Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Jumaat, 24 September 2010

Bizinye...

 
Salam.
Maaf semua aku terlampau kebizian. Bukan bizi pasal keje, ni bizi pasa sana sini jemputan open house xhenti2.
Badanpun dah naik tembam n otak akupun dah makin lembab hehehehe....
Minggu ni pulak ada juga OH lagi. Sesiapa yang nak beraya di umah aku,
diharapkan sms aku ye. Kalau dtg mengejut, jawabnye makan biskut raya je lah, itupun kalau biskut raya ada lagi. Kalau x, minum air je la. Sungguh malas aku ni kan kihkihkihkih.....

Isnin, 20 September 2010

Sambungan cerita semalam...


Salam.
 Ni aku nak sambung cerita semalam. Lepas beraya umah makde aku, kami sekuargapun balik. Dah kenyangkan, mata apa lagi ala2 setim la. Tak banyak cite dah. Aku pakai kaca mata hitam dan terus lena diulit maya. Alih2 pakweku borek sorang2....sian si suami.
Dalam 30minit jugak lah aku dapat melelapkan mata. Itupun si suami yang kejutkan. Dah sampai bangun cepat. Aku dalam keadaan mamai, kat mana ni bang? Aku ingatkan dah sampai rumah rupa2nye pakweku ajak tengok lampu. Apa lagi cargas biji mata aku. Rambang biji mata aku. Lawa2 lampu di sini. Xtaw nak pilih yang mana. Semuanya lawa dan murah. Lampu ini menjadi pilihan si suami.
Ok nak cerita sikit harganye. 1Set harganya RM95.00 dapat tawar RM80.00+mentol sekali. Murahkan.
. Si suami sambar 2set lah. Dapat kurang lagi RM10.00.  Dengan xsebar2, sampai je di rumah si suami terus memasang lampu barunye.  Lampu ni nampak simple, cantik dan murah. 

Selamat tinggal lampu lamaku.
Sebelum tu ini lah lampu lama kami. Siapa nak, sila angkat tangan. Aku kasi free je. 

Sekian ...
::::Tamat Sudah Riwayat Lampu Lamaku:::
Terima kasih kerana dikau telah byk berjasa menerangi mahligai kami selama 8thn.




1st day Open House...

 

Salam, 
Hari ni beraya umah kak iparku di Tasik Puteri. Memang tiap2 tahun wajib buat OH. Menu tahun ni Mee Kari, Soto, Rendang ayam, Sambal kacang dan air limau. Aku siap mintak resepi mcm mn nak buat kuah Soto. 
Kelmarin mintah resepi kuah laksa pd Ilah hari ni pulak resepi kuah soto pd kak iparku, tapi buatnye entah bila lah.
Kena tunggu mud rajin aku la.

ni adik iparku nadia.

Rizki yang jelessss...


Habis Thorik kena gomol ngan pakcik kecik (Rizki).

Aku, Rizki dan cucukuThorik
^
^
^

Lepas beraya di rumah kak iparku aku rane umah makde aku di Tasik Permaisuri Cheras.
Setahun sekali kami berjumpa. Teruknye aku setahun sekali jumpa ngan makde aku. Lepas lah jugak rindu ngan makde aku ni. Alhamgulillah makde aku sihat.

Anak2 buahku yang nakal2.


Kebetulan pulak kami adik beradik berjumpa di umah makde. Pehhh...bukan main meriah lah dibuatnye. Rizki suka sangat2 berjumpa ngan sepupu sepapatnye.
Memang xbolah duduk diam2. Perut pun dah kenyang. Apa lagi balik lah. Lagipun xboleh lama2
si suami kena keje.
 
Cerita bersambung...~~Esok~~

 
 

Sabtu, 18 September 2010

Siap pun...

 

Salam di pagi hari.
Malam tadi aku kerajinan lah sangat buat biskut raya. Dah seminggu beraya baru lak ni biskut aku siap. Sebab apa?? Sebab kemalasan aku yang sangat2 menebal. Alhamdulillah ada sahabat yang sgt2 memahami jiwaku ini. Lain xbukan iaitu Muhamma Rizki. Siapa Muhammad Rizki tu?? Muhammad Rizki adalah buah jantung hatiku. Rizki anak yang sgt2 rajin menolong aku di dapur. Untung kan dpt anak yang sgt rajin kan, Bila tiada dia hidupku sgt sunyi. Ibu mana yang xsayangkan anak.
Layan gambo la

traaaaa...ni hasilnye....


Khamis, 16 September 2010

Edisi Raya 2010.

 

Salam Raya.
Bermula la edisi kami beraya. Lama sungguh aku xupdate blog ni. Mesti korang rindukan aku kan. Heehehehe...perasan lah pulak. 
Ada sesiapa yang rindu kan aku takkkk!!!!
Tengok!! tengok!! tengok!!
xsiapa pun rindu kat aku huhuhuuu......
Lawak petang yang sengal dan suka hati aku lah apa aku nak tulis kan hehehehe.....

Layan Gambo

Takziah....





Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya,
jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnye.
Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian
Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Aidilfitiri.



Sorry Lambat..

 
 
Aku mohon maaf banyak2 di atas kelewatan menghantar hadiah utk pemenag2 GA kami. Ni disebabkan kemalasan aku yang menebal sesangat. Insya-Allah besok lusa akan ku pos kan.



Tinggal yang ni je aku belum pos....
 Tahniah utk korang....



Hai, Sall kembali keudara...



1 Malaysia.
Wahhh...1 Malaysia gitu.
Aku bangga sangat2 menjadi rakya Malaysia.
Syukur Alhamdulillah negara kita Aman Damai kan.

Rabu, 8 September 2010

::Selamat Aidilfitri Buat Semua:::




::Selamat2 Hari Raya::

Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahmi
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya AidilFitri
Mohon Maaf Dari kami sekeluarga.

Dalam perjalanan jauh mahupun dekat, pastikan tidur yang cukup dan memandu lah dengan berhati2. Jangan memotong, biar lambat asalkan kita selamat sampai.
Lagi sekali aku memohon berbyk2 kemaafan.
Jika komen2 ku ada yang xmenyenangkan hati ke dan aku ada buat korang xsenang hati dengan aku ke
aku mohon maaf ye.
Maafkan lah aku. Aku cuma insan biasa.
Setiap Insan memang xlari dari membuat kesilapan.

::Mohon Maaf Dari kami sekeluarga.::
"Sall, Hamdan, Rizki."
( Salldannrizz )



Selasa, 7 September 2010

Blogwalking Award

Salam ramadhan,
Lalalala.....dapat Award dari puan Aisha. Terima kasih pren. Kena jawab soklan ye.

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
Aduhh...sakitnye, kena ganti pose. Banyak pulak tu..

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?
Sall...

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
 1) suami
2) anak
3) blogku
  

Senang cita aku bagi Award kepada semua blogger2 aku tersayang . Ambil ye...


 
 


:: Kad Raya Dari Kengkawan::

Ahad, 5 September 2010

::Dapat Kad RAya::



Salam,
 Yeeeee....dpt kad raya.

Ni 2nd time aku dpt kad raya. Terima kasih Alycia.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin ye..


Sabtu, 4 September 2010

:::Sedu Hati ini::

Salam.

Aku menulis kerana hati terasa teramat-amat rinduka seseorang
Aku teringin sangat untuk bertemu dengannye
Aku berharap dan memohon pada Allah swt, agar doaku diterima.

Bulan Ramadhan tinggal 5 hari lagi
Menitis air mata dan sayangnya untuk aku meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini
Dan menitis jugak air mata Arwah2 yang balik dan melihat anak cucunya.

Mereka balik sambil milihat adakah anak cucunya mendoakan untuk dia
Adakah kita ingat padanya dan berapa kali kita mendoakan untuknya.
Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Aku, aku, aku dan aku
Amat merindui Arwah Abah
Hari-hari sepi tanpa dia disisiku

Walaupun kemesraan sekejap yangku harungi
Tapi aku rasakan bagaikan hari-hari aku  bermesra dengannya
Rasa xpuas dan xpuas bergurau dengannya

Ya Allah....
Aku bermohon padamu
Tempatkan lah Abahku di tempat orang-orang yang beriman
Engkau ampuni lah segala Dosa-dosanya
Dan mudah-mudahan rohnya berbahagia di sana.

Abah.....
Sall Sayang Abah
Sall Rindu Abah
Sall nak peluk Abah
Dapat kah kita berjumpa di sana nanti??

::Sayu HAti Ini::



Salam pagi ramadhan.
Dipagi Hari aku terbaca cerita adik Alanna. 
Dengan tidak ku sedari, air mataku jatuh berlinagan.
Adik Alanna telah pergi buat selama2nye.
Al-Fatihah untuk adik Alanna.