Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Selasa, 22 Mei 2012

Sedih dipagi Hari.....Kenapa ni...


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam iqy mengadu badan, tangan, peha sakit.

Dialog anak dan ibu:

Sall tanya kenapa sakit?
iqy jawab, kawan cubit.
Alaaaa....sikit je tu, iqy suka usik kawan, tu la pasal kawan iqy cubit iqy. Betulkan??
Tak ibu, iqy tak usik kawanpun, kawan yang datang kat iqy dan tumbuk dan cubit iqy.
Aiiii.....lain macam je bunyinya.

Sall terus selak baju iqy dan tengok apa benar kata2 iqy tadi.
Astaghfirullahalazim.....
Subhanallah....
Kenapa teruk sangat ni sayang...

Sebelum sall telipon pengasuh iqy, sall tanya dulu pada iqy, apa yang berlaku sebenarnya.
Iqy cerita la A to Z.

Baru la sall telipon pengasuh iqy. Mula2 sall nak terus marah la kononnya. Entah la tiba2 perasaan ini jadi sabar pulak. Baikkk.. je sall tanya apa yang telah berlaku pada iqy semalam dan sall cerita yang sebenarnya.
Pengasuh iqy terkejut dan tak tahu menahu hal ini. Sall ingatkan pengasuh iqy ada kat sana, rupa2nya pembantu dia yang jaga. Yang geramnya masa en.suami jemput iqy, pembantu pengasuh tu langsung x berkata apa2pun.

Pengasuh tanya sall siapa yang buat iqy, iqy jawab Naufan. Sekali lagi  pengasuh iqy terkejut bila dengar nama Naufan. Budak Naufan ni umurnya 4thn badannya pula kecil dari iqy dan budaknya pendiam je. Pengasuh macam tak percaya je.

Makkk...aiii.....sall pun terkejut jugak, bila tahu Naufan lebih muda 2th dari iqy. Macam mana pulak iqy boleh cakap Naufan yang buat. Takkan iqy nak bohong pulak. Sall tanya lagi pada iqy. Betul ke Naufan yang cubit iqy? Dalam lebih 10x sall tanya iqy betul ke Naufan yang cubit?? Iqy jawab: betul la, Naufan cubit iqy.

Bebalik pada kata2 pengasuh. saya minta maaf puan, besok saya siasat perkara ini ye dan saya mohon maaf diatas apa yang telah berlaku pada anak puan.

Ni bukan sekali dua berlaku pada iqy malah setiap minggu ada je lebam dan kesan cubitan yang teramat kuat pada badan iqy. Nakal2 anak sall, sall tak pernah cubit sekuat2 hati sampai lebam bagai. Memang sedih dan hiba hati ni bila melihat anak sall diperlakukan sebegini rupa.

Cuba korang tengok kesan cubitan ni. Ini cubitan di buat oleh kanak2 yang berumur 4thn ataupun cubitan ini di buat oleh orang dewasa???

Kesan cubitan di tangan kanan.


Kesan cubitan dan lebam di tangan sebelah kiri.


Kesan cubitan di peha sebelah kanan.


Ini pula cubitan di belakang badan sebelah kanan.


Dan ini pula kesan cubitan dibawah ketiak sebelah kiri.

Adakah umur kanak2 umur 4thn pandai buat sedemikian??



Sall bingung dibuatnya. Tunggu je la apa kata pengasuh. 











6 ulasan:

Syima ~Mama Kyra~ berkata...

cian iqy..teruknya kesan lebam dan cubitan tuh..Dulu kyra penah kena cubit dgn kwn2 dia tp tak teruk sgt..syima marah dan terus kol pengasuh..cuak jgkla muka pgasuh tuh..sjk dari tu kyra xde dah kena cubit

zh-ena berkata...

SALAM KENAL
TERUKNYA KESAN LEBAM TU

Natt_Alias berkata...

byknye kesan lebam sall..mmg mcm xcaye je bdk 4thn blh buat gitu..baik sall siasat betul2 demi keselamatan ank..

pengalaman sy mase pernah antar ank sulung ke nurseri..pale ank lebam mmg dr umah..tp sbb lewat nk g keje lupe nk inform kt cikgu dia..blk tu cikgu dia minta maaf trs tau sbb pale ank saya lebam n dia xtau nape..sy bgtau blk mmg dh lebam mase anatar sbb jth..tp kita blh nk sikap tggjwb cikgu tu..

mcm kes ank sall ni rsu jgk tkt bende lain yg jd sebenarnye..

mama tisya berkata...

truk gk lebam tu..kena siasat lebih skit...

Liana berkata...

kak sal, try bawak g jumpa doctor.. mcm susah nk caye budak 4 tahun buat.. at least klu budak tu wat, confirm2 iqy leh lawan or mengelak.. but then dis one mcm tmpt yg budak xleh nk reach pon kene jugak... u better take ur son to the clinic and ask their opinion... seriously, that was too much...

Alitopan berkata...

Hantar ke.kindergarten.. isnysAllah anak kita akan.dijaga.dgn baik meskipun.deme.tak pandai bernasyid dan.berdoa.. kita boleh saje.ahar doa.kat rumah