta lebih. Mesti best gile cite ni kan. Ni yang buat hati sall berkoba2 nak tgk cite Ombak rindu ni. Tapi xde kawan la nak tgk sama cite ni. Member cite, sebelum masuk panggung, ko kena sediakan tisu banyak2. Makkk aiiii...mesti tangkap leleh air mata la ni. Sangat lemah cite nangis2 ni. Xsuka nangis2 ni. Kalau xsempat tgk di pawagam, jawabnya cari CD cetak rompak la...bolek ke???!!!!***&^#$$....

Jom layan Gambo...



Aduhhhh...Sakit mata den...



Aku agak ketinggalan.



Jumpa Lagi.








Khamis, 8 Disember 2011

Terkenang Den..


Assalamualaikum,

Terkenang semasa duluuuuu, Hatiku terasa rindu. Mungkin kah dapat bertemu. Ni cite kisah lama sall ke Sabah. last time sall ke Sabah pada tahun 2004 bukan berjalan2 tapi memanjat gunung ye. Ketika tu sall mmg aktif mendaki gunung. Gunung Kinabalu destinasi yg tertinggi dan yg terakhir sall daki. Sall terpaksa gantung kasut dan tidak dibenarkan memanjat gunung lagi. Almaklum la sall ni anak kesayangan keluarga hehehehehe....

Diam xdiam hampir 7thn dah xmendaki. Memeng rindu gile, kaki nipun dah menggatal nak memanjat. Xtahan beb, mana la boleh sekat2 kesukaan dan hobi kitakan. Tahun ni sall berjinak2 dan cuba mencuba memanjat lagi.

1st di Bukit Broga. Makkk aiiii...lama xmemanjat, terasa pancitnya diriku ini. 2nd time pulak masuk FRIM Kepong pulak. Mula2 biar la yang rendah2 dulu. Lps tu baru la yang tinggi2 hehehe...
Kasut mendaki sall dah beli. Tupun sall beli yang bandle je. Jimat. 3rd panjat Bukit Broga lagi. Kali ni gi ngan rakan2 seramai 30 org. Memang gempak habis dan seronok sangat.
4th pulak berbasikal di Bukit Cherakah Shah Alam. Berbasikal elok utk menguatkan otot2 kaki. Pehhhh...memang best gile. Insyaallah tahun 2012 sall nak gi semula Gunung Kinabalu lagi.



Kasut bandleku...






Jumpa Lagi....








Dapat buah Tangan dari Sabah


Assalamualaikum.

Gembira sangat hari ni. Bf sall, Zaini namanya baru balik bercuti. Percutiannya kali ni ke Sabah bah... Ada la sikit buah tangan yg di belinya. Memang sall suka sangat kuih cicin ni. Mcm tau2 je sall suka kuih ni, langsung Zaini belikan utk sall. Itulah namanya sahabat sehati sejiwakan.



Kuih cincin dari Sabah.



Dapat kerongsang gak


Suka3....Thank Zaini. Kalau ko ada blogkan best.



Jumpa lagi....









Rabu, 7 Disember 2011

Anak Ibu dah Remaja...



Assalamualaikum.

Gelagat Rizqy berkhatan.



Ayah memujuk dan memberi kata semangat pada Rizqy.




Selesai sudah proces berkhatan. Rizqy xlarat berjalan, ayah terus dukung Rizqy.


Berpantang di rumah nenek.


Apa saja Rizqy nak, ayah dan ibu akan kotakan.


Jumpa lagi









Anak Ibu dah Remaja...



Assalamualaikum.

Ni nak cite sikit. Mggu lps kami suami isteri berpakat dan setuju utk khatankan anak bujang kami (Muhammad Rizki ). Umurnya baru 5thn 4bulan. Alhamdulillah proces berkhatan berjalan ngan lancarnya.


Layan gelagat Muhammad Rizki..


Rizki dapat mandi air bomba bersama kawan2.


Jalan Berarak Beramai2...


Rizqy bersama ayah tersayang.


Rizqy dan sepupunya.





Selasa, 6 Disember 2011

Jom Lari2...


Assalamualaikum.

Ni kali sall n rakan2 beralih minat utk menceburi bidang larian pulak ye. Bukan target nak menang ye. Target kami nak sihatkan badan. Hari ahad lepas pada 04/12/2011, 1st time join larian SAF di Stadium Malawati Shah Alam. Jarak larian 7km. Pehhhh.....lps lari badan rasa segar bugar dibuatnya. Semalam sakit sendi2 ni xla terasa sanagat, hari ni , makkk aiiii....macam anak ketam baru belajar jalan. Sakitnya peha2 ni.


Next larian pada 18/12/2011 di Putrajaya. Sesiapa yang berminat klik je disini.



Jumpa Lagi











Aduh sakitnya Kepala.


Assalamualaikum.

Aduhhhh....emosi sungguh sall hari ni. Ko buat aku sakit kepala. Lagi2 ko buat hal. Apa sebenarnya yang ko nak????.. Kalau ko dah suka sangat nak handle benda ni, ambil lah, aku xkisah. Dalam hal ni aku memangpun nak cari pelapis muda. Aku dah xlarat. Xlarat ngan masing2 punya karena. Ko jgn risau, dari awal ko masuk, aku dah nampak commitment ko dalam bidang ni dan aku yakin ko boleh handle semuanya. Aku berharap sangat ko dapat berlajar macam mana nak menghormati dan berlajari cara2 menjaga hati orang xkira la org tu muda/tua/sebaya ngan ko. Jalankan la tugas mu dengan gemilang dan terbilang.

Memori down seketika.



Order 1 Balang Besaw...


Assalamualaikum.

Hari ni pepagi bote sall sms alamat office utk senang Puan Nana pos kuih semperit ni. 1st time order kuih ni. Nampak sangat sedap acehh...belum rasa lagi dah tahu sedapnya. Mengikut kata tuan punya biskut (nana) biskut semperit ni mmg sedap, Sekali rasa terangkat anak kening taw. Rasa sekali nak dua kali dah dua kali mau tiga kali udah tiga kali rasa apa lagi beli lah sebalang hahahaha......baru puaskan. Dan yang bestnya ada lima perisa yang sangat sedap emmmm....
Korang nak rasa/???? boleh,,,,,jemput2 la dtg umah Nana. Puan Nana tinggal Taman Keramat KL menjerit hehehehe.....Compom Nana bagi cuba try test rasa semperit ni..Betulkan nana. Jgn marah nana, sall cuba promosikan semperit ni.
Ok la kalau ada sapa2 nak order boleh aje klik rumah Nana disini ye.



Xsabarnya nak rasa biskut semperit ni.

Jumpa lagi



Isnin, 5 Disember 2011

Ngindunya Ngan Awak...


Assalamualaikum.

Lama sangat xjenguk sahabatku. Ngindu ngan awak. Ni baru rasa semangat berkoba2 nak update blog dah lama ditinggalkan dan hampir bersawang hehehehe....Hari ni baca di FB, salah sorang sahabat bloggers sall telah pun memenagi hadiah yang sangat bernilai dalam hidupnya.

Peraduan KLIQ SAFI BALQIS


Mintak ampun nana sall rembat gambar dan rakan2mu masuk dalam blog sall ni.

Gambar ni telah memikat hati juri Safi. Paling Natural. Simple, Attractive, and Beautiful Women. Memang xsalah lah juri memilih mereka sebagai Juara Safi pada tahun 2011.. Dan istimewa lagi nana telah pun menganjurkan satu contest 2intim8-contest-untuk rakan2 yang vote nana. Menarik jugak hadiah2 yang ditawarkan. Tak salah sall hadiah keseluruhan bernilai RM100.00. fuhhhhh...banyaknya.

Ni salah satu pembakar semangat sall, supaya impian sall tercapai sepertimana nana dan rakan2nya menang dalam contest SAFi BalQis..Usaha Tangga Kejayaan. Tahniah sekali lagi utk Nana dan 3 sahabat2nya.

Jumpa lagi...