Chak..Chak..Chak..Boom..

mia

~Terima Kasih kerana mengikuti blog ini. Add aku k. Akan aku balas add korang.~

Sabtu, 29 Mei 2010

Tip Elak Anak Durhaka



Jadi bagaimana sebaiknye kita megelakkan anak menjadi derhaka. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik2. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. 
Berikan anak perlukkan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang kerana itu membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
Setiap kali anak buat perkara baik, berikan peneguhan seperti pujian dan kata2 menunjukkan kebanggaan kita sebagai ibu bapa. Peluk, cium, beri hadiah atau sekurang2nye senyum untuk setiap kebaikkan yang dia lakukan.
Janganlah mengharapkan anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak2 yang sedang berkembang. Perkembangan membuat mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Apabila berhadapan dengan masalah kerja atau keluarga, pilihlah keluarga. Anak2 akan terus membesar, jika kita membiarkan masa berlalu tanpa memperdulikan anak, kelak kita akan menyesal kerana masa tidak akan kembali.
Anak2 memang ujian buat ibu bapa. Ujian daripada anak2 selalunye membuatkan ibu bapa hilang sabar. Dalam membesarkan dan mendidik anak2, janganlah sesekali kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak2 merasakan diri mereka beban. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama berlajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
Dengarlah cerita anak, cerita itu tak akan dapat kita dengari apabila mereka dewasa. Kadang2 anak mengalami mimpi ngeri dan dia ingin ibu bapa tahu. Dengarkan cerita anak kerana mimpi ngeri  mereka adalah begitu nyata dalam dunia mereka.
Ibu bapa yang menjadi pendengar yang baik, biasanya dipercayai anak2. Mereka tidak perlu mencari orang lain untuk bercerita. Terimalah yang kadang kala kita bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stres menjadi ibu bapa. Anak juga mempunyai perasaan sama seperti ibu bapa. Jangan kerana kita tidak tahu menghargai mereka dan membiarkan mereka membesar tanpa didikan yang elok, anak jadi derhaka dan seterusnya menyusahkan ibu bapa.

4 ulasan:

myaishahhafiz berkata...

tip yg menarik nie....

rynas berkata...

good info

Iela Fazielah berkata...

tips yg amat berguna!!!! kena amalkan pada diri sendiri utk anak2... sall boleh copy paste x??? utk ingatan...

Ain berkata...

moga kita terus sabar dan diberi kekuatan mendidik mereka hingga dewasa....