Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Jumaat, 28 Mei 2010

Tip Rambut Sihat..



Salam,

Hari ni aku nak berkongsi ilmu ngan kengkawan semua. Penting sangat penting. Rambut dianggap mahkota wanita?? betul tak???? so, jangan biarkan rambut kita nampak x bermaya, xsihat dan kusam....

Tips tips tips.....

*Mengosok ketika mencuci rambut menggunakan kuku atau tuala?? Jangan dibuat Cara ni salah ye, kerana boleh merosakkan rambut. Cara yang betul, anda cuma dibenarkan menggunakan jejari ketika mencuci rambut n urut pelahan2 dan melarutkan air pada rambut dibenarkan menggunakan tuala lap sehingga kering. Jgn sesekali mengguna pengering rambut.

*Bagi yang bertudung pula seperti aku, tuk mengembalikan kesegaran rambut, amalkan menyapu santan kelapa pada rambut. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali. Secara tidak langsung ia dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala menjadi kuat dan sihat bermaya.

*Untuk bermasalah kelemumur pulak, amalkan menggosok kulit kepala menggunakan limau purut yang telah dihangatkan. Gosok menggunakan jari setelah kelemumur gugur, basuh rambut menggunakan syampu anti kelemumur. Amalkan 2x seminggu saja. Insya-Allah kalau diamalkan cara ini, kelemumur akan hilang.

**** Rambut dianggap mahkota wanita. Sebab itu la ramai yang menitikberatkan penjagaannye tidak kira yang bertudung atau tidak. Namun bagaimana hendak memastikan rambut sihat dan nampak cantik???****

Ok la, Tip2 diatas ni amat berguna tuk kita bersama.

1 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

setuju!!!!! tips berguna... tp kekadang kita tau tp malas nak cuba kan???