CONTEST ni dianjur oleh mamamanja.jom le kengkawan,jom meriahkan lagi contest ini.
FATHER'S DAY CONTEST - STICKY MODE
Salam...
Bukan nak menyertai contest yang sedia ada.... tapi, aku sendiri yang nak buat contest ni plak. Kiranya ini contest yang pertama kali aku buat. Walaupun niat tu dah lama ada nak cuba buat contest, cuma baru kali ni berkesempatan.
Contest ni juga x bermakna aku nak meniru contest kengkawan yang sedia ada... tapi contest aku ni lain sket. Yang aku tengok skang, contest antara anak blogger ngan ayah.... tapi contest aku ni adalah antara blogger sendiri dengan ayahnya. Bermakna contest ini terbuka kepada semua blogger yang x kira status dirinya dah kawin ke belum... atau dah ada anak ke belum. Jadi pada kengkawan yang x dapat join contest yang dianjurkan oleh kengkawan lain, boleh cuba pulak join contest yang aku buat nih.
Macam yang korang sedia maklum la... contest ni sempena ngan hari bapa. Jadi, mari kengkawan cuba join FATHER'S DAY CONTEST ini.Contest ini akan bermula pada hari ini, 7 Jun 2009 dan akan berakhir pada 26 Jun 2009, jam 5 petang. Kenapa 26 Jun??? Sebab tu tarikh besday aku hehehehe.. dan keputusannya akan diumumkan pada 29 Jun 2009. Ada la masa 2 hari tuk aku buat keputusan pemenang.
Macam contest2 lain gak... syarat2 tuk menyertai contest ini ialah:
1. Menjadi FOLLOWER Mamamanja
2. Add blog MAMAMANJA kat bloglist korang
3. Upload gambar FATHER'S DAY CONTEST di atas sebagai banner di blog korang
4. Hanya yang mempunyai BLOG sahaja yang boleh join contest ini. Blog apa... x kisah, janji blog.
Dan cara untuk menyertai contest ini adalah:
1. Upload gambar korang bersama ngan ayah. X kira gambar zaman bila.... Tapi kalau dah x jumpa sangat gambar korang ngan ayah, gambar ayah sorang pun boleh ler... tapi markah lebih sket pada yang upload gambar bersama ngan ayah. (Aku edit balik entry ni... GAMBAR AYAH SEORANG PUN BOLEH - bagi peluang pada yang telah kehilangan ayah cam aku sendiri tuk meluahkan rasa penghargaan mereka)
2. Nyatakan NAMA AYAH & UMUR (jika ayah dah tiada, nyatakan)
3. Buat sket ucapan kepada ayah korang yang melambangkan penghargaan korang terhadapnya.
4. Jangan lupa citer ler sket kat blog korang pasal contest ini dan jangan lupa masukkan link MAMAMANJA. Bila dah beres semua tinggalkan link entry korang kat ruangan komen entry ini.
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dan hanya sorang saja pemenang.
Ok, mudah saja kan??? Jadik mari ler kengkawan semua join FATHER'S DAY CONTEST ini.
p/s: tq pada awek zz yang turut menyumbangkan idea tentang contest ini. nanti den bajo makan eh??? x lupa juga... adiah bukan ler BERAS cam yang aku penah war2kan sebelum nih. tapi, kalo korang berminat ngan adiah tu, aku xde hal.. boleh aje heheheh.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar abah sall muda2 dolu.
Nama Ayah : Abdul Rahman Bin Ibrahim
Umur : 61 Tahun.
Pada tarikh 06/01/2007 jam 5.20ptg.... Abah pergi buat selama-lamanya...
Abah,
Aku rindu akan senyumanmu, gelak tewamu,kelakarmu dan bau badanmu...
Abah pergi buat selama-lamanya tinggalkan kami semua. Abah tinggalkan kasih, cinta dan kenangan manis.
Setangkai al-Fatihah buat Abah.
Moga tenang di alam barzakh.
Ku damba pertemuan di syurga indah….
-Allahyarham Abdul Rahman Bin Ibrahim-
Hargai ibu dan bapa selagi ada, jadilah anak yang bertanggungjawab semasa ada dan selepas ketiadaan mereka. Anak soleh pewaris paling bermakna.... ….Sampaikan salam buat semua.Salam terakhir salam teristimewa.Kepada kau yang tersayang.Pada teman yang ku kenang.Pemergian ku ini tak dirancang.Usah bertanya mengapa aku.Mengucap salam terakhir kepada mu.Kerna waktu berputaran.Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu.Demi sebuah kenyataan Yang amat menyakitkan.Aku yang tidak berdaya Hanya berserah padaNya.Salam akhir,Salam yang teristimewa.KepadaNya ku memohon keampunan.MelaluiNya ku beri kemaafan Kepadamu.Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula.Saat indah bersama mu,Sayang tak berkesempatan,Abadikan saja salam ku di ingatan.
Ini saja yang termampu sall citekan tentang abah...
1 ulasan:
terima kasih join contest MM
Catat Ulasan