Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Petang ahad 19/03/2012 jam 6.30ptg, selepas sall selesai buat kek warna-warni, suatu kejadian yang mengerikan depan mata sall. Kejadian memang sekelip mata berlaku.
Sedang sall duduk berihat sambil membuka laptop, Muhammad Rizki bermain2 sambil memusing2kan badan dan terus melompat2 dan terus terjatuh.
iqy meraung sekuat-kuatnya, sakit bu...sakit bu...Mula2 sall ingatkan xde apa2, naik berang la sall seketika dan mencubit2 iqy dan memarahkan iqy.
Sambil-sambil tu sall check2 angkota iqy, xde apa2 yang luka. Selepas tu sall terpegang kepala iqy disebelah belakang,,,,masyaallah, darah yang amat banyak dan terasa panas. Terus sall memanggil en.suami. Lantas kami terus bawa iqy ke Hospital Sungai Buluh.
Kepala iqy terkena bucu rak TV. Dalam perjalanan ke Hosital, sedang iqy dalam kesakitan, sall sempat menanyakan beberapa soalan pada iqy.
Soalan pertama dari ibu: Sapa nama awak?
Jawab iqy; Muhammad Rizki (betul)
Soalan kedua dari ibu: Sapa nama Ibu?
Jawab iqy: Salliza (betul)
Soalan ketiga dari ibu: Sapa nama ayah?
Jawab iqy: Ros Hamdan (betul)
Soalan keempat dari ibu: Umur awak berapa tahun?
Jawab iqy: 6 tahun (betul)
Soalan terakhir dari ibu? iqy sayang siapa?
Jawap iqy: iqy sayang Allah, ibu sama ayah. Ibu... iqy tak nak gi septal(hospital) iqy tak nak jarum ummmm....
Alhamdulillah ingatan anak ibu sangat kaut lagi. Sall sangat takut, sebb dentumman jatuh sangat kuat. dan Gegaran otak pun berlaku. Bayangkan la, sedangkan kita yang dewasa ni terlanggar atau terkena bucu ni pun dah terasa sakit, ini kan pula anak kecil kan... Alhamdulillah masa kejadian Muhammad Rizki tidak muntah2 dan tidak pengsan.
Disebabkan kelukaan yang berlaku, iqy kena dua jahitan dikepalanya. Dalam tempoh seminggu jahitan akan dibuka semuala.
ini lah Anak bertuah sall.
Bucu rak TV.
Kelukaan yang berlaku. Bentuk V.
Sirap yang sangat sedap untuk iqy. Alhamdulillah iqy senang makan ubat.
Dua jahitan dikepala iqy.
Semoga cepat sembuh anakku.
Sekian.
Jumpa lagi.
8 ulasan:
Ya Allah... camne leh camni... nasib baik Iqy tak teruk sgt kan Sall... mesti fobia kan... apepun hope Iqy cepat sembuh n takde ape2 effect dlman kat Iqy...
Sall... meh visit umah bru atie
http://atierashid.blogspot.com
Atie Rashid:
memang fobia sangat2. Terlampau fobia en.suami, dia memang xleh tgk darah. Hampir pengsan dibuatnya. anyway, thank mendoakan utk iqy ye.
Sall terjah sekarang juga.
alahaii
ngeri nye aku baca
benda2 camni bkn bleh jangka
pasni hati2 ye syg
Smoga cept sembut Iqy...
Smoga cept sembut Iqy...
Smoga cept sembut Iqy...
alahai ngerinye..smoga cpt baik
budak tgh lasak, camni la sall..aku pon cuak tgk iqi cam tu, terus periksa bucu meja umah aku ni
Catat Ulasan