Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Selasa, 12 Julai 2011

Beberapa hari lagi ye...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum.
Ada beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Ada sesiapa yang belum ganti pose lagi?? Kalau belum lagi cepat2 la buat ye. Ok Pada 01hb Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H. Pukul 5.00 pagi jgn lupa bangun Bersahur.

Tahukah kita Apakah maksud puasa?
Sall pandai tu idak le, sikit2 boleh la. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Niat pose:
Bismillaahirrohmaanirrohiim Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri Ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin.

Peringatan buat semua, di dalam Islam kita mendengar setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati. Oleh itu, kita tidak tahu bila ajal kita akan jemput. Sebab itu, kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian dengan bekalan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ini, semua syaitan telah diikat oleh Allah s.w.t dan kita harus muhasabahkan diri pada bulan yang penuh keberkatan ini. Sekiranya hati kita telah di kuncikan Allah daripada menerima Islam, maka neraka adalah tempatnya apabila kiamat nanti.
Wallahualam.

Selamat Berpuasa semua.




Tiada ulasan: