Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Jumaat, 13 Ogos 2010

Berbuka Puasa Bersama Nuffnang di The Apartment, KLCC

Salam Ramadhan.

Aku baru tau hal ni. Tu la....xrajin jln2 n jenguk2 CIK NUFFNANG kita ni. Kan dah terlepas. Menjelang bulan Ramadhan yang bakal menjelang minggu depan, Nuffnang ingin menjemput saudara dan saudari untuk menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang di The Apartment, KLCC.


Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger beragama Islam dan kakitangan Nuffnang yang berada di sebalik tabir perkhidmatan menjual ruang-ruang iklan di blog anda. Selain itu, para blogger juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan bergaul di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi telah lama membaca blog sesama diri.

Para blogger juga berpeluang menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan khas oleh The Apartment yang mengutarakan sajian Negeri Sembilan dan Perak sebagai tema utama tahun ini. Antara sajian yang bakal menunggu para blogger yang hadir adalah daging salai masak lemak, rendang ayam Kuala Pilah, ikan kembung masak tempoyak asam, kuih sepang kukus dan banyak lagi!


Hidangan-hidangan ini semua khas disediakan Chef Rafizi Shariff yang berasal dari Negeri Sembilan dan cukup terkenal dengan masakan Melayu, Perancis dan antarabangsa.


Ayuh, sekiranya anda ingin menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang, hantarkan email kepada berbukapuasa@nuffnang.com dengan nama penuh dan URL blog anda. 15 blogger pertama yang menghantar emel kepada kami akan dijemput untuk menghadiri sesi berbuka puasa ini. Bagi tujuan mengeratkan hubungan para blogger di dalam komuniti kami, jemputan ini hanyalah untuk seorang sahaja. Ini akan memberi peluang kepada lebih ramai blogger untuk menghadiri sesi ini. Sesi berbuka puasa ini adalah esklusif untuk ahli-ahli Glitterati sahaja.

Nuffnang ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalankan Ibadah Puasa’ kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara.


TERLEPAS SUDAH.




2 ulasan:

atty's berkata...

sama ar ngn kty ..terlepas sudah..takpe.taun depan lak .
selamat berpuasa sal..

Iela Fazielah berkata...

ila lagilah... xpernah bukak nuffnaff ni.. adalalah sekali 2 je