Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Jumaat, 13 Ogos 2010

Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis


Salam Pagi Ramadhan.
Aku Benci Orang Buang Anak. Benci, Benci, Benciiiii.....


Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan, semalam.


TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini.

Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga.

Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut.

Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.

“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain.

“Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.



5 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

aku sedih bila bc kisah2 begini... kita lg sayang anak.. diaorg senang2 buang anak.. bodoh betul laa..!!!!geram je aku!!

Zue AnnaLeeya berkata...

ya Allah... x sggup nak tgk gambo tuh... mmg b*b*, b*d*h.... carik smp jumpe sape yg buat tuh... pastuh sumbat dia dlm kumbahan najis gak... biar lemas dan mam***.... haishhhh..... akak mmg emo klu brita gini...

mmg sokong sgt2 hukuman mati pada sape yg buang bayi.. tuh kira membunuh jgk...

Tercipta Untukku dan Untukmu berkata...

mmg kejam manusia skang...!!!! geram betul kalau tknak anak tu jgn la bunuh letak kat mana2 tempat yg selamat..harap pada yg membuang ni terima hukuman yg setimpal tk kira di dunia atau akhirat...

[leily.laily] berkata...

nauzubillah, sgt kejam manusia skrg!!!
dh makin menjadi² plak, elok juge kena hukuman gantung pas ni..

Farra Dhelina berkata...

ee tk tau nk kata ape kak..

mmg manusia ht binatang betul..smpai nya hati buang ank mcm tu??nauzubillah!! ee mmg dh melampau, mmg patut dihukum bunuh..