Chak..Chak..Chak..Boom..
mia
~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~
Sabtu, 29 Mei 2010
Tip Elak Anak Durhaka
Jumaat, 28 Mei 2010
Tip Rambut Sihat..
Salam,
Hari ni aku nak berkongsi ilmu ngan kengkawan semua. Penting sangat penting. Rambut dianggap mahkota wanita?? betul tak???? so, jangan biarkan rambut kita nampak x bermaya, xsihat dan kusam....
Tips tips tips.....
*Mengosok ketika mencuci rambut menggunakan kuku atau tuala?? Jangan dibuat Cara ni salah ye, kerana boleh merosakkan rambut. Cara yang betul, anda cuma dibenarkan menggunakan jejari ketika mencuci rambut n urut pelahan2 dan melarutkan air pada rambut dibenarkan menggunakan tuala lap sehingga kering. Jgn sesekali mengguna pengering rambut.
*Bagi yang bertudung pula seperti aku, tuk mengembalikan kesegaran rambut, amalkan menyapu santan kelapa pada rambut. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali. Secara tidak langsung ia dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala menjadi kuat dan sihat bermaya.
*Untuk bermasalah kelemumur pulak, amalkan menggosok kulit kepala menggunakan limau purut yang telah dihangatkan. Gosok menggunakan jari setelah kelemumur gugur, basuh rambut menggunakan syampu anti kelemumur. Amalkan 2x seminggu saja. Insya-Allah kalau diamalkan cara ini, kelemumur akan hilang.
**** Rambut dianggap mahkota wanita. Sebab itu la ramai yang menitikberatkan penjagaannye tidak kira yang bertudung atau tidak. Namun bagaimana hendak memastikan rambut sihat dan nampak cantik???****
Ok la, Tip2 diatas ni amat berguna tuk kita bersama.
Khamis, 27 Mei 2010
GIVEaway pertama dari Zety =)
tuk keterangan lanjut klik sini ye...
Rabu, 26 Mei 2010
contest-AKU DAN MAKANAN ITU
Salam morning semua,
Aku mencuba2 menyebukkan diri tuk masuk contest yang dianjurkan oleh si gadis Manis lagi gebu gitu....Untuk detailnye lu olang boleh klik, klik, klik, klik sini ya....
*
*
*
*
*
Meranem Sall....
Ni je gambo yang haku ada. Story cikit....
GAmbar ni diambil pada bulan lepas ye. Sempena menyambut bday my BOS. Aku mmg suka sangat makan kek terutama sekali kek c gret resepi. Tengok gambo tu, semue kek tu tuk haku ye...
Opssss...sorry ye.. gambo kek tu seciput je dapat tengok. Harap2 cik gAdis manis approvekan gambo yang ku peragakan ni ya.
Apa lagi mai la kita ramai memeriahkan contest Cik Gadis Manis ni. Anda akan rugi jika anda x join contest ni..masuk jgn xmasuk, masuk jgn xmasukkkk....
tarikh tutup: 31 MEI 2010
Isnin, 24 Mei 2010
BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST
Nama: Muhammad Rizki
Tarikh Lahir: 15/Aug/2006
Email: sall2u@ymail.com
Ni je gambar yang aku ada. Sebelum tido si Rizki mesti mau candunye dulu. Mesti nak pekena air teh masuk dalam botol. Umur Rizki 2thn 7bln dengan sendirinye Rizki stop xmau minum susu. Malas nak cerita panjang, aku nak layarkan Tag ni pd Ilah Fazilah. Dik ilahku sayang rajin2 buat contest ni ye...Ada hadiah menarik menanati kita insya-allah.
*Contest ini bermula pada 5.5.10 sampai 6.6.10…sebulan ye.
ZaiKuLiM'S 1St GiVeWaY
Tu dia zaikulim dengan 1st giveawaynye. Tuk keterangan lanjut klik sini....
~STICKY ENTRY~
Malas cerita panjang. Klik disini secepat mungkin. Kalau lambat, anda jugakkan rugi.
TERJAH....
GIVEAWAY : Besday PapaZakwan
~ STICKY hingga 3 Jun 2010

Kepada sape2 yang berminat meh la join sekali. nak tkg seme syarat boleh klik sini
~~Mudah2an hidupmu ceria2 selalu
~~Dan di limpahkan rezeki yang halal.
Akhir sekali.....Amin...
season 2-cute baby with C.H.O.CO.L.A.T.E...suzey n ina..

kepada sape2 yang berminat meh la join sekali season kali ke-2 , nk tkg seme syarat bole klik sini
Nama : Muhammad Rizki
Umur: 3thn 9bulan 9hari (399 hahaha)
Tarikh Lahir: 15 Aug 2006
Cerita sikit asal aku pertaruhkan gambar ni. Gamber ni aku baru je snap pagi tadi. Pepagi buta si rizki bangun dan terus cari coklat dalam ais box. Tengok la tu muka anak bujang aku. terpinge2, ngan tak gosok giginye, tak basuh muka dan rambut beserabai terus melantak coklat. Rizki mmg hantu coklat. Ok puan suziey & momguess harap2 ada tuah untuk aku. Kalau x dpt Tuah, Jebatpun jadi la....
Ahad, 23 Mei 2010
Ketika Cinta Bertasbih


Ok la...malas nak cerita panjang2. Pesanan aku, korang tengok la sendiri cerita Ketika Cinta Bertasbih k. Tengok jgn tak tengok.....
Lirik Lagu:
Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamuBisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjeritKetika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cintaLayannnn......
PENGERTIAN AURAT WANITA... Tamat
KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.
Gambar di atas : heroen (Anna Althafunnisa) "ketika cinta bertasbih"
isi kandungan copy dari:-
Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor.
Sabtu, 22 Mei 2010
PENGERTIAN AURAT WANITA... part 4
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan. Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah :
"Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?
" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya.
". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :
" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik. Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita. Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Bersambung......
Jumaat, 21 Mei 2010
PENGERTIAN AURAT WANITA... part 3
ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang. Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian. Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahra. Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami.
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3.Ayah mertua.
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini.
tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaja.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
3. Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram. Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita,bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir. Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya :
" Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami. Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya. Mu'awiyah bin Haidah mengatakan :
"Aku pernah bertanya :
Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :
" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?
" Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi:
" Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?
" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Bersambung.....
Khamis, 20 Mei 2010
PENGERTIAN AURAT WANITA... part 2
PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t . "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasulnya.
Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). Al-Ahzab:33.
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” An-Nur:31.
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” An-Nur:31.
“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) An-Nur:31
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani.
Bersambung.....
Rabu, 19 Mei 2010
PENGERTIAN AURAT WANITA... part 1
Aku ambil coretan ni dalam blog pakweaku. Harap2 dia xmarah. Aku sekadar mau kongsi bersama kengkawan bloggers aku.
MUKADDIMAH
Dewasa ini kita sering didedahkan di dalam akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak, abang rogol adik kandung dan sebagainya. Kejadian ini di panggil "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun, marah, simpati kepada masyarakat. antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama. Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.
Bersambung......
Isnin, 17 Mei 2010
Sofia & Emak Birthday's Giveaway
STICKY ENTRY
salam,
Aku mencuba nasib ye. Ubah haluan tuk join contest2 yg menarik n senang ye.
tuk keterangan lanjut klik cini

Sempena menyambut besday kedua2 beranak ni, aku ingin mengambil kesempatan tuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ye, semoge hidupmu ceria2 selalu.
Apa tunggu lagi jom cepat2 join contest ni,
Ahad, 16 Mei 2010
sararisa-craft giveaway kembali!!!!
Jalan2 jumpa ni. Cantik sangat2. Dik sararisa ni mmg seni orgnye. Suka akak dik, suka tengok kraff tangan kamu. Akak nak gak giveaway ni.

Apa lagi jom la ramai2 memeriahkan giveaway ni.
Tarikh Tutup Giveaway ni pada
18 MAY 2010 pada pukul 8mlm
Sabtu, 15 Mei 2010
Cabutan bertuah dr MerantauStudent...
Jumaat, 14 Mei 2010
Habis sudah...
Dengan kebizian aku , aku sempat gak melepaskan geram menyepak bola sekuat2nye. Penat tolak tepi . Aku mmg hantu bola k. Kenapa habis sudah.....jeng3...malam tadi aku n team aku, selesai sudah, melawan team subang. Alhamdulillah team aku menang :> u.....4-1 k. Alaaaa....perlawanan persahabatan je...Hebatkan hihihihi....puji team sendiri la...jgn jeles.
Aku nak pelawa ni, kepada sesiapa yang teringin nak berentap kehebatan ngan team aku, sila2 la call aku ye. Akan aku aturkan jadualnye. Apa lagi jom la....
Khamis, 13 Mei 2010
Mud Kembali Menerangi....
Fuhhhhh.......habuk la. Mud kembali menerangi blogku ini. HAri ni aku ada cikit kelapangan ye. Wahh...wahh..wahh...rindu aku ka???....banyak mana rindu tu?? tunjuk cikit????....kihkihkihkih....
Ok la...kebelakangan ni aku terlampau byk sgt2 kerja nak d buat k. Sampai umah jam 8.00mlm. Hari2 mcm tu k. Balik terus jemput anak bujang aku di anusery. Kesian anak aku. Macam dah xde makbapak daaaa.....
Tuk Rizki:- Sayang , ibu terpaksa kerja k. Sayang, ibu janji, lps ciap je project ni, kita sekuarge pergi bercuti ya....Ibu sayang Rizki sampai akhir hayat.
Bayaran Anusery bulan ni compom kena bayar tinggi menjulang punye la... huuuu....apa nak buat, ciankan akukan.:< Bulan ni je cottt... aku terlampau bizi giker2. Ada kerja, ada la incomenye. Aku dapat projek besar2an ni. Aku mmg suka sgt projek ni. Mencabar giler. Aku diberi masa dalam sebulan tuk siapkan projek ni. Tu pasal la... hari2 aku balik lambat k. Penat giler weyyyy.....
kerja kerja kerja...
ok setakat ni je dulu k...
opssssss.......
Lup pulak, Ni aku nak tanye pd kawan., Udah dapat ka hadiah teka teki giveaway aku tu??? Jawab3......
Isnin, 10 Mei 2010
Cuti seketika...
Memandangkan masa x mengizinkan, aku berhenti menaip tuk seketika waktu ye. Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang rajin menyinggah di blog aku ni. Apa pun aku rindu korang semua....
Tuk korang....MUAH...MUAH...MUAHhhh....
Selasa, 4 Mei 2010
Untuk Ibu2 yang senasib. dgnku....
Salam,
Mari baca tuk pengetahuan kita. Kita hanya berusaha, Allah swt yang menentukan segalanye. Jgn sesekali kita cpt berputus asa. Usaha lah sedaya mn yg termampu. Allah sentiasa melihat dan mendengar isi hati hambannye. Yg penting kita kena yakin pdnye
Putus Asa!!!!.....Akukan dapat apa yang aku nak. Tiada istilah Putus asa didlm kepala otak aku ni. Keinginanku ingin mempunyai anak lagi akan aku usaha sedaya mampu. Dibawah ni aku tempekkan waktu kesuburan wanita di karang oleh Dr. Azwan. Aku cuma copy saja. Aku rasa jadual waktu kesuburan ni mmg penting. Mungkin kita lupa ataupun kita saja x mau ambil tau hal ni.... so aku tempek dlm blog aku, baca k. Kita kongsi bersama ye.
Waktu Subur Wanita
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
pukul 3 pagi....
Salam pepegi buta,,,,
Kegilaan aku pagi ini, menerjah blog2 kengkawan n bloggers seluruh dunia. Mencari ramai kenalan walaupun x kenal. Aku suka sangat terjah dan melihat keunikkan, kekemasan, karangan2 yg ringkas tapi padat. Senang di baca dan x memeningkan kepala. Dari citu la aku berlajar dan terus berlajar tuk mencantikkan lagi bahasa2 ku. Ok la sok nak keje. Ni compom , sok pagi mesti mengantuk giler2 punye la....
Ngantu mcm pak ngimau ni...

Isnin, 3 Mei 2010
Birthday Kya ke-2thn .2010.
Aku dan lanun2 terjah umah Lin di Mahkota Cheras. Lin kawan bloggerku. Kami kenal semasa perjumpaan Bloggers Family Day 2010 di Tman Tasik Perdana. Masa di tasik, aku tengok Lin ni orangnye mcm pendiam je. Rupa2nye aku silap bro...... Dia seorang yang peramah giler.
Terkezut beruk tuan umah. Mana daknye rombongan si lanun datang tuk meminang anak gadis Lin. Si Kyra pening, x tau nak pilih yang mn satu jejaka pilihannye. Semuanye hensem2 belako. Hihihihihi........pejam celik Usia Kyra dah masuk 2thn. Kepada Lin, Pilih lah Rizki jadi menantumu......jawab3!!!!!!!!!?????
Jom Layan gambo....
Sabtu, 1 Mei 2010
Birthday Irfan....
Cam ni La Anak Ibu...
Mmg kebanyakkan anak lelaki mcm ni ek. Wahh...wahhh...wahh...tengok gambo ni dengan kusyuknye menconteng, mengala, membebel x henti2. Sikit2 tanya, ni pe bu...ni pe bu...(ini apa ibu). Aku layan ngan kesabaran.